Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
khasiat labu kuning

5 KHASIAT LABU KUNING UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK!

Posted on 01/25/201710/25/2021 by 123mamanet

Khasiat labu kuning terlalu banyak. Selain mengandungi banyak nutrisi penting seperti vitamin A,B,C dan beta karoten, labu kuning juga termasuk dalam jenis buah yang rendah kalori, namun kaya dengan serat.

Isi Kandungan hide
1 BERIKUT BEBERAPA KHASIAT LABU KUNING YANG PATUT DIKETAHUI:

Labu kuning elok buat bayi, terutama setelah bayi berusia enam bulan ke atas. Kandungan nutrisi dan khasiat labu kuning serta teksturnya yang lembut memang sesuai buat bayi.

khasiat labu kuning

Untuk bayi, kita boleh memberikannya puri labu kuning. Ia boleh dicampur dengan buah-buahan, daging ayam ataupun jenis sayur-sayuran lainnya. Boleh juga diresbus, dikukus atau dipanggang dengan pelbagai variasi masakan.

Selain itu, boleh juga dibuat pancake, pie ataupun kudapan ringan yang sangat berkhasiat untuk anak-anak dan juga keluarga anda.

BERIKUT BEBERAPA KHASIAT LABU KUNING YANG PATUT DIKETAHUI:

  1. BETA KAROTEN

Kandungan beta karoten yang banyak sangat bagus untuk mengurangkan risiko kanser dan penyakit hati.

Di samping itu, warna kuning merupakan ciri khas yang menandakan labu ini mengandungi zat karotenoid yang cukup tinggi dengan beta karoten di dalamnya.

khasiat labu kuning

  1. SERAT

Khasiat labu kuning juga tidak terkecuali untuk menjaga kestabilan sistem penghadaman, sehingga bayi ataupun kita akan berasa kenyang dengan lebih lama.

Selain itu, serat juga dapat mengurangkan kemungkinan terjadinya penyakit seperti jantung, obesiti dan juga diabetis.

khasiat labu kuning

  1. MAGNESIUM

Magnesium sangat diperlukan oleh bayi dan juga kanak-kanak. Ini adalah kerana magnesium mampu membantu penyerapan kalsium oleh tulang sehingga membuatkan tulang dapat tumbuh dan membesar dengan lebih cepat.

khasiat labu kuning

  1. SUMBER ANTIOKSIDAN

Selain mengandungi kandungan mineral dan beberapa vitamin penting, labu kuning juga merupakan sumber antioksian.

Ianya bukan sahaja sangat diperlukan oleh tubuh  bagi orang dewasa. Bahkan antioksidan biokimia yang berfungsi untuk melindungi serta mengurangkan efek oksidatif terhadap organ-organ tubuh yang sangat diperlukan oleh bayi dan juga kanak-kanak.

khasiat labu kuning

  1. VITAMIN A

Labu kuning juga kaya dengan vitamin A. Vitamin ini dapat membantu mempertahankan kesihatan mata bayi secara optimum. Pengambilan labu kuning juga dapat membantu peningkatkan penglihatan anak pada malam hari.

khasiat labu kuning

Melihatkan khasiat labu kuning yang begitu banyak, kita boleh menjadikannya sebagai salah satu menu wajib buat si manja kita. Buatlah menu labu kuning dengan menu yang bervariasi, sudah pasti kesayangan kita itu menyukainya!

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia
  • Golden Fiesta Pizza Domino’s Malaysia

Recent Posts

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme