Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Wisma D’Herbs berwajah baharu di Persiaran Prestij Kota Damansara

Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif

Posted on 01/31/202601/31/2026 by 123mamanet

Wisma D’Herbs Berwajah Baharu kini tampil dengan konsep lebih moden, eksklusif dan mesra pelanggan, selari dengan keperluan pengguna masa kini. Menyebut sahaja slogan ikonik “Terlajak Laris”, jenama tempatan D’Herbs Holdings (M) Sdn. Bhd. sememangnya tidak asing lagi dalam industri kecantikan dan kesihatan di Malaysia.

Isi Kandungan hide
1 D’Herbs Mencipta Fenomena Tersendiri
2 Wisma D’Herbs Berwajah Baharu Berikan Keselesaan Pengunjung
3 Menghargai Sokongan Pelanggan Setia
3.1 Pelancaran Dirai Meriah Sepanjang Hari

Dato’ Sri Aliff Syukri mencipta fenomena tersendiri dalam industri kecantikan dan kesihatan semasa pelancaran Wisma D’Herbs

D’Herbs Mencipta Fenomena Tersendiri

Diasaskan oleh usahawan selebriti tersohor, Dato’ Sri Aliff Syukri, D’Herbs telah mencipta fenomena tersendiri sejak hampir dua dekad lalu. Setelah lebih 10 tahun beroperasi di Persiaran Prestij, Kota Damansara, Wisma D’Herbs kini melalui proses pengubahsuaian menyeluruh bagi memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih selesa dan premium kepada pelanggan.

Dengan konsep butik yang lebih luas, tersusun dan menyerupai ekspo mini, pengunjung kini dapat melihat, mencuba serta mendapatkan pelbagai rangkaian produk D’Herbs dalam suasana yang lebih kondusif dan menyenangkan. Pembaharuan ini menjadikan Wisma D’Herbs bukan sekadar pusat jualan, malah destinasi membeli-belah yang lebih eksklusif.

Wisma D’Herbs Berwajah Baharu Berikan Keselesaan Pengunjung

Bagi menambah keselesaan pengunjung, Wisma D’Herbs berwajah baharu ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan tambahan seperti ruang solat yang selesa, kafe mini, ruang permainan kanak-kanak serta kawasan rehat lengkap dengan sofa. Kemudahan ini menjadikan Wisma D’Herbs sesuai dikunjungi oleh seisi keluarga.

Suasana meriah di majlis pelancaran Wisma D’Herbs berwajah baharu
Pelancaran Wisma D’Herbs berwajah baharu hari ini diserikan dengan kehadiran Izara Aishah, Sally Whoo & Amelina

Menghargai Sokongan Pelanggan Setia

Menurut Pengarah Urusan D’Herbs Holdings (M) Sdn. Bhd., Dato’ Sri Aliff Syukri, pembaharuan ini bertujuan memastikan jenama D’Herbs kekal relevan, berdaya saing serta terus menghargai sokongan pelanggan setia yang telah bersama jenama ini sejak hampir 20 tahun lalu.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif D’Herbs Holdings, Datin Sri Nur Shahida memaklumkan bahawa sempena pelancaran rasmi Wisma D’Herbs berwajah baharu pada 31 Januari, pelbagai aktiviti menarik telah disusun khas buat pengunjung.

Antaranya termasuk Jualan Lelong Harga Runtuh, pertandingan mewarna dan bouncing castle untuk kanak-kanak, pertandingan berhias serta pertandingan makan kuaci terpantas.

Majlis pelancaran ini turut diserikan dengan kehadiran duta beg AS iaitu Izara Aishah dan Sally Whoo. Di samping penampilan istimewa artis jemputan seperti Amelina dan Sherry Alhadad yang turut memeriahkan suasana.

Sebagai tanda penghargaan, 100 pembeli terawal telah menerima goodies bag misteri eksklusif. Manakala dengan pembelian bernilai RM300 dalam satu resit melayakkan pelanggan menerima payung D’Herbs.  Pembelian minimum RM200 pula membolehkan pelanggan menyertai putaran lucky wheel dan cabutan bertuah.

zara Aishah, Sally Whoo dan Amelina hadir memeriahkan pelancaran Wisma D’Herbs berwajah baharu
Izara Aishah, Sally Whoo, Amelina & Sherry Alhadad memeriahkan pelancaran Wisma D’Herbs

Pelancaran Dirai Meriah Sepanjang Hari

Pelancaran Wisma D’Herbs berwajah baharu yang berlangsung hari ini, 31 Januari, di Persiaran Prestij, Kota Damansara menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai sejak pagi. Acara yang bermula seawal 9.00 pagi ini terus meriah dengan kehadiran pelanggan setia serta pengunjung daripada pelbagai peringkat usia.

Kemuncak majlis perasmian telah berlangsung dengan jayanya pada jam 5.50 petang tadi, sekali gus menandakan fasa baharu buat Wisma D’Herbs yang tampil lebih moden dan eksklusif.

Acara ini diteruskan dengan cabutan bertuah utama berupa sebuah Perodua Bezza yang berlangsung pada jam 8.00 malam, khas buat pelanggan setia koleksi beg AS terdahulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif
  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu

Recent Posts

  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif
  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme