Cara Memulakan Bisnes Online | Sekarang ini semakin ramai yang bersemangat nak buat bisnes online. Jika anda masih baru nak terjun pada bidang ini ada beberapa cara memulakan bisnes online yang sepatutnya kita ketahui!’
Mental Yang Positif
Namun, perkara pertama yang perlu ada dalam diri kita sebelum memulakan bisnes online ini adalah sikap mental yang positif. Antaranya:
- Sanggup belajar dengan serius
- Sanggup bekerja keras
- Pantang menyerah kalah atau berputus asa
- Bersemangat tinggi dan fokus
- Sedia berhadapan dengan risiko
Jika kita sudah mempunyai semangat dan kesempatan, cepat-cepatlah memulakakannya. Ia akan menjadi lebih baik jika kita mulakannya sambil belajar daripada perlu menunggu sehingga sempurna.
Kebanyakan mereka yang telah berjaya dari bisnes online ini juga telah melalui pelbagai cabaran serta banyak kegagalan. Dari pelbagai suka duka, jatuh bangun ketika memulakan bisnes online inilah yang akan menjadi sebuah pelajaran yang cukup berharga dan pengalaman ini tentunya tidak akan pernah kita peroleh dari mana-mana kursus dan sebagainya.
Baca Juga: Persatuan Suri Rumah Malaysia
Cara Memulakan Bisnes Online
Bagi mempermudahkannya, dikongsikan beberapa cara memulakan bisnes online yang perlu anda ketahui:
-
Putuskan Apa Yang Hendak Dijual
Sebelum memulakan perniagaan tersebut, kita harus berlatih menjualnya melalui internet terlebih dahulu. Apa yang ingin kita tawarkan kepada orang lain melalui media online ini. Produk yang kita jual itu boleh dalam bentuk fizikal, digital mahupun servis.
Bagi barangan fizikal, kita boleh menjual apa sahaja, antaranya seperti telefon bimbit, komputer riba, makanan, kenderaan dan sebagainya.
Apa sahaja yang boleh disentuh kita boleh menjadikannya produk untuk dijual. Untuk barangan digital, kita boleh menjual E-book,game online, software, kursus online dan sebagainya.
Manakala servis pula, kita boleh menyediakan perkhidmatan membuat website, online marketing, sewa kereta, ejen perlancongan, ejen umrah dan haji dan sebagainya. Tak perlu terlalu detail, apa yang penting kita sudah memahami cara pemasaran online.
Cara memulakan bisnes online pada peringkat awal ini, kita hanya perlu menyusun konsep pemasaran, mencari idea, mencari supplier dan belajar lebih mendalam tentang ilmu perniagaan ini.
Kita harus sentiasa bersedia dan rela hati untuk berkorban masa, tenaga dan mungkin masa untuk belajar atau menimba ilmu ini.
Sebagai permulaan kita boleh juga menjual produk orang lain, menjadi dropship, reseller ataupun dengan affiliate marketing.
Baca Juga: Rahsia Sukses
-
Buat Website
Cara memulakan bisnes online yang seterusnya adalah berkait rapat dengan kerja-kerja teknikal. Kita akan belajar menginstal aplikasi website dan program pada web.
Untuk membuat website kita memerlukan domain dan juga hosting. Domain dan hosting saling berkait dan tidak boleh dipisahkan untuk membangunkan sebuah website.
Domain adalah nama website kita, contoh: www.123mamanet.com Jadi, ketika kita membuat nama domain sesuaikan dengan nama kita atau tajuk dan jenis perniagaan yang ingin dijalankan itu.
Manakala hosting adalah tempat untuk kita meletakkan nama domain dan file-file pembentuk website. Sebagai permulaan, kita tidak memerlukan kapasiti atau space hosting yang terlalu besar.
Sebagai permulaan, kita boleh membuat website atau laman web secara percuma dengan menggunakan blog. Ada beberapa penyediaan blog percuma seperti Blogspot, WordPress, Tumblr dan banyak lagi.
Tetapi, lebih bagus jika kita menggunakan domain dan hosting sendiri. Bermakna kita perlu mencari nama domain dan website kita. Setelah itu, kita menyewa hosting untuk digabungkan dengan domain tersebut.
Menggunakan domain dan hosting sendiri adalah lebih baik kerana ia akan memperlihatkan bisnes yang kita jalankan nampak lebih professional di mata konsumen dan lebih dipercayai.
-
Konten
Setelah mempunyai website sendiri, kita sudah boleh mengisinya dengan informasi produk atau perniagaan yang kita jalankan.
Jangan asal copy paste. Sebaliknya gunakan ayat-ayat memikat yang ringkas dan menarik serta konten menyakinkan. Lagipun website inilah yang menjadi medan promosi dan pejabat online kita.
Untuk lebih sukses dalam menjalankan bisnes online ini, kita perlu konsisten dan jangan sesekali hilang momentum walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran.
Di samping itu, masukkan gambar-gambar produk yang akan dijual berserta deskripsinya yang lengkap. Engagement bisnes dengan audience juga perlu ada dan kuat.
-
Strategi/Promosi
Apabila konten sudah lengkap atau terisi, apa tunggu lagi. Kita kenalah mempromosikan website perniagaan kita itu bagi mendapatkan pengunjung atau pelawat/ trafik ke website kita.
Kita boleh memanfaatkan segala sosial media yang ada seperti di Facebook, Instagram, Twitter, Pinterest dan lain-lain sosial media yang kita ada.
Ini adalah cara paling pantas untuk kita menyebarluaskan segala informasi perniagaan kita. Apatah lagi jika kita mempunyai followers yang banyak dan ia sangat membantu.
Kekuatan Media Sosial
Tapi ingat ya, media sosial ini pun mempunyai rush hour nya yang tersendiri. Tak perlulah ‘memosting’ gambar ketika timeline sepi, buat sia-sia sahaja sebab tidak ada yang melihat apa yang kita posting kan itu.
Setelah itu, kita boleh memanjangkan produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan di link-link forum seperti Marketplace dan sebagainya.
Itulah beberapa cara memulakan bisnes online yang perlu kita ketahui. Berbisnes online memang seronok, tetapi ia tetap mempunyai risiko dan pasti ada saat yang membuatkan diri kita drop. Tapi, jadikan perkara yang mengecewakan itu sebagai pengalaman dan pembelajaran untuk kita terus maju ke hadapan!
Moga-moga melalui artikel cara memulakan bisnes online ini sedikit sebanyak telah memberikan gambaran tentang cara untuk memulakannya.
Tentukan jenis perniagaan yang sesuai dengan kemampuan dan minat anda. Semoga kita sama-sama berjaya!