Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
AXN Asia

Travelog “UNFADING MEMOIRS”, AXN Asia & Tourism Malaysia

Posted on 07/25/202407/25/2024 by 123mamanet

Keunikan Malaysia dalam Travelog “UNFADING MEMOIRS” oleh AXN Asia & Tourism Malaysia ! Terokai keindahan Malaysia dari perspektif berbeza menerusi kandungan yang dihasilkan pengguna (UGC) – sebuah dokumentasi perjalanan yang mempersonakan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah

Isi Kandungan hide
1 Travelog “Unfading Memoirs”
2 Berteraskan Tiga Elemen Utama
3 Malaysia ‘Syurga’ Pilihan Pelancong
4 Kerjasama Bersama bersama AXN Asia
5 Sertai Pertandingan “Unfading Memoirs” di Media Sosial

AXN Asia

Travelog “Unfading Memoirs”

Peneraju saluran hiburan berbahasa Inggeris, AXN Asia milik KC Global Media, dengan kerjasama Tourism Malaysia, mempromosikan kepelbagaian dan keunikan Malaysia menerusi penerbitan travelog baharu berjudul “Unfading Memoirs” yang boleh ditonton secara dalam talian termasuk di saluran televisyen seluruh Asia bermula 11 Julai 2024.

Menampilkan Justin Bratton (Asia’s Got Talent, Screaming at Stars) dan Selina Lo (Hellraiser 2022, aktres musim baharu Lord of the Rings: The Rings of Power) sebagai hos dengan gandingan penggemar kembara dan makanan terkenal, Erwan Heussaff (Let it Simmer, Survivor Philippines).

Berteraskan Tiga Elemen Utama

 “Unfading Memoirs” merupakan eksplorasi mengujakan yang memaparkan kekayaan budaya selain landskap menakjubkan negara ini merangkumi senarai impian berteraskan tiga elemen utama iaitu Pengembaraan (Adventure), Budaya (Culture) dan juga Makanan (Food).

Memanifestasikan keindahan pengembaraan, “Unfading Memoirs” terdiri daripada beberapa siri kandungan digital yang mengajak penonton untuk bersama-sama menyertai perjalanan mengujakan di Malaysia sekali gus merasai pengalaman setiap destinasi dengan naratif unik oleh pihak AXN.

Malaysia ‘Syurga’ Pilihan Pelancong

Menurut Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden KC Global Media, George Chien, Malaysia kekal menjadi ‘syurga’ pilihan pelancong dengan kekayaan warisan sejarah dan budaya. D samping mempunyai tarikan luar biasa yang terus memacu daya saing dan inovasi.

Tidak kira sama ada ini kali pertama atau kali ke-10 anda melawat negara ini. Pastinya ada sesuatu yang baharu untuk dinikmati. Pendek kata, Malaysia merupakan sebuah destinasi yang amat berbeza berbanding negara lain.

“Pelbagai pengalaman hebat yang diraih di Malaysia mencerminkan inti pati kepelbagaian dan keunikan kaum di Asia, sejajar dengan jenamanya ‘Malaysia, Truly Asia’. Oleh itu, menjadi satu penghormatan buat kami dapat bekerjasama dengan Tourism Malaysia dalam membawakan “Unfading Memoirs” kepada para penonton,” tambahnya lagi.

Baca Juga:

Michael Owen Di AEON Mall

Jom Potong 2024

 

Kerjasama Bersama bersama AXN Asia

Para pencinta aktiviti kembara akan berpeluang menonton gabungan pelbagai dimensi kandungan pengembaraan dan hiburan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah yang dihasilkan pengguna (UGC) dari perspektif berbeza. Ia sekali gus memberikan inspirasi kepada para penonton untuk melancong ke lokasi-lokasi tersebut.

Terokai sendiri pengalaman berjalan di dasar laut dan menaiki kereta api bersejarah Borneo Railway. Turut dipaparkan ialah pengalaman menyaksikan pemandangan indah menaiki belon udara panas, mengagumi pelbagai hasil karya pelukis muda tempatan dan pertukangan tradisional selain menyoroti warisan seni kulinari Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Manoharan Periasamy berkata: “Kepelbagaian tarikan yang ada di Malaysia, bermula daripada sejarah, budaya dan keindahan alam semula jadi. Ia menawarkan banyak pilihan kepada para pelancong untuk menikmati percutian sempurna di negara ini.

Ditambah pula dengan keramahan rakyat tempatan serta reputasi Malaysia sebagai syurga makanan, kami berbangga untuk mempersembahkan keunikan Malaysia kepada para penonton melalui kerjasama khusus bersama AXN Asia.”

AXN Asia

Sertai Pertandingan “Unfading Memoirs” di Media Sosial

Para penonton di seluruh dunia dijemput untuk menyemarakkan naratif destinasi-destinasi unik ini serta berpeluang memenangi percutian eksklusif. Bagi mereka yang ingin merasai pengalaman hebat di Malaysia buat kali pertama atau ingin menjejakkan kaki sekali lagi ke negara ini, jangan lupa sertai pertandingan ini. Ia berlangsung secara dalam talian untuk berpeluang memenangi penginapan 3 hari 2 malam yang bernilai lebih kurang RM6,600 (USD1,400).

  1. Jika anda pernah melawat Malaysia sebelum ini.Anda hanya perlu memuat naik foto atau video pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan di negara ini. Sekiranya anda belum pernah berkunjung ke Malaysia, layari www.axn-asia.com/UnfadingMemoirs untuk mencari dan memuat naik foto destinasi impian anda di negara ini.
  2. Langkah seterusnya ialah memuat naik foto atau video di akaun media sosial peribadi anda dengan kapsyen menarik dan jangan lupa tag @AXNasia serta letakkan tanda pagar #AXNUnfadingMemoirs dan #MalaysiaTrulyAsia.
  1. Pertandingan ini akan berlangsung dari 15 Julai hingga 25 Ogos 2024 dan pemenang akan diumumkan pada 3 September 2024. Untuk maklumat lanjut termasuk terma dan syarat, sila layari axn-asia.com/UnfadingMemoirs.

“Unfading Memoirs” boleh ditonton di laman sosial dan saluran televisyen AXN Asia bermula 11 Julai 2024. Untuk keterangan lanjut, layari media sosial AXN Asia dan klik www.malaysia.travel/deals bagi mendapatkan tawaran istimewa melancong ke Malaysia.

1 thought on “Travelog “UNFADING MEMOIRS”, AXN Asia & Tourism Malaysia”

  1. Pingback: Potato Bread Chompdown Grand Finale Penuh Kejutan - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL

Recent Posts

  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme