Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
tukar bra

5 TANDA ANDA PERLU TUKAR BRA BARU DENGAN SEGERA!

Posted on 02/10/201702/10/2017 by 123mamanet

Masih ramai di antara kita yang belum tahu apakah saat yang tepat untuk mengganti atau tukar bra kita itu dengan yang baru. Memakai bra atau coli yang tepat dan selesa sememangnya mempengaruhi kesihatan payudara.

Isi Kandungan hide
1 SEGERA TUKAR BRA, BILA…

Jadi, sebagai wanita yang sentiasa sibuk kita perlulah tahu peraturan pemakaian bra atau baju dalam wanita dengan betul. Sebaiknya bra ditukar setiap 3-4 bulan. Ini adalah kerana bra yang kita pakai itu akan meregang dari masa ke semasa.

Lebih-lebih lagi kita telah memakainya hampir 12 jam sehari, 3-4 hari dalam seminggu selama empat bulan. Bermakna, lebih dari 10 ribu jam masa yang telah kita habiskan dengan memakai bra.

Lama kelamaan bentuk bra kita itu pasti akan berubah dan tidak boleh lagi menyokong payudara kita dengan baik atau sempurna. Selain itu, ada beberapa petanda lain yang menunjukkan kita perlu segara mengganti bra.

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

BACA: PILIH PAKAIAN DALAM YANG TEPAT DAN SEKSI

tukar bra

SEGERA TUKAR BRA, BILA…

  1. BENTUK BRA SUDAH BERUBAH

Sekiranya bra kita itu sudah tidak lentur, terdapat beberapa perubahan pada bahagiannya, seperti kawat atau kain, fungsinya pun sudah tidak lagi sempurna.

Dawai bra sepatutnya berfungsi untuk membantu menyokong dan letaknya perlu melekat dengan kulit kita. Tetapi, jika dawainya sudah bengkok atau mencucuk ke kulit, memang patut kita segera tukar bra tersebut.

tukar bra

  1.  BRA BERUBAH WARNA

Disebabkan sudah terlalu lama digunakan, bra boleh berubah warna menjadi kecoklatan atau kekuningan.

Sekiranya sudah berubah warna, mungkin bra kita itu sudah kurang bersih penjagaannya.

 tukar bra

  1. TALI BRA MENGGENDUR

Jika tali bara sudah tidak tegang atau sudah semakin menggendur, mungkin sudah tiba masanya untuk kita tukar bra tersebut dengan yang baru!

Ini adalah kerana bra yang longgar tidak mampu untuk menyokong payudara kita dengan sempurna. Ianya boleh membuatkan kita berasa tidak selesa serta turut mempengaruhi bentuk dada dan payudara kita.

tukar bra

  1. GATAL DAN TIDAK SELESA DIPAKAI

Disebabkan pencucian yang terlalu kerap, biasanya bra boleh menjadi gatal atau kasar ketika dipakai.Ia berpunca daripada proses pencucian termasuklah sabun yang digunakan.

Apabila kita merasakan sudah tidak selesa untuk dipakai, ada baiknya  kita tidak menggunakan lagi bra tersebut demi kebaikan kesihatan payudara kita.

 tukar bra

  1. SAIZ PAYUDARA BERUBAH

Jika kita mengalami kenaikan atau penurunan berat badan, segera tukar bra dengan ukuran yang lebih tepat.

Ukuran payudara kita boleh berubah setiap masa, naik turunya berat badan, menjadi dewasa seiring dengan usia, mengandung dan melahirkan anak juga adalah beberapa faktor yang boleh membuatkan ukuran payudara berubah.

Memakai bra yang tidak sesuai dengan keadaan badan kita akan membuatkan kita berasa tidak selesa.

Itulah beberapa perkara yang perlu diperhatikan demi menjaga kesihatan payudara kita. Ada bahaya yang menanti jika kita terus mengenakan bra yang tidak layak untuk dipakai lagi.

tukar bra

Segeralah tukar bra baru apabila bra kita sudah kehilangan kemampuan untuk menyokong dan memberikan keselesaan kepada payudara kita!

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic
  • Midea Raih Rekod Malaysia dengan 18 Kedai & SMART MASTER

Recent Posts

  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme