Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
menghilangkan kedutan di muka

6 CARA BERKESAN MENGHILANGKAN KEDUTAN DI MUKA

Posted on 03/01/201703/01/2017 by 123mamanet

Jika kesan-kesan penuaan seperti garis-garis halus mula kelihatan, sudah pasti kita akan berusaha mencari cara menghilangkan kedutan di muka!

Isi Kandungan hide
1 BERIKUT BEBERAPA CARA MENGHILANGKAN KEDUTAN DI MUKA DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN-BAHAN SEMULAJADI:

Apatah lagi jika usia kita sudah melewati 30-an. Kita tentunya masih mengharapkan memiliki kulit mulus tanpa sebarang masalah.

Garis-garis halus atau kedutan yang kelihatan di bawah mata atau hujung kelopak mata merupakan salah satu dari tanda-tanda penuaan.

Penyebab munculnya kedutan di muka yang utama adalah kerana faktor usia. Kulit juga mengalami penuaan!

Namun, kedutan di muka ini boleh juga terjadi pada usia remaja. Faktor penyebabnya termasuklah kekurangan vitamin, gaya hidup yang tidak sihat, stress, depresi dan pencemaran.

Di samping itu, pengambilan makanan segera atau kudapan ringan juga boleh menyebabkan kedutan di muka muncul lebih cepat.

Ramai di antara kita yang sanggup berhabis wang ringgit untuk mendapatkan rawatan kecantikan termasuklah bagi menghilangkan kedutan di muka.

Bagi kita yang kekurangan bajet dan ingin tahu cara tradisional untuk menghilangkan kedutan di muka, bolehlah mencuba tip yang dikongsikan ini.

BACA: TONA KULIT TAK SEKATA, KETAHUI PUNCA DAN CARA MENGATASINYA

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

menghilangkan kedutan di muka

 

BERIKUT BEBERAPA CARA MENGHILANGKAN KEDUTAN DI MUKA DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN-BAHAN SEMULAJADI:

  1. PUTIH TELUR

Kedutan boleh dihilangkan dengan menggunakan khasiat putih telur sebagai masker muka.

Putih telur merupakan sumber protein yang cukup tinggi dan berkhasiat untuk memperbaiki sel-sel kulit yang mengalami kerosakan.

Penggunaan putih telur sebagai masker muka juga akan mempercepatkan regenerasi sel kulit yang baru. Selain itu, putih telur juga bersifat astringent yang mampu membuatkan kulit muka nampak anjal dan bebas dari masalah kedutan.

Pakailah masker putih telur ini secara rutin pada setiap malam supaya kulit muka menjadi lebih mulus.menghilangkan kedutan di muka

  1. LEMON DAN GULA ORGANIK

Jus lemon mengandungi asid sitrat yang cukup tinggi dan mampu menanggalkan sel-sel kulit mati yang menjadi penyebab kulit muka berkedut.

Selain itu, kandungan vitamin C pada lemon juga berfungsi untuk meningkatkan pengeluaran kolagen pada kulit muka.

Manakala gula  pula mengandungi glikolat yang berupaya memperbaiki kerosakan sel kulit. Campuran kedua bahan semulajadi ini sebagai skrub muka mampu menjadi salah satu cara untuk menghilangkan kedutan di muka.

Setelah kedua bahan iaitu gula organik dan air perahan lemon itu sebati, sapukan dan urut perlahan-lahan secara merata pada bahagian yang berkedut.

Biarkan selama 10 minit supaya meresap. Selepas itu, barulah dibilas dengan air bersih.menghilangkan kedutan di muka

  1. UBI KENTANG

Parut kentang sehingga berubah menjadi adunan atau masker. Kemudian sapukan pada muka sehingga merata. Biarkan selama setengah jam.

Setelah itu, bersihkan muka dengan air bersih. Cara ini sangat efektif untuk menghilangkan kedutan di muka jika dilakukan secara rutin.menghilangkan kedutan di muka

  1. TIMUN

Cara lain untuk meleyapkan kedutan di muka terutama di sudut mata adalah dengan menggunakan masker timun.

Timun boleh digunakan sebagai produk pembersih muka kerana ia mempunyai sifat yang mengegarkan sehingga bermanfaat untuk menghilangkan kedutan.

Parutlah timun dan pakailah masker timun tersebut pada muka yang telah dibersihkan. Lakukan secara rutin, dua kali seminggu bagi memperoleh hasil yang memuaskan.menghilangkan kedutan di muka

  1. KULIT BUAH TEMBIKAI

Mulai sekarang bila makan buah tembikai, jangan terus dibuang kulitnya. Ini adalah kerana kulit buah tembikai boleh digunakan untuk menghapus kedutan di muka.

Bersihkan kulit tembikai, kemudian gosokkan secara lembut kulitnya ke muka.menghilangkan kedutan di muka

  1. AVOKADO

Tidak salah jika kita memilih buah avokado untuk merawat kulit muka yang berkedut. Ini adalah kerana avokado mengandungi banyak nutris yang bagus termasuklah vitamin E yang boleh dimanfaatkan untuk menjaga kesihatan kulit serta menghindarinya dari tanda-tanda penuaan semulajadi.

Hancurkan buah avokado secukupnya sampai lembut. Kemudian sapukan terus ke muka sehingga rata. Pengeluaran minyak pada muka bakal terangsang dengan kandungan avokado.

Jadi secara tak langung, ia akan menghilangkan dan menghalang kemunculan kedutan. Setengah jam selepas itu barulah dibilas dengan air bersih.

menghilangkan kedutan di muka

Itulah beberapa cara untuk melenyapkan kesan-kesan penuaan semulajadi di muka.Dengan menghilangkan kedutan di muka kita akan tampil lebih yakin dengan memiliki kulit muka yang putih berseri tanpa sebarang masalah kulit.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!

Recent Posts

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme