Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
mudah tidur

5 Cara Anak Mudah Tidur Lena

Posted on 09/24/201609/24/2016 by 123mamanet
mudah tidur
kredit foto: amazonaws

Susah tak nak buat anak mudah tidur? Hari sudah lewat malam, tapi anak kesayangan kita masih lagi tak nak tidur. Matanya juga masih segar dan sibuk mengajak kita bermain. Apa nak buat ni? Apakah cara terbaik dan berkesan agar anak mudah tidur pada malam hari?

Isi Kandungan hide
1 Dikongsikan beberapa cara agar anak mudah tidur yang boleh digunakan sebagai panduan.

 

Sebenarnya tidak susah untuk membuatkan si kecil mudah tidur, yang diperlukan adalah informasi yang tepat agar anak  menjadi lebih berdisiplin dengan waktu tidurnya. Baik papa, mahupun mama sama-sama perlu memainkan peranan.

 

Dikongsikan beberapa cara agar anak mudah tidur yang boleh digunakan sebagai panduan.

 

  1. mudah tidur
    kredit foto: si-wsj-net

    Waktu Tidur Yang Konsisten

Tetapkan waktu tidur yang konsisten dan sama pada setiap hari. Ini adalah kerana agar waktu tidurnya menjadi lebih teratur dan belajar disiplin dengan peraturan.

 

 

  1. Elakkan Sebarang Aktiviti Yang Aktif

Hindari sebarang aktiviti yang boleh membuatkan si anak menjadi lebih aktif. Gerakan seperti melompat dan berlari memboleh membuatkan tubuhnya menjadi lebih cergas untuk berjaga dan sukar untuk diajak tidur.
Selain itu, elakkan juga daripada menonton televisyen dan bermain dengan gajet kerana akan mengundang stimulasi aktif, sehingga anak menjadi susah untuk melelapkan mata.

 

 

  1. Suasana Yang Selesa

Salah satu cara buat anak mudah tidur adalah dnegan menyediakan suasana yang selesa untuknya beristirahat. Suasana yang selesa turut mempengaruhinya di dalam proses nak tidur.

 

Selain itu, jauhkannya dari suara kebisingan, suramkan lampu dan berikan suasana yang tenang agar si kecil juga berasa lebih tenang dan menjadi lebih mudah tidur.

 

 

  1. Berikan Sentuhan Lembut

Sentuhan atau urutan lembut sebelum tidur merupakan salah satu cara untuk membuatkan si kecil rasa mengantuk.

 

Urut atau usaplah bermula dari bahagian kaki, kemudian ke badan, tangan dan kepala.Pastikan tangan kita bersih ya sebelum membelai atau menyentuhnya.

 

  1. Minum Susu Suam

Segelas atau sebotol susu suam sebelum tidur dapat membantu tubuhnya berada dalam keadaan yang lebih tenang.

 

Minuman suam juga akan meningatkan suhu badan si kecil menjadi selesa  dan lebih mudah untuk tidur.

 

Semoga beberapa tip anak mudah tidur ini boleh membantu anda mendapatkan panduan supaya si anak lebih cepat tidur dengan nyenyaknya.

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!

Recent Posts

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme