Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
wanita usia

4 CARA PALING ‘COOL’ JADI WANITA USIA 30AN YANG HEBAT!

Posted on 02/15/201702/14/2017 by 123mamanet

Tahun ini dah jadi wanita usia 30an, tapi boyfriend pun tak ada! Stress betul! Tentu ada di kalangan wanita yang mencecah usia 30an yang mengalami situasi tersebut.

Isi Kandungan hide
1 BERIKUT BEBERAPA PERKARA PENTING YANG PERLU WANITA USIA 30AN KETAHUI:

Sebenarnya sekalipun masih memegang title ‘single’, namun tidak bermakna sebagai wanita usia 30an, anda tidak layak bahagia sepertimana wanita lain.

Lagipun menjangkau usia 30an, wanita dianggap cukup matang. Berbeza dengan ketika kita berusia belasan tahun atau 20-an dahulu. Cuma apabila menjangkau usia 30an ini, ada banyak perkara yang perlu kita lakukan supaya kehidupan kita menjadi lebih baik lagi.

Selain itu, sebagai wanita usia 30an, kita juga perlu mengetahui banyak perkara. Bukan hanya untuk diri kita sendiri sahaja, sebaliknya juga untuk orang-orang yang berada di sekeliling kehidupan kita.

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

BACA: WANITA MATANG LEBIH DIGILAI LELAKI

 

wanita usia

BERIKUT BEBERAPA PERKARA PENTING YANG PERLU WANITA USIA 30AN KETAHUI:

  1. SENTIASA MENJADI DIRI SENDIRI

Menjadi diri sendiri sangat penting dalam usia yang sebegini. Ini adalah lebih baik daripada berpura-pura menjadi orang lain semata-mata ingin disukai oleh orang lain.

Menjadi diri sendiri akan membawa kita mengenal jati diri serta tahu cara paling bagus untuk menjadikan diri kita dengan lebih baik lagi tanpa perlu terseksa jiwa raga efek dari menipu atau berpura-pura.

Sebagai wanita berwawasan kita perlu tahu betapa pentingnya mencintai dan menerima kekurangan diri sendiri. Dengan cara ini kita akan belajar untuk tidak menyakiti dan membuat kita rendah diri di mata orang lain.

wanita usia

  1. UPGRADE KUALITI DIRI

Semakin matang usia, kita harus bersikap lebih positif dan melihat setiap permasalahan dari sudut pandangan yang lebih baik lagi.

Di samping itu, kita juga kena mempunyai wawasan hidup serta rasa ingin tahu tentang banyak perkara terutama hal-hal baru yang dapat membuat diri kita meng- upgrade kualiti diri.

Cubalah lakukan aktiviti kreatif yang boleh menjadi bekalan berharga untuk masa depan kita nanti.

Setiap orang memerlukan waktu untuk merenung diri sendiri. Jika kita ingin menjadi lebih baik untuk diri sendiri dan juga keluarga, luangkan waktu untuk mengubah segala kebiasan dan sifat buruk yang kita miliki  selama ini.

Berubah menjadi lebih baik secara konsisten memang tidak mudah, tetapi yakinlah bahawa kita pasti boleh melakukannya!

wanita usia

 

  1. HENTIKAN SIKAP SUKA MEMBANDING-BANDINGKAN

Membanding-bandingkan diri kita dalam segala perkara hanya akan menunjukkan kita adalah orang yang tidak bahagia dan penuh dengan rasa cemburu.

Janganlah macam tu ok,hanya kita yang paling memahami kebahagiaan yang kita miliki. Apa yang kita alami dan rasakan belum tentu dirasakan oleh orang lain.

Tidak ada gunanya jika kita terus membandingkan diri kita dengan orang lain.Lebih baik kita manfaatkan kesempatan yang kita ada dengan produktif untuk membuatkan diri kita melangkah lebih maju.

Sebagai wanita usia 30an ini ada baiknya jika kita menjadi lebih aktif di lingkungan persekitaran yang mana akan membuatkan kita berasa lebih dihargai.

Gunakan segala pengetahuan yang dimiliki selam ini untuk membantu orang-orang di sekeliling kita.

wanita usia

  1. SENTIASA BAHAGIAKAN DIRI SENDIRI

Manfaatkan hidup kita dengan sebaik mungkin. Jangan sesekali sia-siakan waktu yang kita miliki walaupun kita sedar kita hidup di dunia ini hanya sementara sahaja.

Kita kena cuba kurang-kurangkan sikap suka mengeluh atau merungut. Lakukan apa yang sepatutnya kita lakukan untuk membuatkan hidup kita jadi semakin baik dan bahagia.

Selain itu, jangan sesekali anggap remah tentang kepentingan untuk menabung ini. Untuk menjadi wanita usia 30an yang hebat, kita perlu lebih selektif bila berbelanja. Jangan sampai kita gigih dan ketagih bekerja, tetapi tidak tahu ke mana habisnya duit kita itu.

Lebih baik, simpan segala duit yang ada dan manfaatkannya untuk sesuatu yang lebih bermanfaat seperti pergi bercuti.

Percayalah, bercuti juga boleh membuatkan kita rasa lebih bahagia, lebih muda dan boleh mendapat pelbagai pengetahuan serta pengalaman baru yang cukup berharga!

wanita usia

 

Itulah beberapa cara paling ‘cool’ yang wajib dipraktik untuk menjadi wanita usia 30an yang hebat dan bahagia!

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme