Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
Cara Hilangkan Ketumbit

5 Cara Hilangkan Ketumbit Di Mata Dengan Cepat

Posted on 07/16/201607/16/2016 by 123mamanet

Cara Hilangkan KetumbitRAMAI di antara kita pernah kena ketumbit di mata. Kadang-kadang, tetiba jer tumbuh. Jadi, kalau tumbuh lagi anda dah tak perlu bimbang sebab Mamanet kongsikan cara hilangkan ketumbit ini.

Isi Kandungan hide
1 Penyebab Ketumbit Tumbuh Di Mata
2 Cara Hilangkan Ketumbit Secara Semuladi Yang Boleh Anda Cuba:

 

Ketumbit adalah bisul kecil ataupun besar yang terletak di kelopak mata. Petanda gejala ketumbit biasanya terdapat benjolan berwarna kemerahan di kawasan kelopak mata, sama ada diatas ataupun dibahwanya. Biasanya disertai dengan bintik putih atau kuning di bahagian tengahnya. Benjolan ini akan jadi semakin membesar atau membengkak dan menyebabkan mata cepat berair, gatal dan tidak selesa bila berkedip.

 

Penyebab Ketumbit Tumbuh Di MataCara Hilangkan Ketumbit

Penyebabnya ada banyak, misalnya kebersihan di sekitar kawasan mata tidak terjaga kebersihan, disebabkan debu dan kotoran, kerap menggosok mata dan sebagainya.

 

Ambil Perhatian!

Jangan menekan atau memicit benjolan ketumbit sehingga mengeluarkan nanah. Ia boleh membuatkan anda terkena infeksi mata, jika terpaksa menyentuhnya, usahakan untuk membersihkan tangan anda terlebih dahulu.

 

Cara Hilangkan Ketumbit Secara Semuladi Yang Boleh Anda Cuba:

 

  1. Bawang PutihCara Hilangkan Ketumbit

Cara hilangkan ketumbit dengan bawang putih boleh dipratikan. Ini adalah kerana bawang putih mengandungi persenyawaan anti bakteria yang dipercayai mampu menghapuskan bakteria penyebab ketumbit di mata.

 

Anda hanya perlu, bersihkan mata dengan air suam dan sediakan satu ulas bawang putih. Hancurkan bawang putih, sama ada diparut atau ditumbuk lumat.  Setelah itu, sapukan bawang putih yang sudah lumat itu pada kawasan kelopak mata yang ditumbuhi ketumbit itu.

 

 

  1. Daun SirihCara Hilangkan Ketumbit

 

Cara hilangkan ketumbit yang ingin Mamanet kongsikan adalah dengan menggunakan daun sirih. Ia terbukti dapat mengubati pelbagai jenis sakit mata, termasuklah ketumbit mata ini.

 

Caranya mudah sahaja, sediakan dua helai daun sirih. Kemudian rebuskannya dengan dua gelas air, biarkan sehingga mendidih.Biarkan sejuk seketika, kemudian tapis.

Gunakan air rebusan perahan daun sirih itu untuk membersihkan kawasan mata yang sakit atau ketumbit.

 

 

  1. Tuam Dengan Air SuamCara Hilangkan Ketumbit

Cara hilangkan ketumbit paling mudah adalah dengan cara menuamkannya dengan air suam. Cara ini sangat efektif untuk mengurangkan kegatalan dan mengempiskan bengkak mata akibat ketumbit itu.

 

Anda hanya perlu, sediakan kain atau tuala yang lembut. Rendamkannya dalam air panas suam. Bersihkan kawasan kulit di sekitar mata dan tuam mata yang berketumbit itu dengan kain atau tuala tersebut, selama 5-8 minit. Lakukan secara teratur untuk mendapatkan hasil yang berkesan.

 

 

  1. Kunyit HidupCara Hilangkan Ketumbit

Sifat kunyit anti-bakteria dan anti-inflamasi membuatkan tanaman ini sangat berkesan untuk mengatasi banyak penyakit.

 

Ambil sedikit kunyit hidup, ditumbuk sampai lumat dan kemudiannya di sapu pada bahagian yang ada ketumbit. Ia akan mempercepatkan menyembuhkan ketumbit tersebut serta mengurangkan bengkaknya.

 

  1. Teh UncangCara Hilangkan Ketumbit

Anda boleh mencuba cara hilangkan ketumbit dengan menggunakan teh uncang. Anda hanya perlu menekap mata dengan teh uncang yang sudah digunakan itu sehingga peradangan tersebut mengecil. Teh mempunyai antioksidan yang cukup baik untuk membantu mengurangkan ketidakselesaan akibat ketumbit.

 

Ikuti kami di facebook dengan klik di sini dan like page mamanet@harianwanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!

Recent Posts

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme