Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
simptom mengandung

Jika Ada 11 Signal Ini, Mungkin Simptom Mengandung!

Posted on 11/01/201612/02/2022 by 123mamanet
simptom mengandung
foto-rewardme-in

Kadang-kadang kita terasa pelik apabila seseorang wanita tidak tahu dia sedang berbadan dua kerana tidak sedar simptom mengandung yang sedang dialaminya. Mungkin ini pengalaman pertama bakal ibu atau wanita itu mempunyai kitaran haid yang tidak menentu.

Isi Kandungan hide
1 Ayuh semak simptom di bawah. Mungkin anda sedang mengalaminya:

 

Setiap orang mempunyai reaksi tubuh yang berbeza terhadap sesuatu perkara. Jika anda peka dengan tubuh anda sendiri, mungkin anda dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Ketahui juga larangan keras kepada wanita mengandung.

Kenapa penting untuk anda kenal pasti kelainan pada tubuh yang menunjukkan simptom mengandung?

Ini penting bagi memastikan anda menjaga kesihatan diri seterusnya janin dalam kandungan dan mengelak daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh mengundang risiko kepada kandungan.

 

Ayuh semak simptom di bawah. Mungkin anda sedang mengalaminya:

  1. simptom mengandungSentiasa berasa lapar
    Tanpa sedar sejak bila anda ada tabiat ini iaitu sentiasa berasa lapar walaupun anda baru saja makan sebentar tadi.

 

  1. Perubahan pada payudara

Warna kulit di keliling puting payudara menjadi agak kehitaman. Payudara tegang dan membengkak malah terasa sakit walaupun disentuh sehingga menimbulkan rasa tidak selesa.

Hal ini juga berlaku akibat perubahan hormon dalam badan.

 

  1. Kerap membuang air kecil
    Anda semakin kerap ke tandas untuk membuang air kecil. Ini berlaku disebabkan darah dan bendalir dalam badan makin .

Bendalir yang berlebihan akan diproses melalui buah pinggang untuk disingkirkan. Apabila janin makin membesar, ia akan menekan pundi kencing.

 

  1. simptom mengandungBadan lemah dan lesu

Sebelum ini anda seorang yang aktif tetapi tiba-tiba bertukar menjadi lemah dan lesu. Hal ini berlaku pada awal kehamilan kerana dalam tempoh ini hormon yang dikeluarkan akan menyebabkan tubuh terasa tidak bermaya dan cepat mengantuk.

Perkembangan dan pertumbuhan janin memerlukan organ untuk bekerja lebih dari biasa.

 

  1. Rasa mual dan muntah

Ramai wanita hamil yang mengalami simptom ini pada awal kehamilan. Ada yang rasa mual dan muntah pada waktu pagi, petang dan malam.

Malah ada juga yang lebih serius mengalaminya sepanjang hari sehingga tubuh kehilangan banyak air. Ia dipanggil hipermesis gravidarum atau muntah berlebihan semasa mengandung. ­­

Tempoh masa ia berlaku pun tidak menentu, ada yang berminggu-minggu dan ada yang berbulan-bulan.

 

  1. Pendarahan implantasi dan senak di bahagian ari-ari

Ketika awal kehamilan, ada sesetengah wanita yang mengalami pendarahan ringan atau dikenali sebagai spotting yang berwarna merah ke coklat.

Ia biasanya berlaku sekitar waktu anda datang haid disebabkan tempelan embrio pada dinding rahim, Selain itu, anda turut merasakan senak bahagian bawah abdomen iaitu ari-ari.

 

  1. Terlepas haid

Jika haid anda tidak datang seperti kebiasannya atau lewat berbanding biasa, anda perlu membuat pemeriksaan air kencing. Dan jika anda mendapati dua garis melintang pada alat uji kehamilan tersebut, tahniah, anda hamil!

 

  1. Sensitif kepada bau

Entah kenapa deria bau anda sangat sensitif kepada bau-bauan misalnya bau minyak wangi pasangan dan bau bahan tumisan atau bau badan sendiri.

Malah bau ini boleh buat anda loya, pening dan muntah. Ini antara simptom mengandung yang berlaku disebabkan peningkatan hormon estrogen.

 

  1. Perut terasa sebu

Anda berasa perut tidak selesa dan ada sesuatu yang tidak kena. Kadang-kadang terasa sebu seperti kembung perut dan sakit di bahagian pinggang. Ini disebabkan perubahan hormon dalam badan.

 

  1. simptom mengandungTeringin sangat nak makan sesuatu atau mengidam!

Tiba-tiba terasa teringin sangat nak makan daging rusa (contoh) walhal sebelum ini tidak pernah pun makan!

Malah, rasa mengidam itu membuak-buak dan boleh jadi punca pergaduhan dengan suami andai tidak dipenuhi. Apabila dapat makan makanan yang diinginkan, nikmatnya sukar diungkap dengan kata-kata.

 

  1. Emosi terganggu

Emosi anda mudah tersentuh walaupun melibatkan hal-hal kecil sahaja. Ia satu simptom mengandung yang normal.

Oleh sebab itu, ramai yang anggap mereka mengada-ngada atau terlebih manja ketika berbadan dua. Bukan dibuat-buat tapi ia berlaku secara semulajadi. Tapi, jangan pula ambil kesempatan untuk tarik perhatian ya…

Semoga artikel mengenai simptom mengandung ini bermanfaat untuk anda.

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET ” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic

Recent Posts

  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme