Nak Sihat Dan Ramping? Jom Buat Jus Kurus

JUS KURUSJus Kurus. Nak sihat sihat dan ramping serta bebas daripada lemak-lemak di badan? Kalau nak, jangan malas ok sebab pengambilan jus secara rutin di pagi hari setelah bersarapan boleh membantu anda menurunkan berat badan.

 

Jus kurus yang Mamanet kongsi ini, adalah jus kaya nutrisi. Bukan setakat boleh menurunkan berat badan anda dengan cepat, malahan membantu anda mendapatkan kulit yang segar dan bersinar serta mengenyangkan!

Berikut 3 Resepi Jus Kurus Yang Boleh Anda Buat Sendiri:

JUS KURUS

Jus Epal Dan Lobak Merah

  • Kupas sebiji limau manis dan buang bijinya.
  • Ambil sebiji epal segar, cuci bersih dan kemudian dipotong dadu.
  • Bersihkan 3 batang lobak merah, blender dan ambil airnya.
  • Kemudian masukkan pati air lobak merah, potongan epal , limau manis dan sedikit ketulan air ke dalam blender.
  • Kisarlah sehingga semuanya hancur dan bersatu.
  • Tuang dalam gelas, boleh tambahkan ketulan ais batu lagi jika anda suka, kemudian siap dan bolehlah dihidangkan.

 

 Baca juga: Faraj Berbau? Kalau berbau wangi, baguslah tapi kalau faraj berbau busuk inilah yang kita tak mahu dengar! Baunya pula bukannya sikit tapi ibarat duduk sebatu pun boleh terhidu. Alamak malunya…

 

Jus Epal, Pir Dan HaliaJUS KURUS

  • Sediakan sebiji epal, sebiji pir dan juga setengah inci halia.
  • Kupas, bersihkan dan potong dadu semua bahan tersebut.
  • Masukkan sedikit ketulan ais batu bersama semua bahan yang diperlukan untuk membuat jus kurus yang mampu melancarkan sistem penghadaman anda.
  • Blender sampai hancur dan sebati.
  • Ok, siap. Tuang dalam gelas dan segera dinikmati.

 

 

Jus Lemon Dan TembikaiJUS KURUS

  • Ambil lima sudu air perahan lemon dan 5 potong buah tembikai.
  • Blender sampai hancur bersama sedikit ketulan ais. Buah tembikai kaya dengan air dan serat, dan inilah yang akan membuatkan anda berasa lebih kenyang.
  • Kemudian tuang dalam gelas.
  • Rahsia anda untuk menurunkan berat badan dengan jus kurus gabungan lemon dan tembikai ini boleh disegarkan lagi dengan hiasan daun mint.

Baca juga: Kebaikan Air Lemon memang luar biasa. Secawan air lemon suam  merupakan  minuman kaya nutrisi yang menjadi pilihan Mamanet pada setiap hari.

(Visited 14 times, 1 visits today)

Leave a Reply