Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
jadi jutawan

Nak Jadi Jutawan Tapi Gagal? Ketahui 5 Puncanya

Posted on 11/18/201611/18/2016 by 123mamanet
jadi jutawan
foto-fiverrbrasil

Adakah anda seorang jutawan? Jika tidak, adakah anda teringin untuk jadi jutawan? Tahukah anda kenapa sampai ke hari ini anda masih lagi belum menjadi seorang jutawan?  Semak kenapa dan apa puncanya anda gagal jadi jutawan!

Isi Kandungan hide
1 Semak beberapa alasan yang menyebabkan kita gagal jadi jutawan ataupun orang kaya:

 

 

Apa sebenarnya punca atau penyebab kita susah menjadi kaya atau hidup bersenang lenang? Ramai di antara kita yang sentiasa cuba dan berusaha untuk mewujudkan keinginan jadi jutawan, tetapi bukan semua orang mampu meriah kekayaan dengan mudah. Ketahui juga tentang 10 Panduan Bisnes Di Rumah. 

 

Semak beberapa alasan yang menyebabkan kita gagal jadi jutawan ataupun orang kaya:

 

  1. Tidak Mempunyai Perancangan Masa Depan Yang Jelas
jadi jutawan
foto-lh6-googleusercontent

Orang-orang yang tidak mempunyai tujuan atau perancangan hidup yang jelas sampai bila-bila pun akan tidak akan maju ke hadapan.

 

Orang yang berjaya dan hidup senang selalunya membuat perancangan yang baik dalam kehidupannya termasuklah soal kewangan. Jadi, jika anda ingin jadi jutawan, tetapi masih belum mempunyai perancangan masa depan yang kukuh sebaiknya berhentilah bermimpi!

 

Bahkan setiap orang yang sukses itu biasanya mempunyai keyakinan dan kepercayaan di atas kemahuan dan kemampuan diri mereka sendiri. Jadi, jika anda menyimpan sesuatu tujuan dalam fikiran, semua ini akan jadi lebih mudah untuk anda mengatakan tidak ada satu pun kesempatan yang akan menggoda nafsu anda untuk menghabiskan duit!

 

 

  1. Mudah Menyerah Kalah Dan Takut Ambil Risiko
jadi jutawan
foto-media-licdn

Sesiapa pun yang mahu jadi jutawan harus berani mengambil risiko. Namun, mengambil risiko tidak bermakna andda harus melabur semua duit yang anda miliki dalam akaun simpanan anda.

 

Mengambil risiko yang telah dipertaruhkan biasanya menjadi sebahagian dari pengawalan kedudukan kewangan yang baik. Para jutawan tahu bagaimana untuk membuat pelaburan kewangan mereka dengan bijak.

 

Di samping itu, macam mana anda mahu sukses jika anda terlalu mudah menyerah kalah pada keadaan dan kegagalan. Kebanyakan mereka yang telah berjaya atau jadi jutawan pasti pernah melalui beberapa kegagalan dalam hidup mereka.

 

 

  1. Liat Menabung Dan Boros
jadi jutawan
foto-ncc-co-id

Rajin menabung kunci kekayaan! Jika anda kurang berjimat cermat dan masih boros, ubahlah kebiasaan tersebut. Macam mana anda nak kaya atau jadi jutawan, jika asyik sahaja menghabiskan apa yang anda miliki dengan cara yang buruk.

 

Sebenarnya ramai di antara kita mempunyai potensi untuk jadi jutawan, tetapi kita tidak mengelola kewangan kita dengan bijak. Kalau sekarang kita gagal mengawalnya, sudah pasti kita tidak akan mampu mengawal kewangan satu juta dengan akal yang sihat!

 

Menetapkan anggaran dan membuat tujuan untuk diri sendiri akan membantu anda berjimat cermat.

 

 

  1. Malas!
jadi jutawan
foto-1-bp-blogspot

Mana ada orang yang berjaya jika ada sikap malas! Tak ada yang boleh buat duit seringgit boleh ‘membiak’ atau bertukar menjadi berpuluh-puluh ribu dengan hanya menonton TV, makan-makan, melepak atau tidur sahaja.

 

Lainlah kalau anda sememangnya dilahirkan dari keturunan yang kaya raya dan mewarisi kekayaan tersebut. Untuk jadi jutawan, memerlukan usaha dan kerja keras.

 

Seorang jutawan akan mempertimbangkan waktu dan energi yang telah mereka habiskan untuk menjadi sebuah pelaburan yang berbaloi. Mereka faham, mereka tidak akan berjaya dan mampu meraih kesenangan hidup tanpa berusaha dan bekerja keras.

 

Cubalah pelajari cara membahagi waktu yang dimiliki dengan bijaksana sehingga anda dapat menjadi lebih produktif dengan apa usaha anda.

 

 

  1. “Networking” Bukan Dengan Orang Yang Tepat

jadi jutawanAnda tidak akan menjadi sukses atau berjaya dalam hidup jika asyik menghabiskan waktu dengan orang-orang yang malas, tidak ada wawasan dalam hidup serta tidak ada kemahuan untuk memperbaiki kewangan dengan bijak.

 

Jika anda sentiasa bergaul dengan orang-orang yang penuh semangat dalam hidup, orang-orang yang berjaya, sudah pasti kejayaan mereka itu menjadi inspirasi anda untuk maju ke hadapan.

 

Cubalah luaskan pergaulan anda dengan orang-orang yang sukses dan carilah yang boleh menjadi mentor untuk anda lebih berjaya, sehingga mampu mengelolakan kewangan dengan baik, membuat pelaburan dengan bijak ataupun membangun perniagaan dengan sempurna.

 

 

Menghabiskan waktu dengan orang-orang yang tepat sememangnya dapat membantu anda menambah wawasan untuk jadi jutawan yang berjaya! Insya-Allah.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic

Recent Posts

  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme