Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
bayi menangis

5 Penyebab Utama Bayi Menangis

Posted on 09/23/201609/23/2016 by 123mamanet
bayi menangis
kredit foto: bekhoebevui

Kalaulah dapat anak yang kuat menangis, memang boleh buat kita jadi tak tentu arah. Apatah lagi, jika bayi menangis sahaja tanpa kita tahu penyebabnya!

Isi Kandungan hide
1 Berikut adalah beberapa perkara yang boleh menyebabkan bayi menangis:

 

 

Sebagai mama atau papa baru, ada masanya kita mungkin sukar untuk menentukan apa sebenarnya yang diperlukan oleh bayi. Adakah bayi kita lapar, haus, sejuk atau sekadar mahu dimanja dan dipeluk? Menangis adalah cara bayi kita memberitahu ada sesuatu yang tidak kena atau diperlukan.

 

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh menyebabkan bayi menangis:

 

  1. Lapar Atau Haus

    bayi menangis
    kredit foto: sheknows

Lapar adalah penyebab utama bayi menangis. Perut bayi yang kecil tidak dapat menyimpan begitu banyak makanan ataupun susu badan. Oleh sebab itulah, bayi kerap lapar.

 

Jadi, jika bayi asyik menangis besar kemungkinan sedang lapar. Cuba berikannya susu, dan mungkin di awal penyusuan bayi tidak akan berhenti menangis. Teruskan penyusuan jika bayi masih mahu menikmatinya dan bayi kita akan kembali tenang setelah perutnya kenyang.

 

 

  1. Lampin Basah

Ketidakselesaan boleh membuatkan bayi menangis. Tindakannya itu seolah-olah ingin memberitahu kita bahawa dia tidak selesa. Namun, ramai di antara kita yang bahawa berfikir tangisan tersebut disebabkannya lapar, dan kita tidak teragak-agak untuk memberikan bayi susu, sedangkan bukan susu yang diingini.

 

Sebaiknya, jika bayi enggan meminum susu dan bayi  berterusan menangis, cubalah tengok keadaan lampinnya. Adakah ia terlalu ketat atau sudah penuh. Jika basah, segeralah menukarnya supaya bayi kita kembali selesa.

 

 

  1. Cuaca Panas Atau Terlalu Sejuk

Apabila keadaan cuaca yang panas atau terlalu sejuk boleh membuatkan bayi menangis kerana tidak selesa.

 

Langkah terbaik untuk mengatasinya, pakaian bayi dengan pakaian yang sesuai dengan suhu atau cuaca pada waktu itu. Jika panas, pakaikannya baju yang nipis. Jika cuaca sejuk, pakailah pakaian yang tebal.

 

Kita boleh memeriksa sama ada bayi kita terlalu panas atau sejuk dengan menyentuh perutnya. Jika terasa terlalu panas, buangkan satu lapisan baju atau selimut. Jika sejuk, tambahkan satu lagi.

 

Jika kurang pasti dengan suhu badannya, kita boleh gunakan thermometer. Kekalkan susu bilik bayi kita pada 24 atau 25 darjah Celsius.

 

 

  1. Letih Dan Mengantuk

Biasanya bayi akan meragam disebabkan letih dan mengantuk. Bayi yang baru lahir biasanya sukar untuk mengurus rangsangan yang terlalu banyak dalam satu masa sehingga boleh membuatnya rasa gelisah.

 

Cahaya lampu, bunyi bising dan persekitaran yang ramai juga boleh membuatkan bayi kita menjadi resah. Bayi kita perlukan suasana yang damai dan tenang sebelum terlelap.

 

Ada beberapa cara untuk membuatkan bayi tidur, antaranya menyusukannya, mendodoikan ataupun memeluk bayi kita sambil mengusap-usap perlahan-lahan kepalanya.

 

 

  1. Kembung

    bayi menangis
    kredit foto: 0agoramedia

Kembung atau kolik boleh membuatkan bayi menangis tanpa henti. Kita boleh cuba tip menenangkan bayi yang kembung perut ini dengan cara  mengurut-urut perlahan pada bahagian belakang badan dan perutnya.

 

Jika kita nampak bayi kita seperti kembung, cuba susukannya dalam posisi tegak dan tepuk belakangnya dnegan lembut selepas menyusu dengan menyandarkannya di bahu kita.

 

Bayi yang kembung adakalanya rasa selesa jika perut mereka diurut perlahan-lahan.

 

 

Itulah beberapa penyebab yang boleh membuatkan bayi menangis. Sebagai ibu, semoga kita dapat melalui dan menangani masalah ini dengan tenang dan tidak stres!

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Nafesa Memperkenalkan Koleksi The Alhambra Monogram
  • Mentholatum LIPCARE Lip Perfector Serum Lip Gel Baharu
  • Pakar Derma Bertauliah – Rundingan & Pemeriksaan Kulit
  • Bath & Body Works Christmas Collection 2025 Kini di Malaysia
  • Applecrumby 13th Anniversary Contest: Win RM8,000 Holiday
  • Dododots Pimple Patches – Pek Mini Kini di 7-Eleven Malaysia!
  • Rohto-Mentholatum 30 Tahun di Malaysia dengan “Little Nurse”
  • Masalah Obesiti – Kenali Punca & Solusi Sihat
  • Beg Tangan AS x Sally – Koleksi Eksklusif Elegan & Trendy
  • SugarBun Umum Kerjasama Strategik dengan Sedaplycious

Recent Posts

  • Nafesa Memperkenalkan Koleksi The Alhambra Monogram
  • Mentholatum LIPCARE Lip Perfector Serum Lip Gel Baharu
  • Pakar Derma Bertauliah – Rundingan & Pemeriksaan Kulit
  • Bath & Body Works Christmas Collection 2025 Kini di Malaysia
  • Applecrumby 13th Anniversary Contest: Win RM8,000 Holiday

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme