Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
badan lemah

5 Alasan Kenapa Badan Lemah Sepanjang Hari

Posted on 10/10/201610/10/2016 by 123mamanet
badan lemah
kredit foto-juliebladon

Badan lemah mungkin berpunca daripada masalah kurang tidur. Namun, kurang tidur bukanlah satu-satunya punca yang harus dipersalahkan apabila badan kita terasa lemah. Jika anda selalu rasa lemah, lesu dan mengantuk, anda perlu bertindak segera. Awas! Jangan biarkan masalah tersebut menggangu prestasi anda!

Isi Kandungan hide
1 Berikut ini beberapa alasan mengapa kita rasa badan lemah sepanjang hari:

 

Badan lemah boleh mempengaruhi mood dan prestasi harian kita. Untuk mendapatkan kembali energi yang hilang itu, kita perlu mengetahui penyebab atau alasan utama  yang membuatkan kita jadi begitu.

 

Berikut ini beberapa alasan mengapa kita rasa  badan lemah sepanjang hari:

 

  1. badan lemah
    kredit foto-freshdrink

    Kurang Minum Air Masak

Dehidrasi boleh menyebabkan pengurangan jumlah darah dan mengakibatkan darah menjadi kental.

Kekentalan darah yang berlebihan akan membuatkan jantung terpaksa bekerja dengan lebih teruk dan kurang sempurna sehingga mengurangkan kepantasan oksigen dan nutrisi dalam mengapai otot dan organ tubuh lain.

 

Selepas bersenam, minumlah segelas air masak supaya cairan di dalam badan kembali terisi. Ketika bersenam cairan tubuh akan berkurangan kerana peluh yang keluar dari tubuh.

 

 

 

  1. badan lemah
    kredit foto-newskarnataka

    Kurang Makan

Kurang makan atau makan terlalu sedikit serta  pemakanan yang tidak betul  juga boleh menyebabkan badan lemah. Pengambilan makanan manis pada pagi hari boleh meningkatkan gula darah sehingga pergerakan menjadi lambat yang mana akhirnya mengundang rasa letih.

 

Sebaiknya kita bersarapan dengan memasukkan protein dan karbohidrat kompleks seperti telur dan gandum, kerana ia menciptakan energi yang lebih lama.

 

Selepas ini, pastikan menu makanan kita seimbang dan sihat. Jangan abaikan pengambilan sayur-saura, buah-buahan serta protein ke dalam hidangan kita. Gaya pemakanan dan menu yang sihat akan memberikan banyak kebaikan untuk kesihatan kita.

 

 

 

  1.  
    badan lemah
    kredit foto-ljepotaizdravlje

    Kekurangan Zat Besi

Kekurangan zat besi dalam tubuh juga boleh membuatkan badan terasa lemah, letih, cepat penat dan sukar untuk fokus. Ini adalah kerana kurangnya oksigen yang tersalur menuju ke otat dan sel tubuh.

 

Jadi, cubalah perbanyakkan pengambilan makanan yang mengandungi zat besi bagi mencegah anemia. Makanan seperti daging tanpa lemak, tahu, telur, sayuran berdaun hijau, kacang dan soya elok dimakan bagi menambah zat besi.

 

Gabungkan  makanan tersebut dengan makanan yang mengandungi vitamin C yang tinggi. Ini adalah kerana vitamin C dapat membantu penyerapan zat besi ketika dimakan bersama.

 

 

  1. badan lemah
    kredit foto-amazonaws

    Kurang Bersenam

Ramai di antara kita yang memilih untuk terus beristirahat setelah penat bekerja tanpa memberi ruang walaupun seketika untuk bersenam.

 

Bersenam secara teratur sebenarnya mampu meningkatkan stamina dan daya ketahanan tubuh kita serta membantu melancarkan perjalanan darah. Secara tak langsung akan membuatkan badan kita jadi lebih cergas  dan bersemangat.

 

 

Itulah beberapa perkara yang boleh menjadi penyebab badan lemah sahaja. Semoga artikel ini bermanfaat, sekaligus kita semua mendapatkan tip untuk mengatasinya.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif

Recent Posts

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme