Dalam dunia penjagaan kulit, keunggulan SAFI YOUTH GOLD RETINOL bukanlah lagi rahsia. Ia diiktiraf sebagai “The Gold Standard of Skincare”, menjadi penanda aras baru dalam perawatan kulit anti-penuaan.
Mengapa begitu? Jawapannya terletak pada kombinasi hebatnya: 3x Kuasa Retinol, 98% Peptida Emas, dan Squalane 100%. Dengan gabungan bahan terunggul ini, ia mampu menghadirkan cemerlangan kulit yang belum pernah dibayangkan sebelum ini.
Evolusi Baru Dalam Penjagaan Kulit
SAFI, sebagai peneraju jenama penjagaan kulit Halal terunggul Malaysia, kini memperkenalkan SAFI YOUTH GOLD RETINOL – sebuah evolusi baru dalam dunia penjagaan kulit.
Rangkaian ini bukan sahaja mampu memulihkan masalah penuaan kulit. Bahkan diperkukuh dengan kombinasi bahan terunggul yang terbukti secara klinikal untuk mengembalikan keanjalan dan mengurangkan tanda-tanda penuaan dalam hanya 14 hari.
Bagi setiap wanita, kulit yang sihat dan berseri adalah penanda keyakinan diri. Namun, proses penuaan kulit adalah cabaran yang tidak dapat dielakkan. Dari faktor usia hingga kesibukan gaya hidup, wanita masa kini mencari solusi yang efektif dan selamat untuk masalah penuaan kulit mereka.
Dalam suasana di mana produk penjagaan kulit premium sering kali dilihat sebagai kemewahan yang tidak mampu dijangkau oleh ramai, SAFI YOUTH GOLD RETINOL memperkenalkan konsep baru. Ia bukan hanya tentang penjagaan kulit yang canggih, tetapi juga aksesibiliti kepada penyelesaian penjagaan kulit yang berkualiti tinggi pada harga yang mampu milik.
Kebaikan Luar Biasa Retinol
SAFI YOUTH GOLD RETINOL menggabungkan kebaikan Retinol dalam formulasi yang betul, tanpa perlu prosedur klinikal mahal atau pengawasan pakar. Ini menjadikan penjagaan kulit anti-penuaan lebih mudah diakses oleh semua wanita.
Rangkaian SAFI YOUTH GOLD RETINOL tidak hanya berkonsep inovatif, tetapi juga telah diuji secara klinikal dan saintifik untuk keselamatan dan keberkesanan. Diperkukuh dengan testimoni positif dan hasil ujian klinikal. Ia bukan sekadar janji kosong, tetapi satu realiti yang dapat dilihat dan dirasai oleh pengguna.
Ia mengungguli rangkaian produk SAFI yang merangkumi produk pelindung matahari retinol yang pertama di Malaysia, serum, “esen ajaib” dan pelembap retinol.
SAFI bersama-sama para Saintis di dalam penyelidikan dan Teknologi Sains kecantikan melalui rangkaian SAFI YOUTH GOLD RETINOL
“SAFI YOUTH GOLD RETINOL adalah produk penjagaan kulit anti-penuaan yang menggabungkan 3 bahan terbaik: 3x Kuasa Retinol, 98% Peptida Emas dan Squalane. Dibuktikan secara klinikal, ia memperbaharui kulit dalam 14 hari. Mudah didapati di Watsons dengan harga mampu milik, menjadikannya terjangkau oleh semua wanita,” ujar Pakar Jenama & Tinjauan Maklumat SAFI Kazlina Mohd Kassim.
Tambahannya, “SAFI YOUTH GOLD RETINOL merupakan hasil inovasi dari SAFI RESEARCH INSTITUTE, sebuah Makmal Penyelidikan dan Pembangunan Kecantikan HALAL bertaraf Antarabangsa terbesar. Dengan lebih daripada 40 tahun pengalaman di Asia, kami mewujudkan impian setiap wanita untuk memiliki kulit yang kekal muda tanpa mengira usia. Rangkaian produk kami tidak hanya berkualiti tinggi dan efektif, tetapi juga selamat untuk digunakan setiap hari, baik siang mahupun malam. Harganya juga berpatutan dan diperakui Halal.”
Baca Juga:
Jom Buat Jus Kurus
Rangkaian SAFI YOUTH GOLD RETINO
Merangkumi 5 jenis produk yang selamat digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif kerana telah diuji oleh pakar dermatologi, ia juga boleh digunakan setiap hari tanpa menyebabkan sebarang kesan sampingan ke atas kulit.
