Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
Kumpulan 4U2C bergambar bersama untuk promosi konsert WE 4U2C 2025

4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!

Posted on 06/25/202506/25/2025 by 123mamanet

Selepas hampir tiga dekad tidak tampil dalam konsert berskala besar, kumpulan rap legenda Malaysia – 4U2C bakal mencipta momen luar biasa menerusi Konsert WE 4U2C yang akan berlangsung pada 15 September 2024 di Idea Live Arena, Petaling Jaya.

Isi Kandungan hide
1 Gabungan Nostalgia & Tenaga Baharu – WE 4U2C Bawa Flava 90-an
2 AC Mizal Dedah – “Konsert Ini Ilham Isteri Saya”
2.1 Bukan Sekadar Persembahan
3 Tampil Dengan Sisi Segar
3.1 Barisan Ahli & Pengarah Muzik Ternama
3.2 Penaja & Rakan Strategik WE 4U2C
3.3 Tiket Konsert – Harga & Platform Pembelian
3.3.1 Tingkat Bawah:
3.3.2 Tingkat Atas:
3.4 Dapatkan Info Terkini Konsert WE 4U2C
4 Hidupkan Kembali Era 90-an Bersama WE 4U2C!
Gambar kumpulan 4U2C berkumpul semula untuk konsert WE 4U2C selepas hampir tiga dekad
Legenda hip hop 90-an, 4U2C kembali bergabung demi peminat setia. Konsert WE 4U2C bakal cipta sejarah 15 September ini

Gabungan Nostalgia & Tenaga Baharu – WE 4U2C Bawa Flava 90-an

Konsert ini membawa tema “Bringin’ Back Da 90’s Flava” menghidupkan semula kenangan era hip-hop Malaysia yang pernah didominasi oleh 4U2C pada tahun 90-an. Peminat bakal disajikan dengan persembahan ikonik yang penuh semangat, gaya dan ritma yang pernah mencetuskan fenomena tersendiri

AC Mizal Dedah – “Konsert Ini Ilham Isteri Saya”

Menurut Datuk AC Mizal, idea konsert tercetus daripada isterinya, Datin Emylia Rosnaida dan diperhebatkan oleh tawaran daripada pihak penganjur, Juss Event Sdn. Bhd.

“Saya bersyukur sangat. Ini impian saya sejak dahulu lagi. Kami janji akan beri persembahan terbaik untuk peminat yang hadir,” ujar AC.

Bukan Sekadar Persembahan

AC menjelaskan, konsert ini bukan bertujuan mencipta sejarah semata-mata tetapi untuk membuktikan bahawa artis Malaysia mampu menjadi trendsetter, bukan hanya penyanyi semata-mata.

“Kami tampil menyanyi sambil menari sejak dulu. Kali ini kami akan teruskan konsep itu. Malaysia memang ada artis berkualiti,” katanya lagi.

Baca Juga:

Cara Mudah Menangani Stress Di Tempat Kerja

Petua Berkesan Atasi Rambut Gugur Kronik

 

Gambar promosi menjelang konsert tersebut
Kenangan zaman walkman kembali! Inilah wajah-wajah yang pernah mendominasi carta hip hop Malaysia suatu ketika dahulu.

Tampil Dengan Sisi Segar

Kumpulan ini turut mengumumkan pelancaran tiga single baharu tahun ini, termasuk satu lagu balada dan dua lagu rancak. Lagu-lagu ini dijangka menjadi highlight semasa persembahan mereka.

“Kami harap peminat generasi baharu boleh turut nyanyi dan hayati lagu-lagu ini,” jelas AC.

Barisan Ahli & Pengarah Muzik Ternama

Konsert ini menampilkan semua ahli asal kumpulan iaitu Aren, Yanz, Rinz, Lanz, Charlie dan Azam, selain AC. Ia turut mendapat sentuhan kreatif Aubrey Suwito sebagai Pengarah Muzik, dibantu pemuzik profesional berpengalaman luas dalam industri muzik Malaysia.

Penaja & Rakan Strategik WE 4U2C

Konsert ini dianjurkan oleh Juss Event Sdn. Bhd. dengan sokongan daripada:

  • Millennium Group – Penaja utama
  • Giant Malaysia – Rakan pengaktifan runcit
  • Uncle Jack – Rakan makanan & minuman rasmi
  • ERA, Sinar, Gegar, Mix – Rakan radio rasmi
  • Astro Gempak – Rakan media digital rasmi

 

Gambar layout harga tiket Konsert WE 4U2C dengan senarai kategori dan harga dari RM155 hingga RM555
Harga tiket Konsert WE 4U2C bermula dari RM155 hingga RM555 untuk pelbagai kategori, termasuk momen eksklusif bersama kumpulan lagenda ini.

Tiket Konsert – Harga & Platform Pembelian

Tiket akan mula dijual 30 Jun 2024 melalui platform rasmi:

  • Ticket Empire
  • Fantopia

Tingkat Bawah:

  • RM155 – Berpisah Jangan
  • RM355 – Kembalilah Fiona
  • RM455 – Video Games
  • RM505 – Kami Rappers
  • RM555 – Fiona

Tingkat Atas:

  • RM255 – Kenangan Cinta & Persahabatan
  • RM355 – I Miss U
  • RM405 – Dusta
  • RM505 – Dynamite

Pembayaran fleksibel tersedia melalui Atome, Pay Later by Grab & Shopee PayLater.

Dapatkan Info Terkini Konsert WE 4U2C

Ikuti info & perkembangan terkini:

  • Laman web rasmi: www.jussevents.com.my
  • Media sosial Juss.Events: Instagram, Facebook, TikTok
  • Media sosial 4U2C: Instagram & TikTok
Foto nostalgia kumpulan 4U2C era 90-an yang mencetuskan fenomena hip hop tempatan
Kumpulan 4U2C bersedia untuk menggamatkan Idea Live Arena pada 15 September ini!

Hidupkan Kembali Era 90-an Bersama WE 4U2C!

Konsert WE 4U2C bukan sekadar persembahan. Sebaliknya adalah penghargaan kepada legasi yang telah mereka cipta. Kembalinya kumpulan ini menjadi simbol kekuatan muzik tempatan yang tidak lapuk dek zaman!

Apa tunggu lagi, tempah tiket sekarang dan jadilah sebahagian daripada sejarah ini! Kita jumpa di 15 September nanti ok!!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!

Recent Posts

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme