Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
Payudara Kendur

APA PENYEBAB SEBENAR PAYUDARA CEPAT KENDUR?

Posted on 06/20/201610/25/2021 by 123mamanet

Payudara KendurPAYUDARA adalah salah satu bahagian tubuh wanita yang paling penting. Tetapi ramai yang masih muda dan belum berkahwin mengalami masalah payudara kendur! Macam mana tu? Apakah punca atau faktor yang penyebabkan ia kendur dan cara mengatasinya.

Isi Kandungan hide
1 Faktor penyebab atau punca payudara kendur

Faktor penyebab atau punca payudara kendur

Berikut beberapa faktor penyebab atau punca payudara kendur:

  1. Salah Memilih Bra/Coli

Kesalahan yang sering dilakukan oleh ramai wanita adalah salah memilih bra atau coli yang tepat. Apabila anda salah memilih atau memakai bra ia boleh menyebabkan payudara kendur atau londeh.

Di samping itu,tidak memakai pakaian sukan yang tepat juga boleh membuatkannya kendur. Jika berjalan kaki, berjogging atau membuat senaman kardio, pastikan anda memakai bra sukan yang tepat. Semakin banyak anda bergerak, semakin banyak tekanan yang dialami kulit dan kolegen.

Payudara Kendur

Pemakaian bra sukan yang tepat dapat membantu membataskan gerakan payudara sehingga tidak berayun ke atas ke bawah dengan kuat ketika bergerak.

Selain itu, pilihlah bra yang ukurannya tepat, sama ada cup, side band mahupun talinya. Jika payudara anda berukuran besar, jangan lupa pilih bra berdawai dengan tali yang lebar.

  1. Kekurangan NutrisiPayudara Kendur

Salah satu punca payudara kendur dan lembik adalah disebabkan kekurangan nutrisi, terutama yang mengandungi protein seperti dalam sayur-sayuran, tauhu, soya dan tempe.

Nutrisi-nutrisi sebegini sangat diperlukan tubuh, khususnya payudara kerana ia boleh mencegah kendur dan dapat menegangkan payudara.

3.Masalah Diet Dan Berat Badan BerlebihanPayudara Kendur

Kesilapan diet dan kelebihan berat badan juga merupakan penyebab payudara kendur. Anda yang mengalami masalah berat badan tidak ideal sering berusaha untuk berdiet supaya cepat kurus.

Pertambahan berat badan menyebabkan posisi ligamen tubuh bergeser dari tempat asalnya, secara tak langsung membuatkan kelenjar payudara juga turut bergeser sehingga menyebabkan payudara kendur.

Diet yang tidak tepat itu membuatkan payudara mengecil kerana kekurangan lemak. Jadi, anda disarankan menjaga berat badan anda dengan sebaiknya dan elakkan melakukan diet ekstrim yang boleh menyebabkan payudara kendur.

4. Merokok

Jika anda tidak mahu peduli tentang kesihatan paru-paru, jantung dan buah pinggang, sebaiknya anda hindari tembakau demi payudara anda.

Tembakau adalah musuh utama dari kolegan kerana  menghalang pembentukkan dan merosakkan keanjalan kulit. Berhenti merokok untuk meningkatkan kesihatan anda secara keseluruhannya.

  1. Kurang airPayudara Kendur

Kurang minum air masak bukan sahaja menggangu kelancaran metabolisme dan proses organ yang lain.

Tetapi turut membuatkan seluruh kulit  dan muka anda kelihatan kasar dan berkedut, termasuk membuatkan payudara kendur.

Jadi, pastikan anda minum air masak secukupnya 7-8 gelas pada setiap hari. Di samping itu, makanlah buah-buahan yang banyak mengandungi air seperti tembikai dan melon.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme