Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Cara Hilangkan Jerawat Pasir

6 Cara Hilangkan Jerawat Pasir

Posted on 06/29/201606/29/2016 by 123mamanet

Cara Hilangkan Jerawat PasirCARA Hilangkan Jerawat Pasir. Tentu ramai yang nak tahu caranya kan…  Jerawat pasir adalah jerawat yang muncul lebih banyak dan saiznya kecil-kecil serta tumbuh setempat sahaja.

Isi Kandungan hide
1 Berikut beberapa cara hilangkan jerawat pasir secara semulajadi:

Kemunculan jerawat pasir tentunya sangat mengganggu penampilan kita. Tambahan pula, ia membuatkan testur kulit muka kita akan kelihatan dan terasa pasir disebabkan jerawat pasir ini.

 

Sungguh begitu, jangan terlalu stres ok. Mamanet kongsikan beberapa tip atau cara hilangkan jerawat pasir dan anda boleh mencubanya. Sempat lagi kalau nak cantik di hari raya!

 

Berikut beberapa cara hilangkan jerawat pasir secara semulajadi:

 

  1. Putih TelurCara Hilangkan Jerawat Pasir

Khasiat putih telur dikatakan dapat menyerap lebihan minyak di muka sehingga boleh menyembuhkan pelbagai jenis masalah wajah, termasuklah jerawat pasir. Cara hilangkan jerawat pasir dengan putih telur sangat mudah, pukul putih telur dan jadikan masker di muka. Biarkan selama 20 minit, kemudian bilaslah dengan air suam.

 

  1. TomatoCara Hilangkan Jerawat Pasir

Selain menggunakan putih telur sebagai cara hilangkan jerawat pasir, anda boleh juga gunakan tomato sebagai masker semulajadi. Ambil sebiji tomato, belah dua, kemudian sapukan pada kawasan yang berjerawat. Biarkan selama 15 mnit, kemudian bilas. Lakukan secara rutin untuk hasil yang sempurna.

 

  1. Teh HijauCara Hilangkan Jerawat Pasir

Teh hijau dipercayai sangat bagus digunakan untuk merawat muka yang berjerawat. Teh hijau mengandungi antioksidan yang tinggi. Anda hanya perlu menggunakan hampas teh hijau, dan aplikasikannya  secara melingkar pada muka atau bahagian tubuh yang berjerawat pasir. Biarkan sampai kering, kemudian barulah dicuci dengan air bersih.

 

  1. TimunCara Hilangkan Jerawat Pasir

Sayur timun bukan sahaja berfungsi untuk menyegarkan wajah, tetapi juga boleh digunakan sebagai salah satu cara hilangkan jerawat pasir. Anda hanya perlu menghiris timun nipis-nipis, kemudian tempelkan pada bahagian muka atau tubuh yang berjerawat.

 

 

  1. Yoghurt dan OatCara Hilangkan Jerawat Pasir

Anda boleh menjadikan yoghurt dan oat ini sebagai masker dan skrub bagi untuk menghilangkan jerawat pasir. Campurkan yoghurt(plain) dengan oat dalam satu mangkuk. Kemudian, baurkan sebati dan sapukan pada muka dengan rata termasuk bahagian yang berjerawat pasir. Biarkan sampai kering, kemudian bilaslah dengan air suam dan cuci bersih dengan  menggunakan pembersih muka anda.

 

 

 

  1. Lidah Buaya Dan GaramCara Hilangkan Jerawat Pasir

Campuran lidah buaya dan garam dibuat skrub juga bagus sebagai salah satu cara hilangkan jerawat pasir. Sediakan beberapa helai daun lidah buaya, kemudian ambil getah atau gelnya.

 

Haluskan gel lidah buaya, dan tambahkan garam secukupnya. Sapukan skrub lidah buaya dengan campuran garam ini secara merata sambil digosok-gosok perlahan. Biarkan sehingga kering, kemudian cucilah dengan air sehingga muka anda betul-betul bersih.

 

Anda juga boleh gunakan gel Aloe Vera tulen yang terdapat di pasaran. Untuk tempahan sila isi BORANG INI. Kami akan menghubungi anda pada kadar segera. Terima kasih.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic
  • Midea Raih Rekod Malaysia dengan 18 Kedai & SMART MASTER
  • Ramadan 2026 Hilton Kuala Lumpur

Recent Posts

  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme