Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
cara diet yang betul

5 CARA DIET YANG BETUL UNTUK IBU MENYUSU

Posted on 01/31/201702/02/2017 by 123mamanet

Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh ibu yang masih dalam proses menyusukan bayinya untuk menurunkan berat badan adalah dengan mengamalkan cara diet yang betul.

Isi Kandungan hide
1 BERIKUT BEBERAPA CARA DIET YANG BETUL BAGI IBU MENYUSU:
2 CARA DIET BETUL DENGAN PILIHAN MENU YANG TEPAT:

Tentu ramai di kalangan kita yang berhajat untuk kembali langsing setelah melahirkan anak. Apatah lagi, masalah perut buncit dan berat badan berlebihan sering terjadi pada wanita selepas bersalin.

Ini adalah kerana sepanjang tempoh kehamilan, kita biasanya akan lebih banyak mengambil makanan yang berzat tinggi serta makan beberapa vitamin yang  disarankan untuk menjaga kesihatan kita dan juga janin.

Sewaktu menyusukan anak, kita juga disarankan untuk mengambil makanan yang berzat supaya si comel kita dapat membesar dengan sempurna. Sikap malas untuk bersenam tentu sahaja akan menyebabkan timbunan lemak di tubuh menjadi semakin menimbun.

Sekalipun kita betul-betul bersemangat untuk kurus, namun kita tidak perlu melakukan perubahan terhadap gaya pemakanan secara all out ketika sedang dalam proses menyusukan bayi.

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

BACA: CARA TAMBAH SUSU YANG ANDA PERLU TAHU

cara diet yang betul

 

BERIKUT BEBERAPA CARA DIET YANG BETUL BAGI IBU MENYUSU:

  1. AMBIL MAKANAN DAN MINUM SIHAT

Langkah awal untuk menjalankan program diet bagi  ibu menyusu ini, kita perlu perhatikan apa sahaja makanan atau minuman yang masuk ke dalam badan kita.

Kandungan dalam air susu badan dapat menentukan zat yang diserap oleh tubuh si manja. Walaupun kita tidak mendapat nutrisi yang sempurna disebabkan gaya pemakanan kita yang salah atau kurang sihat, air susu kita tetap dihasilkan dan tugasnya dalam menghasilkan zat untuk bayi kita tetap berlangsung.

Biarpun ingin menurunkan berat badan, tetapi kita kena ingat, kualiti dan kuantiti air susu kita itu akan menurun apabila kita hanya mengambil sekumpulan makanan.

Apatah lagi, jika makanan tersebut rendah kalorinya. Jadi, kita kena pastikan makanan dan minum yang diambil itu benar-benar menyihatkan.

cara diet yang betul

  1. MINUM AIR MASAK

Kekurangan air di dalam badan boleh mengundang dehidarsi. Jika kita masih menyusukan anak, sudah pasti air masak sangat penting untuk memperbanyakkan lagi jumlah air susu tersebut.

Bukan itu shaja, kita juga memerlukan air untuk membakar lemak, mengecilkan perut dan membuang racun dalam badan.

cara diet yang betul

  1. SENAMAN RINGAN

Cara diet yang betul turut menyarankan agar ibu yang menyusukan bayinya agar melakukan senaman ringan.

Dengan bersenam, kita akan mempunyai fizikal yang kuat dan sihat serta melancarkan perjalanan darah yang mana akan memperbanyakkan lagi jumlah air susu kita.

Jika keadaan kesihatan kita tidak mengizinkan untuk bersenam, kita mungkin boleh membuat kerja-kerja rumah sendiri asalkan pekerjaan tersebut tidak menganggu kesihatan kita.

cara diet yang betul

CARA DIET BETUL DENGAN PILIHAN MENU YANG TEPAT:

Berikut ini beberapa menu cara diet yang sihat untuk kita yang sedang menyusu.

* SAYUR-SAYURAN

Sayuran hijau rendah kalori, dan sangat bagus dijadikan menu diet kita. Di samping itu, ia juga kaya dengan kalsium, zat besi, vitamin C dan vitamin A yang baik untuk si manja kita.

cara diet yang betul

* BUAH-BUAHAN

Cara diet yang betul untuk ibu yang sedang menyusu sebaiknya diselitkan buah-buahan atau jus dua kali sehari.

Oren atau buah limau merupakan sumber vitamin C yang dapat memberikan energi. Keluarga ‘berry’ seperti strawberi dan blueberi juga banyak mengandungi vitamin dan mineral.

cara diet yang betul

* DAGING TANPA LEMAK

Lemak daging merupakan salah sau lemak yang perlu dihindari kerana boleh membuatkan kita jadi gemuk.

Sebaiknya, kita pilih daging tanpa lemak yang mengandungi vitamin B12, zat besi dan juga protein.

cara diet yang betul

* SUSU SEGAR

Produk susu seperti susu,yogurt dan keju adalah pilihan terbaik untuk kita menguruskan badan ketika dalam proses menyusu.

Susu mengandungi vitamin D yang baik untuk perkembangan tulang. Protein,kalsium dan vitamin B juga bagus untuk kita dan juga buah hati.

cara diet yang betul

* ROTI GANDUM

Asid folik sangat penting untuk perkembangan bayi kita pada awal kehamilan dahulu. Selain itu, asid folik juga penting untuk bayi. Pastikan di dalam air susu kita itu mengandungi asid folik yang mencukupi. Salah satu sumber terbaik dari asid folik adalah roti gandum, yang juga dapat menyumbangkan keperluan serat dan zat besi kita.

cara diet yang betul

Itulah berberapa cara diet yang betul dan boleh diterapkan oleh para ibu yang masih menyusukan bayinya, tetapi dalam masa yang sama mahu menurunkan berat badan.Jika perlu, dapatkan nasihat doktor untuk diet yang sebaiknya anda lakukan.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia

Recent Posts

  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme