Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Cara Kurangkan Selera Makan

6 CARA KURANGKAN SELERA MAKAN MASA RAYA!

Posted on 06/29/201706/30/2017 by 123mamanet

TENTU RAMAI  DI ANTARA KITA TERUTAMA YANG SEDANG BERDIET, BIMBANG ATAU RESAH. TAKUT-TAKUT DIET HANCUR! JADI, KETAHUI CARA KURANGKAN SELERA MAKAN BERLEBIHAN SECARA SEMULAJADI.

Isi Kandungan hide
1 BERIKUT BEBERAPA CARA KURANGKAN SELERA MAKAN:

 

Masa raya memang rambang mata dengan segala juadah yang dihidangkan. Ada ketupat, lemang, rendang, kek dan pelbagai jenis kuih raya. Memang cukup menggoda anak tekak. Tapi, kalau nak sihat dan memiliki berat badan yang kekal langsing seperti bulan puasa, makanlah secara tidak berlebihan.

 

Bak kata pepatah, “Makan Untuk Hidup, Tapi Jangan Hidup Untuk Makan!”

 

BERIKUT BEBERAPA CARA KURANGKAN SELERA MAKAN:

  1. MINUM AIR MASAK SEBELUM MAKAN

Ramai di antara kita yang tidak pandai untuk membezakan antara rasa lapar dengan dehidrasi.

 

Adakalanya kita berasa perut kosong dan menganggapnya sebagai rasa lapar. Kita kemudiannya mengambil makanan yang sebenarnya tidak diperlukan oleh tubuh.

 

Jadi, adalah lebih baik jika kita sentiasa bersedia dengan air masak sebagai ‘jalan selamat’ jika kita berasa lapar.

 

Di sampig itu, sebelu menikmati pelbagai juadah raya, kita disarankan minum dua gelas air masak terlebih dahulu. Ia dikatakan mampu membantu mengurangkan pengambilan kalori yang masuk ke badan antara 75-90 kalori.

Cara Kurangkan Selera Makan

  1. MAKAN SECARA TERATUR

Makan besar dengan jumlah yang banyak sekali atau dua kali dalam sehari boleh menjadi satu kesalahan.

 

Ia bukanlah jalan terbaik sebagai cara kurangkan selera makan kita. Sebaliknya, yang yang penting, adalah makan dengan teratur tiga hingga empat kali sehari, namun dengan jumlah yang sedikit.

 

Perkara ini akan menghindarkan kita daripada sering berasa lapar, yang biasanya akan membuatkan kita makan lebih banyak.

 

Di samping itu, kunyahlah makan dengan betul. Mengunyah makan secara perlahan-lahan dapat membantu kita menangkap signal kenyang dari perut

Cara Kurangkan Selera Makan

 

  1. JOM, BERSENAM!

Buang jauh-jauh tanggapan sebahagian orang bahawa bersenam hanya akan membuatkan kita berasa semakin lapar.

 

Bersenam seperti berjalan kaki di pagi hari dikatakan mampu menjadi sebagai salah satu cara kurangkan selera makan.

 

Berjalan kaki akan membuatkan badan kita menghasilkan hormon bahagia ‘endorphin’ yang membantu menjaga nafsu makan dan mempengaruhi keadaan hati yang positif.

Cara Kurangkan Selera Makan

 

     4.HINDARI MAKAN DAGING YANG BERLEMAK SERTA KULIT AYAM

Kita mungkin lebih banyak memilih lauk pauk seperti rendang ayam dan daging ketika hari raya.  Sebaiknya selitkan juga sayur dan buah-buahan untuk seimbangkan kadar kolesterol supaya tidak melonjak naik.

 

Bagi peminat kulit ayam, kena lebih alert. Kulit ayam yang rangup memang sedap. Namun, kulit ayam boleh membuatkan kolesterol kita naik. Sebaiknya, makan isinya yang tanpa lemak dan kulit.

Cara Kurangkan Selera Makan

 

  1. KURANGKAN MAKANAN BERSANTAN

Juadah yang bersantan boleh menjadi penyebab kolesterol naik dan anda boleh kurangkan pengambilannya dengan makan sedikit sahaja.  Kata orang takut kempunan, maka merasalah sedikit.

 

Berhenti makan sebelum kekenyangan. Makan yang berlebihan pun bukan sahaja membuatkan berat badan kita naik. Bahkan juga tidak baik untuk kesihatan.

 Cara Kurangkan Selera Makan

  1. MINUM TEH

Kalau kita suka ‘makan-makan’ – makanan ringan seperti kerepek atau coklat memang kena ubah sikit kebiasaan tersebut.

 

Kita perlu ganti kebiasaan mengunyah makanan kudapan raya tersebut dengan  minum teh panas. Ini akan membantu kita berasa lebih kenyang.

Cara Kurangkan Selera Makan

Itulah beberapa cara kurangkan selera makan yang boleh dipraktikkan sempena bulan raya ini. Semoga bermanfaat!

 

  • Anda Suka Artikel Ini? Kongsi Artikel Ini Dengan Rakan Di Facebook

 

  • Anda Pasti Ingin Tahu Tentang  Cara Elak Mengantuk  Waktu Memandu

 

  • [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#0000FF thovercolor=#FFF link=”https://web.facebook.com/harianwanita/” target=”_blank”]

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia

Recent Posts

  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme