Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
Solekan Mata

4 Trik Solekan Mata Lebih Bundar Dan Menawan

Posted on 06/10/201606/10/2016 by 123mamanet

Solekan MataJika anda inginkan kelainan pada gaya solekan mata, jangan teragak-agak untuk mencuba trik mekap mata ini. Solekan mata ini mampu membuatkan mata anda nampak lebih ‘hidup’ dan menawan!

Isi Kandungan hide
1 Berikut beberapa tip solekan mata yang bakal memberikan kesan menarik buat mata anda:
1.1 1. Pembayang Mata (Eye Shadow)

Berikut beberapa tip solekan mata yang bakal  memberikan kesan menarik buat mata anda:

 

1. Pembayang Mata (Eye Shadow) Solekan Mata

Pemilihan pembayang mata berwarna gelap boleh membuatkan mata kita nampak lebih tajam. Manakala pembayang mata berwarna putih atau cerah pada bahagian tengah hingga ke sudut kelopak mata adalah trik yang tepat untuk mendapatkan mata yang kelihatan lebih bundar. Setelah selesai solekan mata diaplikasi, tambahkan garis putih atau warna apapun yang cerah atau terang, pada bahagian mata yang anda inginkan sehingga ke sudut mata.

 

Baca  ini:

  • Makanan Yang Sihat Elak Perut Meragam Masa Berpuasa
  • Punca Mulut Berbau Ketika Berpuasa

2. Lentikkan Bulu MataSolekan Mata

Ada banyak cara yang boleh kita gunakan untuk melentikkan bulu mata. Jika kita suka dan selesa, tak ada salahnya kalau pakai  bulu mata palsu. Kalau tidak, kita boleh gunakan penyepit bulu mata untuk melentikkan bentuknya. Setelah itu, pakailah maskara.

 

Caranya cukup mudah, gunakan sikat dari bahagian bawah bulu mata. Gunakan gerakan zigzag supaya bulu mata boleh disikat dengan baik dan maskara lebih rata. Teknik ini cukup membantu untuk membuatkan solekan mata kita lebih menarik.

 

3. Wajib Pakai Eye LinerSolekan Mata

Eye liner boleh membuat tangkai mata menjadi lebih tajam, bulat atau nampak tebal.Gunakan eye liner untuk membentuk bingkai mata yang sesuai dengan keinginan. Jika kita mahu mata kelihatan lebih besar, bentuklah frame yang lebih panjang ke sudut luar mata.

 

Kemudian sapu highlight atau pembayang mata berwarna putih. Kombinasi warna tersebut dengan eye liner tersebut bakal membuatkan mata nampak lebih besar.

 

4. Bentukkan KeningSolekan Mata

Rapikan kening dengan cara mencukur atau membentuknya dengan pensil kening. Buat bentuk bukit supaya mata kita nampak lebih besar. Pastikan hujungnya meruncing dengan tegas sehingga membuatkan solekan mata kita kelihatan lebih kemas dan ada karakter.

 

Tip Ekstra!

Anda boleh juga menggunakan softlens bagi melengkapi lagi gaya solekan mata  agar lebih menawan. Pastikan anda memakainya sebelum bersolek dan menanggalkannya sebelum membersihkan mekap.

 

p/s: Pilih softlens yang ‘hypoallergenic’ dan bebas minyak untuk menghindari iritasi dan jangkitan ketika anda membuat solekan mata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme