Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
Menu
punca keguguran

Hati-Hati Dengan 4 Punca Keguguran Ini!

Posted on 08/25/201608/26/2016 by 123mamanet

punca keguguranKEGUGURAN adalah satu saat yang paling ditakuti oleh mana-mana wanita yang sedang mengandung. Punca keguguran biasanya dipengaruhi oleh kesihatan ibu itu sendiri dan juga keadaan janin di dalam kandungannya dan sangat mudah berlaku ketika usia kandungan di bawah 22 minggu.

Isi Kandungan hide
1 Berikut beberapa faktor umum yang menjadi punca keguguran:

Ketahui punca keguguran supaya anda boleh cuba untuk menjaga diri dan juga kandungan anda dengan lebih baik lagi.

 

Berikut beberapa faktor umum yang menjadi punca keguguran:

 

  1. Gaya Hidup Yang Kurang Sihat

    punca keguguran
    Kredit: Reddict – janin 13 minggu

Rokok, minuman keras dan juga ubat-ubatan terlarang bukan sahaja memperkecilkan kesempatan untuk mengandung. Malahan turut memperbesarkan risiko terjadinya keguguran.

 

Tahap risiko keguguran tersebut mencapai dua kali ganda jika dibandingkan dengan wanita yang tidak mengamalkan gaya hidup yang kurang sihat itu.

 

Selain itu, aktiviti berbahaya untuk ibu mengandung juga boleh menjadi punca keguguran.

 

 

  1. Faktor Usia

Mengandung pada usia yang terlalu muda ataupun sudah berumur turut berpotensi untuk berhadapan dengan masalah keguguran.

 

Kehamilan yang terjadi pada wanita berusia 40 tahun ke atas lebih berisiko jika dibandingkan dengan wanita yang mengandung dengan usia 35 tahun ke bawah. Ini adalah kerana rahim wanita yang berusia di bawah 35 tahun lebih kuat berbanding dengan wanita mengandung dengan usia 40 tahun ke atas.

 

 

  1. Gangguan Kesihatan

    punca keguguran
    Kredit: parent

Masalah kesihatan yang dihadapi oleh ibu mengandung boleh membawa kepada keguguran kandungan. Misalnya anda mempunyai struktur rahim yang abnormal, rahim yang lemah, ada masalah pada plasenta serta penyakit-penyakit lain seperti tiriod, diabetis, darah tinggi, dan sebagainya.

 

 

  1. Kelainan Pada Janin

Bukan setakat kelainan pada rahim sahaja  yang boleh menjadi punca keguguran, malah kelainan pada janin juga turut berisiko. Puncanya kerana kelainan pada janin adalah disebabkan kelainan kromosom. Ia terjadi pada ketika pembuahan, akibatnya embrio yang terbentuk menjadi cacat sehingga menyebabkan keguguran.

Bahkan keadaan kesihatan janin itu sendiri mungkin menyebabkan dia tidak boleh bertahan dan mungkin tidak dapat meneruskan kehidupannya.

 

Beberapa Tip Bantu Mencegah Keguguran:

  • Pengambilan makan yang sihat dengan zat seimbang.
  • Makan asid folik kerana ia dapat menjaga janin daripada cacat saraf dan kemungkinan keguguran.
  • Hindari stres.
  • Jaga berat badan.
  • Jangan makan ubat-ubatan terlarang.
  • Hindari melakukan aktiviti lasak dan berisiko.
  • Elakkan pengambilan kafein.
  • Berhenti merokok.

 

[btn text=”LIKE MAMANET DI FACEBOOK” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF bhovercolor=#0000FF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Advertisement

Artikel Popular

  • Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs® Yang Ke-20
  • SCENTIFY by ENCHANTEUR, Jenama Penyegar Fabrik Terbaharu
  • Immersive Winterland: Pintu Gerbang Pengalaman 7D di i-City
  • SUPALAPA Festival
  • Suami Curang, Anda Patut….
  • Pepsodent Lancar Kempen Kesedaran Kebersihan Mulut
  • Little Caliphs Karnival Mega Ulang Tahun ke 20
  • Kiddocare dan FWD Takaful Lancar “MindCare”
  • Malaysia Hobby Expo 2023 & Passion of Sound Concert 2023
  • Mata Letih : Cuba 8 Cara Segarkannya

Recent Posts

  • Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs® Yang Ke-20
  • SCENTIFY by ENCHANTEUR, Jenama Penyegar Fabrik Terbaharu
  • Immersive Winterland: Pintu Gerbang Pengalaman 7D di i-City
  • SUPALAPA Festival
  • Suami Curang, Anda Patut….

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

© 2023 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme