Tona Kulit Tak Sekata, Ketahui Punca & Cara Atasi

tona kulit tak sekata

foto-clinica-atp

Tona kulit tak sekata sememangnya sangat menganggu penampilan kita. Kulit bukan sahaja nampak suram,bahkan akan membuatkan kita nampak seperti orang yang kepenatan, tidak bermaya, nampak lebih tua dan tidak sihat.

 

Ada banyak faktor penyebab tona kulit tak sekata,salah satunya adalah disebabkan ketidakseimbangan hormon dalam tubuh.

 

Jadi, tidak hairan tona kulit tak sekata lebih senang dilihat pada wanita mengandung ataupun menopause kerana mereka ini sedang mengalami perubahan pada beberapa jumlah hormon.

 

Perubahan warna kulit sering terjadi pada wanita yang menopause kerana hormone esterogennya menurun sehingga menyebabkan keanjalan kulit berkurangan dan warna kulit jadi tidak sekata.

 

Selain hormon, warna kulit yang tidak sekata juga disebabkan oleh sinaran cahaya matahari. Pancaran sinaran matahari secara langsung boleh membuatkan kulit menjadi lebih gelap.

 

Ketahui juga cara putihkan muka tanpa bahayakan diri.

 

Apatah lagi, jika kita terdedah terlalu lama, sehingga menyebabkan pigmentasi dan membuat kulit menjadi lebih kusam, berminyak dan kering.

 

Gabungan perubahan hormon dan sinaran cahaya matahari juga mengundang kemunculan melasma atau bintik-bintik hitam di kulit.

 

Pemakaian produk-produk kecantikan yang tidak tepat juga  boleh membuatkan tona kulit tak sekata. Perubahan tersebut terjadi kerana tindakbalas sensitif kulit pada zat-zat yang terdapat dalam produk kecantikan tersebut.

 

Ada banyak cara untuk meratakan warna tona kulit tak sekata. Misalnya, menjaga hidrasi kulit dengan memperbanyakkan minum air masak dan melakukan rawatan muka secara rutin.

 

Selain itu, cuci muka dengan pencuci muka yang sesuai dengan kulit.Kemudian sapukan pelembab pada setiap hari supaya kulit sentiasa cerah dan tona kulit kembali sekata.

 

Jika perlu, lakukan skrub muka dan ditambah dengan pemakaian masker yang sesuai dengan jenis kulit. Di samping itu jangan lupa bersenam dan mengambil vitamin C dan E yang mampu membantu memulihkan warna kulit.

 

Selain itu, setiap kali keluar rumah, pastikan kita memakai krim pelindung cahaya matahari (sunblock) yang sebaiknya mengandungi SPF 30.

 

 

Berikut ini beberapa cara semulajadi bagi mengatasi masalah tona kulit tak sekata:

 

1.Oatmeal

tona kulit tak sekata

foto-thefitindian

Oatmeal bermanfaat untuk menghilangkan kesan-kesan kemerahan dan inflamasi disebabkan oleh sinaran cahaya matahari, kulit kering atau alergi. Haluskan oatmel dan campurkan dengan sedikit air. Gunakan sebagai skrub muka.

 

 

 

 

 

 

  1. Air Perahan Lemon
tonakulit tak sekata

foto-livemans

Air perahan lemon ternyata mampu membantu  menghilangkan minyak yang berlebihan dan mempercepatkan regenerasi kulit sehingga membutakan warna kulit kembali sekata.

 

Kulit berminyak boleh membuatkan muka nampak berkilat dan lebih mudah berjerawat dan berbintik hitam. Sapukan air perahan lemon secara merata di kulit dan biarkan kering. Setelah itu, barulah dibilas sehingga bersih.

 

 

  1. Kunyit Dan Yogurt
tona kulit tak sekata

foto-girlscosmo

Kunyit bermanfaat untuk menghilangkan bekas luka serta menyamarkan tona kulit tak sekata. Jika ada masalah dengan warna kulit yang tidak sekata itu, boleh manfaatkan khasiat kunyit dan yogurt.

 

Ambil satu sudu kecil serbuk kunyit dan campurkan dengan tiga sudu kecil yogurt. Gaul sampai rata dan kemudian sapukan ke bahagian kulit yang warnanya tidak sekata. Biarkan selama 20 minit. Setelah itu, basuhlah dengan air suam.

 

 

  1. Kentang Dan Lemon
tona kulit tak sekata

foto-thefitglobal

Kentang dan air perahan lemon sangat efektif untuk meratakan warna kulit. Haluskan kentang yang sudah dicuci bersih dan tambahkan dengan air perahan lemon.

 

Kemudian, kacau sampai rata. Setelah itu, sapukan ke bahagian kulit yang warnanya tidak sekata. Lakukannya secara rutin, setiap dua hari sekali.

 

Semoga artikel ini dapat membantu kita semua bebas dari masalah tona kulit tak sekata.

 

LIKE & SHARE MAMANET