Formulasi kombinasi bahan terunggul:
3x Kuasa Retinol – Memperbaharui sel kulit dengan cepat Mencerahkan kulit. Mengurangkan pigmentasi, kedutan dan garis halus
Squalane – Menjadikan kulit lembap & sihat semulajadi. Memperbaiki dan menghaluskan tekstur kulit
98% Peptida Emas – Menganjalkan kulit. Memperbaiki tekstur kulit. Menguatkan lapisan kulit dan menghasilkan kolagen
Majlis Pelancaran
Majlis pelancaran SAFI YOUTH GOLD RETINOL juga turut dimeriahkan dengan kehadiran Dr. Syairah Nadia Mohamad, seorang Pakar Estetik dan Anti Penuaan. Beliau berkongsi dengan ringkas tentang masalah penuaan kulit dan membantah mitos tentang Retinol.
Katanya, “Jika masalah penuaan kulit tidak diatasi dari awal, kita mungkin akan mula melihat garis halus, hiperpigmentasi, kedutan, dan bintik-bintik penuaan yang dalam. Retinol adalah penyelesaiannya.
Bahan unggul Retinol di dalanmnya diformulasikan dengan tepat untuk semua jenis kulit. Ia selamat digunakan setiap hari, baik waktu siang mahupun malam, dan tidak akan menyebabkan kesan sampingan pada kulit.
Apa hasilnya?
- 100% bersetuju bahawa kulit lebih cerah, kedutan lebih kurang dalam 14 hari.
- 92% melihat kulit lebih tegang dan anjal.
- 75% kulit kelihatan lebih cerah serta berseri dengan cepat.
- 72% garis halus dan kedutan berkurang.
- 71% setuju bahawa kulit lebih lembut dan licin dalam 7 hari.
- Tona kulit menjadi lebih cerah dalam hanya 1 minggu.
- Hiperpigmentasi berkurangan dalam 3 hari
Semua ini telah dibuktikan secara klinikal dan saintifik.
Siti Nordiana, Duta SAFI YOUTH GOLD RETINO
Menyempurnakan majlis pelancaran tersebut, dutanya Siti Nordiana turut hadir sama. Sebagai wakil “Wanita Safi”, beliau memancarkan keanggunan dan keyakinan, menjadi inspirasi untuk wanita di semua peringkat kehidupan. Sebagai seorang ibu dan seorang artis, beliau memberikan komitmen yang luar biasa dalam setiap peranannya.
“Bagi saya, ini adalah satu kehormatan besar untuk dipilih sebagai wakil SAFI, sebuah jenama penjagaan kulit yang dipercayai oleh ramai. Perjalanan kecantikan saya membawa saya kepada rangkaian ini.
Dengan usia yang meningkat, kesibukan kerjaya dan minat dalam penjagaan kulit, saya menghadapi cabaran penuaan kulit. Saya sangat bersemangat untuk berkongsi pengalaman saya dengan wanita lain tentang keberkesanannya dalam mengatasi masalah penuaan kulit. Ini penting bagi saya kerana ia membantu menjaga kesegaran wajah kita, tidak kira umur kita.
Siti Nordiana menceritakan pengalaman kecantikannya dengan SAFI YOUTH GOLD RETINOL. Dalam 14 hari, dia mula melihat perubahan besar pada wajahnya. Kulitnya menjadi lebih lembut, garis halus dan bintik-bintik gelap berkurang, serta wajahnya kelihatan lebih cerah dan segar. Tambahan pula, kulitnya juga terasa lebih lembap.
Dapatkan Segera!
Anda boleh miliki kelima-lima produk yang menakjubkan ini! Mulai dari SAFI YOUTH GOLD RETINOL Pembersih Wajah Skin Renewing Radiance (100g / RM 19.90) untuk membersihkan kulit hingga SAFI YOUTH GOLD RETINOL Esen Skin Refining Light Miracle (100ml / RM49.90) untuk meningkatkan kecerahan kulit.
Tambahkan SAFI YOUTH GOLD RETINOL Serum Ampoule Skin Regenerate (15ml / RM30.90) untuk memperbaharui kulit, dan lindungi dengan SAFI YOUTH GOLD RETINOL Pelembap Serum Skin Repairing (40g / RM39.90).
Jangan lupa tambahkan SAFI YOUTH GOLD RETINOL 3x Perlindungan Matahari SPF50+ PA++++ (25g, RM25.90) untuk melindungi kulit dari sinaran UV.
Dapatkannya secara eksklusif di Watsons di seluruh negara. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki kulit yang lebih muda dan cantik!
Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini, lawati laman web rasmi SAFI di www.safi.com.my, ikuti SAFI di Facebook di www.facebook.com/SAFI.MY, dan di Instagram di www.instagram.com/SAFIMalaysia. Jangan lupa gunakan hashtag #SafiYouthGoldRetinol #SafiMalaysia!
Cantik rona warna packaging. Xaabar nk cuba