Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
sperma yang sihat

5 Tip Untuk Sperma Yang Sihat & Banyak

Posted on 08/03/201608/03/2016 by 123mamanet

sperma yang sihatSUDAH pasti setiap lelaki di dunia ini mahu memiliki sperma yang sihat dan juga banyak. Jumlah dan kualiti sperma cukup mempengaruhi bagi anda yang mahu menimang cahaya mata.

 

 

Sebenarnya ramai lelaki yang merasakan mereka mempunyai sperma yang sihat, biarpun pada hakikatnya sperma mereka itu tidaklah sesihat yang dibayangkan.

 

sperma yang sihat

Sperma yang sihat biasanya berwarna putih, kental (tidak cair) dan banyak.Semakin  banyak air mani bermakna semakin besar kemungkinan sperma yang dimiliki juga banyak dan potensi untuk menghasilkan pembuahan juga semakin tinggi.

 

Ada banyak cara yang boleh kaum lelaki lakukan untuk meningkatkan jumlah sperma mereka. Di sini Mamanet kongsikan beberapa tips yang boleh dilakukan untuk mempunyai sperma yang sihat dan lebih banyak.

 

 

  1. Makanan Kaya Antioksidan

Anda boleh mendapatkan sperma yang sihat dengan mengamalkan pemakanan yang mengandungi vitamin lengkap. Makanan yang mengandungi antioksidan juga  mampu meningkatkan kesihatan sperma dan kesegaran tubuh lelaki.

 

Aktiviti seksual yang membara boleh diperoleh dari nutrisi yang terkandung dalam makanan kaya antioksidan. Ini bermakna anda perlu rajin makan sayur-sayuran dan juga buah-buahan.

 

Tomato merupakan salah satu pilihan terbaik untuk mendapatkan zat dan nutrisi lengkap. Sperma cair boleh diatasi dengan pengambilan buah tomato kerana ia sangat membantu meningkatkan kualiti sperma kerana kandungan vitamin C di dalamnya bekerja untuk menguatkan daya ketahanan tubuh sehingga membantu memelihara kesihatan anda.

 

  1. Dapatkan Berat Badan Ideal

Keadaan tubuh yang terlalu gemuk akan menganggu aktiviti seksual lelaki. Salah satunya adalah gangguan untuk melakukan posisi seks tertentu.Malahan ia turut menganggu pasangan anda untuk menikmati hubungan tersebut.
Di samping itu, kelebihan timbunan lemak turut mengurangkan pengeluaran sperma  sehingga jumlah sel sperma yang dihasilkan menjadi tidak normal.

 

 

  1. Rajin Bersenam

Bersenam merupakan salah satu cara terbaik untuk mendapatkan sperma yang berkualiti dan sihat. Aktiviti fizikal yang teratur akan merangsang tubuh lelaki menghasilkan hormone berguna untuk kesihatan seksualnya. Sungguhpun begitu, jangan berlebihan atau terlalu memaksa kerana kehilangan banyak energi juga akan mengakibatkan kualiti sperma jadi menurun.

 

 

  1. Relaks & Tenang

Hubungan seksual yang berkualiti turut dipengaruhi oleh fikiran yang tenang dan suasana hati yang gembira. Ketika emosi anda tidak terkawal, hubungan tersebut akan menganggu kemesraan dan keintiman anda dengan pasangan.

 

Gangguan-gangguan tersebut membuatkan anda cepat ejakulasi, ereksi tidak lama dan juga tidak akan berasa puas sepenuhnya. Jadi, anda perlu bijak mengawal stress atau tekanan hidup supaya kehidupan seks anda menjadi lebih harmoni.

 

 

  1. Berhentilah Merokok!

Merokok membuatkan pembuluh darah menyempit sehingga zat-zat yang berguna bagi pembentukan sel sperma(zigot) jadi terganggu. Perkara ini membuatkan kaum lelaki yang merokok menghidap impotensi dan kualiti sperma menjadi sangat buruk.

 

Ternyata rokok menyebabkan penurunan jumlah dan kualiti sperma, sel sperma bergerak lambat, sel sperma menjadi cacat dan  boleh menghasilkan kecacatan kepada bayi yang dilahirkan.

 

 

Semoga penjelasan dan tip mendapatkan sperma yang sihat dan banyak ini mampu memberikan manfaat buat para pembaca Mamanet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!
  • Cloud 9 CrispyKrunch Baharu – Snek Coklat Rangup & Lazat
  • Leonhart – Kopi Berkafein Tinggi dengan Ashwagandha

Recent Posts

  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme