Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
cara putihkan kulit

6 Cara Putihkan Kulit Tanpa Bahayakan Diri

Posted on 10/16/201610/17/2016 by 123mamanet
cara putihkan kulit
kredit foto-afashionz

Memiliki kulit putih mulus memang menjadi impian setiap orang. Lebih lagi, kaum wanita macam kita ni. Mestilah nak kan…. Cuma cara nak putihkan kulit tu kita kenalah bijak pilih. Apa yang Mamanet nak kongsikan ini adalah cara putihkan kulit dengan beberapa jenis makanan yang cukup bagus untuk merawat kulit.

Isi Kandungan hide
1 Berikut ini salah satu cara putihkan kulit yang boleh kita lakukan bagi membantu kita untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah.

 

 

 

Cara putihkan kulit secara semulajadi ini boleh dilakukan dengan pengambilan pelbagai jenis makanan sihat. Selain mampu menyihatkan badan, makanan sihat ini juga berupaya untuk memutihkan kulit secara semulajadi.

 

Berikut ini salah satu cara putihkan kulit  yang boleh kita lakukan bagi membantu kita untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah.

 

  1. cara putihkan kulit
    kredit oto-topwartrolreviewsonline

    Bawang Putih

Bawang putih merupakan antibiotik semulajadi yang mempunyai banyak kebaikan yang luar biasa.

 

Bawang putih bukan sahaja mampu membersihkan darah, termasuk membersihkan kotoran penyebab jerawat yang menyumbat kulit. Manakala antioksiannya juga membantu memperlambatkan proses penuaan pada kulit kita.

 

 

  1. cara putihkan kulit
    kredit foto-rk-wsimgs

    Avokado

Lemak baik terkandung dalam avokado sangat berkesan untuk mengurangkan kemerahan pada kulit serta menjaga kelembapan kulit.

 

Buah ini juga kaya dengan antioksidan, sehingga memperlambatkan proses penuaan dan kulit berkedut.

 

 

 

 

  1. cara putihkan kulit
    kredit foto-oneclickbeautycare

    Strawberi

Buah ini sangat luar biasa khasiatnya kerana kaya dengan nutrisi penting. Bahkan, kandungan vitamin C di dalamnya juga jauh lebih tinggi daripada kandungan vitamin C di dalam buah oren.

 

Vitamin C memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen yang mampu meningkatkan eleastik kulit serte melembutkannya, sehingga membuatkan kulit nampak lebih segar dan awet muda.

 

 

  1. cara putihkan kulit
    kedit foto-morroccomethod

    Lidah Buaya

Salah satu cara putihkan kulit dengan cepat dan semulajadi adalah dengan memanfaatkan khasiat lidah buaya atau aloe vera.

 

Gel lidah buaya mampu membantu melembabkan kulit kering. Bahkan kandungan asid pada lidah buaya dapat mengurangkan hiperpigmentasi, melahirkan kembali sel-sel baru, yang mana akhirnya akan memutihkan kulit kita.

 

 

 

  1. cara putihkan kulit
    kredit foto-stylecraze

    Tomato

Buah tomato mengandungi lycopene yang berguna untuk melawan efek sinaran ultraviolet dan juga dapat merangsang kolagen.

 

Jika ingin mendapatkan kulit yang lebih anjal serta cerah, jangan teragak-agak untuk menikmati buah ini.Vitamin C yang terkandung dalam tomato juga bermanfaat sebagai pemutih kulit semulajadi.

 

  1. cara putihkan kulit
    kredit foto-juicing

    Saderi

Saderi (Celery) adalah sejenis sayur yang rendah kalori dan tinggi mineral dan seratnya. Jus saderi sangat bagus diminum bagi mendapatkan kulit yang nampak lembab, segar dan bercahaya.  Ini adalah kerana sayur ini mempunyai kandungan air yang banyak, lebih kurang 95 peratus.

 

Pengambilan jus saderi secara teratur dapat memenuhi keperluan air dalam sehari dan membuatkan sel-sel kulit terhidrasi, sehingga kulit menjadi gebu dan anjal.

 

Air serta kandungan antioksidan dalam saderi juga baik sebagai detox tubuh, menghapuskan radikan bebas serta mencegah sel-sel kulit rosak.

 

Selain itu, jus saderi juga sarat dengan vitamin A, vitamin B, vitamin C, vitamin K, naisin dan folik penting untuk pengeluaran kolagen.Kolagen memainkan peranan penting dalam menjaga keanjalan kulit serta mencegah kedutan.

 

Itulah beberapa cara putihkan kulit muka dan tubuh secara semulajadi. Lakukannya secara rutin bagi mendapatkan kulit tubuh dan muka yang cantik, cerah dan sihat.

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme