Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
cara mengatasi anak susah makan

5 Cara Mengatasi Anak Susah Makan Sayur

Posted on 07/03/201607/03/2016 by 123mamanet

cara mengatasi anak susah makanCARA mengatasi anak susah makan sayur memang bukan mudah dan amat mencabar kesabaran. Hal ini kerana sayur-sayuran jika tidak diperkenalkan dan dibiasakan kepada anak sejak kecil boleh menyebabkan anak-anak menolak sayur bila meningkat dewasa.

Isi Kandungan hide
1 Bagaimana cara mengatasi anak susah makan sayur?

Bagaimana cara mengatasi anak susah makan sayur?

Sila Ikuti lima cara ini:

cara mengatasi anak susah makan

  1. Kukus dan kisar sayur kemudian jadikan puri. Kaedah ini sesuai untuk sayuran jenis keras seperti labu, lobak merah, brokoli dan kubis bunga. Ketika memasak sup atau hidangan berkuah, boleh masukkan puri ini bersama. Boleh juga digunakan dalam sos berasaskan sayur seperti sos bolognaise (tomato) dan pesto (daun basil). Anak pasti tak sedar kehadiran sayur dalam makanan.

 

cara mengatasi anak susah makan

  1. Sayur dicincang halus dan dimasukkan ke dalam adunan jemput-jemput, lempeng, telur, bebola daging, patty ayam atau kek. Selain makanan menjadi lebih menarik dan berwarna-warni, anak juga tak sedar sambil mengunyah jemput-jemput kegemaran rupanya tersembunyi sayur. Tapi pastikan sayuran dicincang halus, kalau tidak akan diasingkannya pula. Kalau kek, boleh cuba kek lobak merah, atau mufin savuri brokoli.

 

cara mengatasi anak susah makan

  1. Jadikan sayuran sebagai inti kuih-muih kegemaran anak. Antaranya karipap, popia, murtabak dan roti goreng. Pelbagaikan bahan dalam inti dengan masukkan sayur. Boleh cuba buat popia berintikan lobak merah dan sengkuang bersama jejari ketam, anak pasti boleh habiskan beberapa keping tanpa sedar dia makan popia yang sebenarnya berintikan sayur! Ini merupakan salah satu cara mengatasi masalah anak susah makan sayur.

 

cara mengatasi anak susah makan

  1. Sediakan snek (makanan jejari) buah-buahan atau sayur-sayuran dalam bekas terbuka di dalam peti sejuk. Contohnya pisang, epal, nanas, tembikai, anggur, mangga atau tomato ceri. Boleh juga dicampur dengan jagung atau sayuran lain yang telah dipotong kecil dan jadikan sebagai salad. Mudah-mudahan anak tertarik hati untuk makan bila melihat kepelbagaian warna. Taburkan juga kekacang untuk menaikkan selera dan minat anak.

 

 

 

cara mengatasi anak susah makan

  1. Boleh cuba tempura sayur. Sayur-sayuran bersalut tepung dan digoreng serta dicicah dengan sos dan mayonis boleh memancing selera anak. Antara sayur yang boleh digunakan adalah terung, kubis bunga, bayam (boleh juga dibuat kerepek), lada benggala dan bawang besar. Pelbagaikan dengan ayam, udang atau sotong goreng tepung untuk lebih menarik.

 

 

Lebih utama ialah cara mengatasi  anak susah makan sayur ini terletak kepada kreativiti anda dengan pengaruh rakan-rakan sebaya. Bila anak-anak lihat rakannya makan sayur, dia akan boleh terpengaruh.

Sebenarnya untuk membiasakan anak makan sayur memerlukan usaha ibu bapa. Usaha untuk menarik minat mereka dan usaha untuk sediakan sendiri di rumah (homemade). Jika anak tidak didedahkan dengan kebaikan dan rasa sayur sejak kecil, pasti akan dibawa hingga dewasa dan menyebabkan kekurangan nutrisi. Tapi yang paling penting, ibu bapa harus praktik dan amalkan dahulu, barulah dinamakan kepimpinan melalui teladan.

 

Selamat mencuba!

 

Teks: Hifzaila Hafni

Panduanpemakanananak.blogspot.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Grannies Kiosk Melawati: Hidden Gem Nasi Dagang KL
  • Skincare Derma Asia Sunway Pyramid 2026 | guardian Malaysia
  • JessC Artis Malaysia Raih Pengiktirafan Global
  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar

Recent Posts

  • Grannies Kiosk Melawati: Hidden Gem Nasi Dagang KL
  • Skincare Derma Asia Sunway Pyramid 2026 | guardian Malaysia
  • JessC Artis Malaysia Raih Pengiktirafan Global
  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme