Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
petua lebatkan rambut bayi

5 Petua Lebatkan Rambut Bayi Dengan Cepat

Posted on 10/07/201610/07/2016 by 123mamanet
petua lebatkan rambut bayi
kredit foto: canspanclients

Bukan semua bayi yang dilahirkan ke dunia ini dianugerahkan rambut yang lebat. Malahan, ada juga bayi yang setelah dicukur rambutnya menjadi lambat tumbuh dan nipis. Dikongsikan beberapa petua lebatkan rambut bayi secara semulajadi.

Isi Kandungan hide
1 Berikut beberapa petua lebatkan rambut bayi secara semulajadi

 

 

Berikut beberapa petua lebatkan rambut bayi secara semulajadi

 

  1. Buah Keras

Jika mahukan rambut anak tumbuh dengan lebat, kita boleh menggunakan buah keras sebagai solusinya.

 

Ambil beberapa biji buah keras, kemudian goreng tanpa minyak dengan api yang sederhana sehingga keluar minyaknya. Kemudian tumbuklah buah keras yang sudah digoreng tadi.

 

Setelah itu, lumur buah keras yang sudah ditumbuk lumat itu secara merata di kepala anak dan biarkan selama seminit. Kemudian bilaslah dengan air bersih. Untuk mendapatkan hasil yang lebih sempurna, lakukan secara teratur.

 

 

  1. petua lebatkan rambut bayi
    kredit foto: yourmedicalstop

    Lidah Buaya

Kita boleh menggunakan lidah buaya sebagai petua lebatkan rambut bayi. Jangan risau, tanaman ini tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan bayi kita.

 

Kerat lidah buaya menjadi dua bahagian dan sapukan gelnya pada kepala bayi yang kurang rambut itu. Lakukan secara rutin iaitu seminggu sekali bagi mendapatkan hasil yang lebih berkesan.

 

 

  1. Madu

Kita juga boleh mengaplikasikan madu asli pada kulit kepala bayi bagi mendapatkan rambut yang tebal dan lebat.

 

Sapukan madu secara merata pada rambut bayi, dan biarkan selama 5 minit atau sehingga kering. Selepas itu basulah sehingga bersih dengan syampu yang sesuai dengan bayi kita. Lakukan 3 kali seminggu untuk menyuburkan rambut bayi secara semulajadi.

 

 

  1. petua lebatkan rambut bayi
    kredit foto: joepastry

    Kuning Telur

Kuning telur dikatakan dapat mempercepatkan pertumbuhan rambut bayi setelah dicukur. Petua lebatkan rambut bayi dengan kuning telur ini sangat mudah. Kita hanya perlu mengaplikasikan kuning telur tersebut pada kulit kepala bayi.

 

 

 

  1. petua lebatkan rambut bayi-
    kredit foto: fashionlady

    Minyak Zaitun Dan Pisang

Pisang mengandungi bahan mineral seperti kalium yang boleh membuatkan rambut bayi kita tumbuh dengan lebih cepat. Kombinasi khasiat minyak zaitun dan pisang akan membuatkan folikel rambut menjadi lebih kuat dan dapat tumbuh dengan lebih cepat.

 

Hancurkan sebiji pisang masak dengan satu sudu minyak zaitun. Apabila adunan sudah menjadi seperti pasta, sapukan pada bahagian rambut dan kulit kepala bayi sambil mengurutnya perlahan-lahan. Biarkan selama 10 minit, kemudian barulah dibilas dengan bersih.

 

Itulah beberapa petua lebatkan rambut bayi yang boleh dicuba. Semoga bermanfaat.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme