Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
putus sahabat

5 Punca Boleh Putus Sahabat!

Posted on 12/09/201612/13/2016 by 123mamanet
putus sahabat
foto-cdn-puckermob

Mempunyai satu sahabat sejati begitu berharga daripada mempunyai seribu teman yang mementingkan diri sendiri! Sebuah persahabatan boleh berakhir atau menjadi putus sahabat disebabkan pelbagai macam alasan.

Isi Kandungan hide
1 Mengapa Boleh Jadi Putus Sahabat?
2 Apa lagi yang menjadi penyebab hubungan tersebut boleh berakhir, hancur dan putus sahabat? Berikut jawapannya!

 

Situasi ini tentunya menjadi salah satu detik yang paling sukar dalam kehidupan seseorang.Ini adalah kerana terlalu banyak momen dan saat-saat suka duka yang telah kita lalui bersama sahabat. Namun, tanpa disangka pengakhirannya berhujung pada perpisahan yang membawa kepada putus sahabat!

 

 

Mengapa Boleh Jadi Putus Sahabat?

Terdapat berbagai macam penyebab yang boleh membawa kepada putus sahabat. Selain faktor perbezaan pendapat dan cara berfikir, ikatan persahabatan boleh juga terputus kerana terpisah oleh jarak sehingga ruang untuk berjumpa menjadi semakin berkurangan.

 

Ketahui juga mengenai kepentingan menabung untuk hadapi sebarang kemungkinan.

 

Apa lagi yang menjadi penyebab hubungan tersebut boleh berakhir, hancur dan putus sahabat? Berikut jawapannya!

 

  1. Mengkhianati
putus sahabat
foto-tiptoplifestyle

Ini adalah penyebab nombor satu yang boleh buat sampai putus sahabat: mengkhianati!

 

Jangan sesekali mengkhianati persahabatan itu sendiri walau apa pun yang berlaku atau anda tersepit dengan masalah dunia sekalipun!

 

Jika orang yang dianggap seperti sahabat sejati telah mengkhianati kita tanpa sebarang alasan yang jelas, sudah pasti sukar bagi kita untuk meneruskan persahabatan tersebut.

 

Kita mungkin boleh memaafkannya, tetapi tidak boleh melupakan segala pengkhianatan yang telah dilakukan kepada kita. Apatah lagi, seorang sahabat sejati tentunya tidak tergamak untuk menikam kita dari belakang!

 

 

  1. Masalah Duit

putus sahabat

Mungkin kerana sahabat tahu siapa kedua orang tua kita dan juga menyedari yang kita dilahirkan dari keluarga yang senang, jadi dia mengambil kesempatan di atas kesenangan hidup serta kebaikan kita kerana dia percaya kita tidak akan menolak untuk membantunya.

 

Pada saat itu, kita sendiri tidak  akan sedar kebijaksaaan yang dimiliki oleh  sahabat seperti ini kerana orang sebegini memang bijak bermain dengan kata-kata dan akan meletakkan kita dalam keadaan serba-salah.

 

 

  1. Saling Berdebat

putus sahabat

Apalah ertinya sebuah persahabatan sejati, jika keduanya saling berdebat tanpa alasan yang jelas ataupun kukuh.

 

Persahabatan sejati akan saling menyayangi dan membahagiakan  di antara satu sama lain, meskipun di antara kita dan sahabat saling mempunyai pendapat yang berbeza.

 

Namun, masalah tersebut tidak dibiarkan berpanjangan sehingga membawa menjadi putus sahabat.

 

Jangan terlalu mementingkan diri sendiri kerana kita juga perlu ingat yang sahabat juga ada hati dan perasaan. Mungkin sekali, boleh dimaafkan tetapi jika sudah selalu, siapa tahan!

 

 

  1. Cemburu Atau Dengki

putus sahabatTidak ada istilah cemburu atau dengki dalam kamus persahabatan. Sahabat sejati tidak akan ada rasa cemburu. Jauh sekali untuk berdengki dalam ikatan persahabatan yang terbina.

 

Sahabat sejati akan selalu gembir jika sahabatnya hidup bahagia. Jika sahabat kita ada menyimpan perasaan tidak puas hati dengan kebahagiaan ataupun kejayaan kita, nampaknya ada yang tak kena dalam persahabatan yang telah terbina.

 

Sifat cemburu, iri hati dan dengki-mendengki adalah penyakit berbahaya dalam sebuah perhubungan. Jika ianya terjadi dalam persahabatan, tidak mustahil persahabatan yang terbina tinggal menunggu masa sahaja untuk berakhir.

 

 

  1. Konflik

putus sahabatJika sudah ada sikap negatif dan saling menyimpan prasangka buruk di antara satu sama lain, sudah pasti persahabatan yang terbina tidak akan bertahan lama.
Sikap negatif seperti menipu dan saling mencurigai akan mengundang konflik di kemudian hari. Jika sahabat atau kita sendiri yang selalu sahaja menciptakan konflik yang tidak sepatutnya timbul, maka tunggu sahajalah kehancuran dalam ikatan persahabatan tersebut.

 

Ternyata, sahabat sejati itu sukar dimiliki dan jika sudah memiliki  jaga dan dan belai dengan kasih sayang dan kejujuran. Walaupun mungkin persahabatan dipisahkan dengan jurang masa dan jarak, pelbagai cara pada zaman moden boleh dilakukan untuk mengekalkan persahabatan.

 

Paling penting, usah biarkan masalah-masalah seperti di atas menghancurkan persahabatan sehingga boleh jadi putus sahabat!

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic
  • Midea Raih Rekod Malaysia dengan 18 Kedai & SMART MASTER

Recent Posts

  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme