Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
perut masuk angin

5 CARA MUDAH MENGUBATI PERUT MASUK ANGIN

Posted on 02/28/201702/28/2017 by 123mamanet

Tentu ada di antara kita yang kerap mengalami masalah perut masuk angin dan ingin tahu punca serta cara untuk mengatasi ataupun mengubatinya.

Isi Kandungan hide
1 BERIKUT BEBERAPA TIP MENCEGAH DAN MENGUBATI MASALAH PERUT MASUK ANGIN YANG BOLEH KITA TERAPKAN DALAM KEHIDUPAN KITA SEHARI-HARI:

Ada banyak faktor yang menyebabkan perut masuk angin. Antaranya disebabkan pengaruh cuaca, kurang beristirahat, terkena hujan, kurang tidur, berjaga larut malam dan kurang menitikberatkan soal pemakanan yang teratur.

Meskipun penyakit ini nampak seperti biasa-biasa saja, tetapi jika dibiarkan begitu sahaja boleh mengakibatkan kematian!

Perut masuk angin boleh menyerang pada bila-bila masa sahaja. Antara tanda-tanda masuk angin adalah sakit kepala, sakit tekak, badan rasa lenguh, perut kembung, cirit-birit dan cepat penat.

BACA: 8 CARA KEMPISKAN PERUT DENGAN PANTAS

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

perut masuk angin

BERIKUT BEBERAPA TIP MENCEGAH DAN MENGUBATI MASALAH PERUT MASUK ANGIN YANG BOLEH KITA TERAPKAN DALAM KEHIDUPAN KITA SEHARI-HARI:

  1. HADKAN PENGAMBILAN MINUMAN BERAIS

Pengambilan minuman sejuk akan memparahkan lagi keadaan perut yang masuk angin, biarpun minuman tersebut amat menyegarkan tekak.

Ketika perut masuk angin, ada baiknya jika kita menghindari pengambilan minuman berais. Sebaliknya, tukar pada minuman panas seperti air panas suam, teh halia ataupu teh hijau. Air halia dapat menghangatkan badan.

Di samping itu, hindari kafein dan nikotin kerana ia boleh membuatkan penyempitan saluran pembuluh darah, sehingga perjalanannya terganggu dan badan akan menjadi lebih cepat berasa sejuk.

Begitu juga dengan susu yang susah dihadamkan dalam tubuh sehingag menyebabkan perut mudah masuk angin atau kembung.

perut masuk angin

  1. MAKAN SECARA TERATUR

Pemakanan yang teratur sangat penting. Ini adalah kerana perut yang kosong akan menyebabkan anda perut masuk angin.

Jadi, makanlah secara teratur, pagi, tengahari dan malam. Jangan sesekali membiarkan perut kita kekosongan atau kelaparan, selalulah isi perut kita dengan makanan yang berkhasiat.

perut masuk angin

  1. AMBIL VITAMIN C SECUKUPNYA

Ketika perut masuk angin, badan mula rasa tak sedap, mual-mual dan lesu. Pengambilan vitamin C sangat bagus untuk meningkatkan daya ketahanan badan.

Kita boleh membeli suplemen vitamin C di farmasi, tetapi jika  ingin lebih berjimat kita boleh menikmati makan sumber vitamin c semulajadi. Antaranya buah-buahan seperti buah kiwi, oren, lemon, jambu batu dan sebagainya.

perut masuk angin

  1. SUP AYAM

Selain sedap, sup ayam juga ternyata mampu mengubati perut masuk angin. Biasanya ketika itu, lidah akan terasa pahit sehingga susah untuk menelan makanan yang berat seperti nasi atau roti.

Jadi, sup ayam dan sayur-sayuran adalah alternatif makanan yang cukup menyihat. Bagi menghangatkan lagi badan, cubalah tabahkan sedikit serbuk lada putih atau hitam ke dalam sup ayam tersebut.

perut masuk angin

  1. MADU DAN TEH LEMON

Perpaduan khasiat madu dan teh lemon merupakan pilihan yang tepat untuk mengatasi masalah masuk angin ini.

Madu mengandungi zat yang baik sehingga dapat membantu proses peremajaan sekaligus regenerasi pada sel-sel di dalam tubuh.

Manakala antara khasiat teh pula dapat membuatkan badan menjadi lebih tenang sekaligus memerangi zat dan bakteria asing dengan antioksidannya yang tinggi.

Lemon pula mengandungi vitamin C yang mampu meningkatkan daya ketahanan badan. Perpaduan campuran sihat ini dapat membantu kita mengurangkan gejala masuk angin dalam badan. Untuk hasil yang lebih baik, minumlah minuman ini sebelum tidur.

perut masuk angin

Itulah beberapa cara mengatasi masalah perut masuk angin yang boleh kita cuba di rumah. Jika masih tidak sembuh selepas tiga hari, ada baiknya kita mendapatkan rawatan doktor.

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia
  • Golden Fiesta Pizza Domino’s Malaysia

Recent Posts

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme