Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
ara menghitamkan rambut

4 Cara Menghitamkan Rambut Rosak Atau Beruban

Posted on 08/03/201608/03/2016 by 123mamanet
ara menghitamkan rambut
Kredit: Minibeautylife

Bagi anda yang masih muda, kehadiran rambut beruban pasti sangat menganggu.Oleh sebab itu, Mamanet kongsikan  beberapa cara menghitamkan rambut beruban ataupun rambut yang tidak sihat.

 

 

Biasanya rambut yang tidak sihat seperti kusam atau berubah warna menunjukkan tanda bahawa sistem metabolisme tubuh anda tidak bekerja dengan normal. Jadi, adalah lebih baik jika anda menggunakan cara menghitamkan rambut dengan bahan-bahan semulajadi yang sememangnya baik untuk pertumbuhan rambut.

 

 

Berikut beberapa ramuan tradisional yang sangat berguna untuk menghitamkan rambut sekaligus menghilangkan uban di kepala secara semulajadi.

 

  1. Daun Pandan

Ambil 10-15 helai daun pandan segar yang sudah tua. Cuci bersih dan blender halus. Kemudian sapukan pada rambut dan kulit kepala secara merata. Biarkan selama setengah jam, kemudian barulah dibilas dengan air bersih.

 

 

  1. Avokado

    Foto: topcount
    cara menghitamkan rambut

Buah ini dapat membuatkan rambut hitam semulajadi. Ambil isi buah avokado yang masak dan haluskan. Kemudian campurkan dengan sebiji kuning telur dan minyak zaitun secukupnya. Gaul sehingga sebati sehingga menjadi adunan masker.

 

Setelah itu, sapukan pada rambut sampai ke akar rambut dan biarkan selama setengah jam. Selepas itu, barulah dibilas dan syampu sehingga bersih. Lakukan cara menghitamkan rambut dengan buah avokado ini seminggu dua kali bagi mendapatkan hasil yang lebih berkesan.

 

 

  1. Serbuk Kopi

Kopi mengandungi antioksidan sehingga mampu merangsang pertumbuhan sel-sel rambut baru yang lebih sihat, kuat serta berwarna hitam bersinar. Warna hitam yang terkandung di dalam kopi juga akan menyerap ke akar rambut sehingga membuatkan rambut anda kelihatan lebih hitam daripada sebelumnya.

 

 

Bancuh 2 sudu besar serbuk kopi di dalam segelas air panas. Biarkan selama setengah jam sehingga kopi mendap di bawah gelas. Ambil air kopi yang berada di atas mendapan, kemudian sapukan ke kulit kepala sambil di massage perlahan-lahan dengan gerakan memutar selama 15 minit.

 

Kemudian bungkus dengan tuala bersih, biarkan selama sejam. Setelah itu, barulah dibilas sehingga bersih. Lakukan secara teratur dua atau tiga kali seminggu.

 

 

  1. Biji Betik

    cara menghitamkan rambut
    Kredit: Wpengine.netdna

Nutrisi dan vitamin pada biji betik dikatakan boleh membuatkan rambut menjadi hitam bersinar, lebih kuat dan sihat serta semakin cantik.

Cara menghitamkan rambut dengan biji betik tidaklah sesukar mana. Caranya, ambil secawan biji betik, jemur sehingga kering. Kemudian, tumbuk sehingga halus biji betik tersebut. Tambahkan sedikit air untuk membentuk pasta, kemudian sapukan pada rambut sehingga rata.

 

 

Sapukan dari hujung rambut hingga ke pangkal rambut, biarkan selama setengah jam sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukannya dua kali seminggu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme