Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
makanan penyebab darah tinggi

5 Makanan Penyebab Darah Tinggi Naik Cepat

Posted on 09/30/201609/30/2016 by 123mamanet
makanan penyebab darah tinggi
kredit foto: cloudfront

Penyebab tekanan darah tinggi atau hipertensi  biasanya tidak sama pada setiap orang yang mengalami. Tetapi, beberapa jenis makanan penyebab darah tinggi adalah salah satu puncanya!

Isi Kandungan hide
1 Berikut antara makanan penyebab darah tinggi:

 

 

Salah satau penyebab timbulnya penyakit dalam tubuh adalah apa yang kita sendiri masukkan ke dalam tubuh. Dalam erti kata lain, apa yang kita makan itulah yang akan menentukan tahap kesihatan kita.

 

Pelbagai jenis makanan lazat boleh menjadi sumber penyakit! Jadi, sebab itulah betapa pentingnya kita menjaga corak pemakanan yang sihat.Usah nampak lazat sahaja kita terus menikmatinya ‘kaw-kaw’, tanpa memikirkan risiko yang bakal kita hadapi.

 

Sebaiknya kita hadkan pengambilan makanan dan selang selikan dengan pelbagai jenis makanan sihat yang akan membuatkan tubuh kita menjadi  lebih mudah untuk menghadamkannya

 

Untuk itu, kita perlu tahu beberapa informasi penting tenant beberapa jenis makanan yang boleh menjadi penyebab darah tinggi;

 

 

Berikut antara makanan penyebab darah tinggi:

 

  1. makanan penyebab darah tinggi
    kredit foto: healthhabits

    Makanan Masin

Garam dan sodium memang diperlukan oleh tubuh. Tetapi, makanan ini adalah musuh jahat untuk para penghidap penyakit darah tinggi.

 

Apatah lagi jika tekanan darah kita sudah terlalu tinggi, sebaiknya kita lebih berjaga-jaga dengan jumlah pengambilan garam pada setiap hari.

 

Di samping itu, elakkan pengambilan makanan yang terlalu masin dan usahakan untuk mengatur kembali menu makanan yang kita ambil pada setiap hari. Tak kira, sarapan pagi, makan tengahari ataupun makan malam.

 

Selain itu, perhatikan juga kandungan garam yang terdapat dalam setiap kudapan yang kita nikmati.

 

Kita yang mengalami masalah tekanan darah tinggi, sebaiknya tidak menikmati makanan di luar seperti di restoran-restoran ataupun kedai-kedai makan. Ini adalah kerana kandungan garam yang terdapat dalam makanan tersebut tidak dapat dipastikan dengan keperluan kita.

 

 

  1. makanan penyebab darah tinggi
    kredit foto: mdpcdn

    Makanan Manis

Gula juga termasuk dalam senarai makanan penyebab darah tinggi. Di samping itu, jenis makanan ini juga menjadi punca obesiti dan dilarang untuk penghidap diabetis.

 

Sebaiknya kita tidak mengambil makanan ini secara berlebihan. Hadkan jumlah pengambilan gula yang masuk ke dalam tubuh.

 

 

 

  1. Daging
makanan penyebab darah tinggi
kredit foto: valentismarket

Suka makan daging kambing ataupun daging lembu? Jaga-jaga ya, sebab ia boleh menjadi penyebab tingginya tekanan darah.

 

Jika kita menghidap penyakit darah tinggi, sebaiknya kurangkan pengambilan daging merah ini kerana ia akan membantu tubuh untuk mengawal tekanan darah.

 

 

  1. makanan penyebab darah tinggi
    kredit foto: foodspotting

    Kulit Ayam

Rasa ranggup dan lazat dari kulit ayam memang memikat selera. Apatalah lagi jika digoreng kunyit, dipotong dengan bawang dan juga cili padi, memang cukup menyelerakan!

 

Kulit ayam mempunyai kandungan lemak tepu yang boleh menjadi salah satu penyebab timbulnya tekanan darah tinggi. Jumlah kolesterol jahat yang terdapat pada kulit ayam boleh membuatkan tekanan darah tinggi yang dialami menjadi semakin parah. Jadi, jaga-jaga apabila hendak menikmati hidangan ini kerana ia sangat berbahaya untuk keadaan kesihatan kita sebagai penghidap penyakit darah tinggi.

 

 

  1. makanan penyebab darah tinggi
    kredit foto: amazon

    Mee Segera

Pengambilan mee segera yang terlalu kerap boleh membawa pengaruh yang buruk pada kesihatan kita. Penyakit buah pinggang  dan juga tekanan darah tinggi boleh terjadi disebabkan pengambilan mee segera yang berlebihan.

 

Mee segera dan kuahnya mengandungi banyak bahan pengawet dan sodium yang boleh membuatkan tekanan darah kita menjadi naik.

 

 

Itulah beberapa jenis makanan penyebab darah tinggi. Menerapkan gaya hidup sihat serta pemakanan yang betul dan lebih sihat akan membantu kita mencegah dari segala macam masalah kesihatan.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif

Recent Posts

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme