Tips Percutian Bajet. Macam mana caranya? Nak juga tahu supaya dapat bercuti dan besoknya tak makan pasir!
Bagi yang memang suka travelling, sudah pasti bercuti atau berjalan-jalan merupakan keperluan yang wajib untuk dipenuhi. Cukup, tak cukup duit, bercuti tetap ‘on’. Apa sahaja cara digunakan, termasuklah ‘mengikat perut’ bagi melunaskan hasrat untuk bercuti.
Namun, bagi kita yang kerap ‘poket kering’ atau ‘cukup-cukup makan’ sahaja, jangan susah hati ok.
Bercuti tidak semestinya perlu duit yang bertimbun, yang penting boleh dinikmati, menambah pengetahuan, hubungan dengan keluarga juga bertambah erat dan mampu menghilangkan stres.
- Anda mungkin mahu tahu mengenai tips melancong yang penting selain duit…
- [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET (HARIAN WANITA)” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]
BERIKUT 10 TIPS PERCUTIAN BAJET YANG BOLEH DIIKUTI SUPAYA PERJALANAN CUTI-CUTI KITA MENJADI LEBIH MENARIK DAN SERONOK!
- TENTUKAN DESTINASI
Perkara pertama yang perlu kita lakukan, ketahui atau tentukan destinasi yang ingin kita bercuti.
Tak perlu memaksa diri untuk bercuti sampai ke luar negara. Masih banyak lagi destinasi percutian menarik dan mengagumkan di Malaysia ini.
Sebenarnya ramai di antara kita yang bercuti, tetapi binggung apabila tiba di destinasi percutian. Ini adalah kerana sebelum pergi bercuti, mereka tidak mengambil tahu langsung tentang destinasi tersebut. Padahal, lokasi atau destinasi percutian pilihan boleh saja di survey di internet atau buku-buku perlancongan.
Sebaiknya pilih tempat bercuti yang unik, seronok dan mempunyai banyak keistimewaan. Jangan sampai kita pergi ke destinasi yang tidak menarik, kurang diminati dan belanjanya mahal!
- BUAT ANGGARAN BAJET
Bercuti tanpa membuat anggaran bajet boleh menimbulkan masalah tersendiri di belakang hari.
Menentukan had pengeluaran atau perbelanjaan di permulaan adalah perkara penting dalam merancang agenda percutian.
Jika kita ingin lebih berjimat, kita boleh menghadkan pengeluaran atau perbelanjaan sepanjang percutian. Gunakan duit secukupnya sahaja mengikut keperluan ketika itu.
- PILIH PENGANGKUTAN YANG EKONOMI
Tips percutian bajet menyarankan agar kita bijak dalam membuat pilihan soal pengangkutan.Jangan hanya terpaku atau rasa seronok untuk menaiki kapal terbang, kecualilah kita tak ada pilihan lain.
Jika destinasi pilihan kita itu boleh dilalui dengan menggunakan jalan darat, gunakannya untuk lebih jimat.
Cari atau pilih pengangkutan yang selesa dan ekonomi sepanjang percutian.
- TEMPAT PENGINAPAN MURAH
Carilah tempat-tempat penginapan atau hotel yang murah meriah. Kita boleh mencari informasi tersebut dari berbagai cara, di internet dan sebagainya
Carilah tempat menginap atau hotel yang ada promsi atau diskaun. Menginap dua malam, percuma semalam dan sebagainya. Atau ketika kita menginap di situ, disediakan makanan percuma.
Selain membantu kita lebih berjimat ketika bercuti, ianya pasti akan jadi lebih menyenangkan dan menarik.
- JIMAT BAB MAKAN MINUM
Tips percutian bajet yang seterusnya adalah mencari tenpat makan yang murah. Ini penting untuk menjimatkan segala perbelanjaan ketika bercuti.
Jangan asyik nak makan di tempat yang mewah dan mahal sahaja. Sebaliknya carilah yang murah, bersih dan boleh mengenyangkan Warung pun, warunglah janji boleh menjimatkan bajet kita!
Semogo tips percutian bajet yang boleh membantu kita dan menjadi alternatif supaya cuti-cuti kita menjadi lebih jimat dan menyeronokkan.