Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
persediaan sebelum mengandung

5 Persediaan Sebelum Mengandung

Posted on 08/11/201608/11/2016 by 123mamanet
persediaan sebelum mengandung
Kredit: cdc.jpg

BAGI yang ingin menimang cahaya mata, anda baiknya anda mengikuti beberapa langkah sihat dengan membuat persediaan sebelum mengandung.

Isi Kandungan hide
1 Berikut 5 tip sihat untuk membantu anda membuat persediaan sebelum mengandung bagi mendapatkan kehamilan yang terbaik:

 

Pastikan tubuh anda benar-benar sihat dan bersedia, paling kurang sebulan sebelumnya supaya kehamilan anda itu dapat berjalan dengan lebih mudah, lebih sihat dan berakhir dengan kelahiran bayi yang sihat dan anda juga akan kembali pulih dengan lebih cepat.

 

Selain itu, dapatkan lebih banyak informasi berguna yang berkaitan dengan kehamilan yang sihat. Informasi tersebut boleh kita peroleh dari buku-buku, majalah-majalah mahupun di internet.

 

 

Berikut 5 tip sihat untuk membantu anda membuat persediaan sebelum mengandung bagi mendapatkan kehamilan yang terbaik:

 

 

  1. Jaga Kesihatan Tubuh Badan

Jika sebelum ini kita tidak termasuk dalam kategori wanita yang kurang peduli pada kualiti kesihatan, kini kita kena berubah.

 

Persediaan sebelum mengandung paling penting yang perlu kita lakukan adalah untuk mengubah gaya hidup menjadi lebih sihat.Tinggalkan apa sahaja gaya hidup yang tak elok dan boleh meninggalkan kesan negatif pada kehamilan kita itu.

 

 

  1. Buat Pemeriksaan Kesihatan

Jangan ragu-ragu untuk membuat pemeriksaan kesihatan.Mana tahu kita mungkin ada masalah kesihatan seperti diabetis, hipertensi, depresi, keputihan dan masalah kesihatan lainnya.

 

 

Di samping itu juga, gigi yang sihat diperlukan untuk menyokong kehamilan.Banyak infeksi gigi yang boleh melarat ke bahagian tubuh kita dan merugikan kesihatan serta boleh menyebabkan kelahiran premature atau bayi tak cukup berat.

 

 

  1. Dapatkan Berat Badan Yang Ideal

Persediaan sebelum mengandung juga yang perlu kita titik beratkan adalah dengan menjaga berat badan sebelum dan sepanjang kehamilan.

 

Ini adalah kerana berat badan yang berlebihan atau kurang boleh menimbulkan pelbagai masalah dan kompilasi pada kehamilan.

 

 

  1. Jaga Pemakanan

    persediaan-sebelum-mengandung
    Kredit: mdpcdn.jpg

Makanlah makanan yang sihat, berzat, lengkap dan seimbang. Elakkan pengambilan makanan yang tidak baik untuk kesihatan kita seperti makanan segera, berpengawet, terlalu banyak kafein dan sebagainya. Makan untuk seorang bukan dua.

 

Semua ini dapat mencegah timbulnya masalah perkembangan fizikal dan mental bayi yang bakal kita lahirkan nanti.

 

 

5 . Bersenam Secara Teratur

Senaman memang bagus, terutama untuk calon ibu. Dengan hanya berjalan kaki atau senaman yoga selama 30 minit setiap dua hari sekali sudah cukup untuk membantu menjaga kesegaran tubuh ataupun menurunkan berat badan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia
  • Golden Fiesta Pizza Domino’s Malaysia

Recent Posts

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme