Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
menghilangkan kutu rambut

5 Cara Menghilangkan Kutu Rambut

Posted on 11/20/202311/20/2023 by 123mamanet

Menghilangkan Kutu Rambut | Pernah melalui pengalaman rambut dipenuhi kutu rambut? Kalau pernah, tentu tahu betapa terseksa menahan rasa gatal tersebut, selain berusaha mencari cara menghilangkan kutu rambut.

Isi Kandungan hide
1 Kutu Rambut Penyebab Kepala Gatal
2 Cara Menghilangkan Kutu Rambut
2.1 Tidur Atau Duduk Dekat Dengan Orang Berkutu
3 Pakai Kelengkapan Orang Yang Berkutu
3.1 Kurang Menjaga Kebersihan Kepala
4 Cara Menghilangkan Kutu Rambut Dan Telurnya
4.1 Lemon
4.2 Bawang Merah
4.3 Cuka Makan
4.4 Limau Nipis Dan Minyak Kayu Putih
4.5 Minyak Zaitun

menghilangkan kutu rambut

Kutu Rambut Penyebab Kepala Gatal

Kutu rambut merupakan salah satu penyebab rasa gatal yang terjadi di kepala. Ia adalah parasit yang hidup di celah-celah rambut dan menghisap darah di kulit kepala. Gigitannya menyebabkan rasa gatal kerana muntahan air liur kutu rambut yang terkena pada kulit kepala.

Jangkitan kutu rambut lebih kerap berlaku dan mudah berjangkit terutamanya di kalangan kanak-kanak pra-sekolah dan juga sekolah rendah.

Namun, kita yang dewasa ataupun sudah berumur pun boleh terkena serangan kutu rambut sekalipun memakai tudung. Keadaan ini lebih menyeksakan kerana kutu rambut lebih mudah membiak di tempat tertutup.

Terkepung dengan tudung dalam keadaan rambut yang masih lembap  mengaktifkan lagi pembiakan kutu rambut. Menggaru kepala boleh menimbulkan masalah baru iaitu kulit kepala akan terluka dan mengalami iritasi kulit.Keadaan akan menjadi bertambah teruk atau parah apabila wujud kelemumur.

Apakah yang menjadi penyebab atau punca kutu rambut tersebut membiak? Seekor kutu rambut dewasa boleh menghasilkan sehingga 10 telur dalam sehari, dengan jangka hayatnya kira-kira 3-4 minggu.

Telur kutu rambut mengambil masa 7-10 hari untuk menetas dan boleh menghisap darah antara 4-6 jam sekali.

Cara Menghilangkan Kutu Rambut

  1. Tidur Atau Duduk Dekat Dengan Orang Berkutu

Kutu boleh berpindah tempat dari satu kepala ke kepala yang lain melalui adanya interaksi secara langsung. Misalnya kita pernah atau selalu tidur dengan seseorang yang berkutu. Tidak mustahil, kutu yang ada di kepalanya berpindah ke kepala kita. Begitu juga jika anak anda duduk dengan rakan yang ada kutu di dalam kelas. Dia akan mudah dapat kutu.

 

Baca Juga:

 Rambut Cepat Panjang

 Kulit Kepala Gatal

 

menghilangkan kutu rambut

  1. Pakai Kelengkapan Orang Yang Berkutu

Salah satu penyebab timbulnya kutu di kepala adalah kerana adanya interaksi  sewaktu kita menggunakan barang orang yang berkutu seperti tuala, sikat, baju, topi dan sebagainya.
Secara tidak langsung, kutu tersebut dapat berpindah ke kepala kita melalui barang-barang tersebut.

  1. Kurang Menjaga Kebersihan Kepala

Menjaga kebersihana bahagian kepala dan rambut sangat penting, lebih-lebih lagi apabila kita memakai tudung. Keadaan rambut yang kotor boleh menjadi penyebab dari beberapa permasalahan rambut seperti rambut kering dan rosak, rambut berkelemumur serta tak terkecuali munculnya kutu di kepala.

Cara Menghilangkan Kutu Rambut Dan Telurnya

Setelah mengetahui apa yang menjadi punca wujudnya kutu dikepala, sekarang ini ketahui pula beberapa cara menghilangkan kutu rambut di kepala dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi.

  1. Lemon

Buah lemon memiliki sifat asid yang cukup kuat dan tidak disukai oleh kutu rambut. Ambil beberapa biji lemon segar, dan jadikannya sebagi jus. Setelah itu, gunkan jus lemon tersebut untuk membasuh rambut. Lumur jus tersebut ke seluruh rambut dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu barulah dicuci dan dibilas dengan menggunakan air suam.

lemon

  1. Bawang Merah

Bawang merah boleh digunakan sebagai salah satu cara menghilangkan kutu rambut. Ambil beberapa biji bawang merah dan haluskanny dan sapukan pada rambut secara menyeluruh sehingga ke kulit kepala.

Cara ini cukup berkesan untuk membunuh kutu kerana kandungan  bawang tidak disukai kutu rmabut. Lakukan cara ini sehingga kutu rambut betul-betul hilang dari kepala.

  1. Cuka Makan

Cuka makan  boleh  berfungsi sebagai membasmi kutu rambut. Cuka ini akan membuatkan telur kutu yang terdapat pada rambut tidak dapat menetas.

Sapukan cuka makan ke seluruh rambut dan ke kulit kepala. Biarkan selama dua jam supaya dapat mematikan telur-telur kutu yang akan menetas itu.

Setelah itu, basuhlah rambut dengan menggunakan syampu sehingga bersih. Kadar asidnya yang tinggi akan mematikan telur-telur tersebut.

  1. Limau Nipis Dan Minyak Kayu Putih

Cara menghilangkan kutu rambut dengan menggunakan campuran perahan air limau nipis dan minyak kayu putih ini juga cukup efektif.

Ambil empat sudu besar air perahan limau nipis, kemudian campurkan dengan minyak kayu putih. Kacau hingga campuran tersebut berbaur rata dan sapukan pada rambut sehingga ke kulit kepala,

Biarkan ubat kutu tradisional ini meresap dan bekerja selama dua jam di rambut sebelum di bilas dengan bersih dengan menggunakan syampu. Kutu yang telah pengsan disebabkan kekuatan ubat tersebut akan ikut terbawa oleh air ketika membasuh rambut.

  1. Minyak Zaitun

Penggunaan minyak zaitun sebagai cara menghilangkan kutu rambut juga tidak menghampakan. Sapukan minyak zaitun ke seluruh kulit kepala. Kemudian tutup rambut dengan shower cap, kemudian cucilah rambut pada keesokkan paginya.

Lakukan selama seminggu secara rutin, dan ia akan membuatkan kutu rambut menjadi semakin lemas.

Kelima-lima bahan semulajadi di atas boleh dijadikan cara menghilangkan kutu rambut yang cukup berkesan jika dilakukan secara rutin. Semoga informasi ini dapat membantu anda mengatasi masalah tersebut. Selamat mencuba!

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif

Recent Posts

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme