Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
kek batik

Resepi Kek Batik Cheese Mudah dan Sedap

Posted on 12/28/202412/28/2024 by 123mamanet

Kalau anda peminat kek batik, anda wajib cuba Kek Batik Cheese ini! Gabungan rasa coklat yang kaya dengan lelehan cheese yang lemak dan berkrim memang padu.

Isi Kandungan hide
1 Cara Mudah Buat Kek Batik
1.1 Bahan-Bahan:
1.2 Bahan-Bahan untuk Topping Cheese:
1.3 Cara-Cara Penyediaan:
1.3.1 Langkah 1
1.3.2 Langkah 2
1.3.3 Langkah 3
1.3.4 Tips Tambahan
1.4 Soalan Lazim tentang Kek Batik Cheese

Resepi  Kek Batik ini mudah diikuti dan pasti memikat hati seisi keluarga apabila menikmati. Jom kita tengok cara nak buat!

Cara Mudah Buat Kek Batik

Bahan-Bahan:

  • 250g biskut Marie
  • 200g mentega
  • 200g susu pekat manis
  • 50g serbuk koko
  • 100ml air panas

Bahan-Bahan untuk Topping Cheese:

  • 250g cream cheese (lembutkan pada suhu bilik)
  • 50g gula aising
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 100ml whipping cream

 

Cuba Juga:

Kek Lemon Gebu Yang Senang Dibuat

Kek Tapak Kuda Nutella

 

kek batik

 

Cara-Cara Penyediaan:

Langkah 1

Sediakan Adunan

  • Cairkan mentega dalam kuali menggunakan api kecil.
  • Masukkan susu pekat manis, serbuk koko, dan air panas. Kacau hingga sebati dan pekat.
  • Masukkan biskut Marie yang telah dipatahkan kecil. Gaul rata supaya semua biskut bersalut coklat.
  • Tekan adunan ke dalam loyang yang telah dilapik dengan plastik atau baking paper. Ratakan dan ketepikan.

Langkah 2

Buat Topping Cheese

  • Pukul cream cheese hingga lembut dan gebu.
  • Masukkan gula aising dan esen vanila. Kacau rata.
  • Tambah whipping cream dan terus pukul hingga adunan menjadi tebal dan berkrim.

Langkah 3

Hias Kek

  • Tuangkan topping cheese ke atas kek batik yang telah diratakan tadi.
  • Sejukkan dalam peti ais selama 4-6 jam atau hingga kek betul-betul keras.
  • Untuk hiasan, boleh taburkan serbuk koko, coklat parut atau biskut hancur di atasnya.

Tips Tambahan

  • Gunakan biskut Marie atau biskut kegemaran anda.
  • Jika nak rasa lebih mewah, tambahkan kepingan coklat gelap dalam topping cheese.
  • Pastikan adunan cheese tidak terlalu cair untuk mendapatkan lapisan yang cantik.

Soalan Lazim tentang Kek Batik Cheese

  1. Berapa lama ia boleh tahan?

Boleh tahan sehingga 5-7 hari jika disimpan dalam peti ais.

  1. Boleh tak guna cream cheese jenama lain?

Ya, boleh. Pilih cream cheese yang berkualiti untuk rasa terbaik.

Selamat mencuba!

3 thoughts on “Resepi Kek Batik Cheese Mudah dan Sedap”

  1. Pingback: Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak Terpaling Sedap! - 123mamanet
  2. Pingback: Cucur Udang Rangup dan Sedap - 123mamanet
  3. Pingback: Munchy’s LEXUS Berkrim Kacang Panggang – Baharu & Lazat! - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme