Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Sedap Menyengat

Ikan Patin Masak TempoyakIKAN Patin Masak Tempoyak. Fuh, memang tangkap leleh! Lagi-lagi kalau buat pedas sikit dan makan pula dengan nasi panas. Mak aii… mahu ada yang jilat periuk dek penangan ikan patin masak tempoyak ni!

Anda yang suka dengan buah durian, masakan gulai ikan patin tempoyak ini sangat sesuai untuk dicuba. Bahkan dijamin anda bakal ketagihan! Jadi, jangan teragak-agak untuk mencuba Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Sedap ‘Menyengat’ yang dibawakan oleh Dapur Mamanet ini.

 

Tempoyak sangat ‘menyengat’ apabila dikombinasikan dengan ikan patin. Citarasa daripada masakan ini sedap ‘menyengat’ disebabkan perpaduan antara rasa masam, pedas dan aroma durian dari tempoyak ini.

 

BACA INI

Tanda-Tanda Kencing Manis, Waspada Selalu!

6 Tip Berkesan Hilangkan Sakit Ulser Mulut

Berikut ini Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Sedap ‘Menyengat’.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan:

  • Ikan Patin Masak TempoyakSeekor ikan patin berukuran sederhana
  • 2 cawan air
  • 5 sudu besar tempoyak
  • 10 biji cili padi (dikisar/ditumbuk halus)
  • 2 inci kunyit hidup (dikisar/ditumbuk halus)
  • Sedikit daun kesum dan asam keping
  • Terung/Timun tua/timun Jepun yang dipotong kecil (jika suka – sebagai perencah sampingan)
  • Garam kasar dan gula secukup rasa

 

Cara Membuat Ikan Patin Masak Tempoyak Sedap Menyengat

 

  1. Bersihkan ikan patin dengan air bersih, buang insang dan siripnya. Kerat menjadi empat atau lima bahagian.
  1. Sebaiknya lumur ikan patin tersebut dengan perahan limau nipis atau asam jawa dan garam, biarkan selama 20 minit, kemudian barulah dibasuh kembali sehingga bersih bagi menghilangkan bau dan hanyir ikan tersebut.
  1. Setelah siap semuanya, masukkan ikan patin ke dalam periuk dan gaul ikan patin perlahan-lahan bersama tempoyak dan bahan-bahan yang dikisar tadi.
  1. Ikan Patin Masak TempoyakPerap dalam 30 minit biar kesemua bahan tadi meresap bersama.
  1. Tambah dua cawan air sebelum dijerang dengan api sederhana. Masukkan daun kesum, asam keping dan terung. Jerang sehingga  kuahnya pekat. Tapi jangan terlalu pekat kerana gulai ini sedap dihirup begitu saja.
  1. Masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa, bolehlah tutup api.
  1. Masakan ikan patin masak tempoyak sedap ‘menyengat’ ini siap untuk dihidangkan.

 

P.S: Itulah Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Sedap ‘Menyengat’ yang boleh anda cuba di rumah. Selamat mencuba dan jangan lupa SHARE resepi ini dengan teman-teman ya!

P.S.S: Tempoyak baru dan buatan orang tua-tua kita adalah yang terbaik! Kualiti tempoyak mereka pasti terjamin dan sedap!

(Visited 6 times, 1 visits today)

Leave a Reply