Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Cara Melukis Kening

6 Cara Melukis Kening Tanpa Perlu Mencukur

Posted on 07/20/201607/19/2016 by 123mamanet

Cara Melukis KeningSERINGKALI bila dimekap, kening akan jadi mangsa. Ramai jurumekap yang gemar menarah kening orang yang dimekap sebagai antara cara melukis kening. Hakikatnya tindakan itu ditegah dalam Islam dan ada alternatif lain bagi mengelakkan kening dicukur.

Isi Kandungan hide
1 Berikut adalah cara melukis kening yang boleh anda praktik:

 

 

Jika anda masih mencari cara melukis kening atau membentuk kening supaya lebih rapi tanpa perlu mencukur atau mencabutnya, Mamanet kongsikan tip sederhana ini.

 

Berikut adalah cara melukis kening yang boleh anda praktik:

 

  1. Guna Berus Atau Sikat KeningCara Melukis Kening

Anda boleh menggunakan berus atau sikat kening untuk menyikat atau membentuk bulu kening anda supaya lebih kemas dan teratur. Untuk bulu kening yang lebat, jangan guna celak warna hitam.

 

  1. Lip Gloss

Jika kening anda jenis lebat, anda boleh juga gunakan cara melukis kening dengan memakai lip gloss. Sapukan sedikit lip gloss pada kening, kemudian kemaskan dengan menggunakan jari anda. Lip gloss yang sedikit berminyak akan membuatkan kening anda nampak kemas seharian. Jadi, celak langsung tidak diperlukan di sini.

 

  1. Hair Spray

Kemaskan kening anda dengan sedikit semburan hair spray di jari anda. Kemudian sapukan dengan perlahan dan berhati-hati pada kening, jangan sampai terkena mata pula ya. Tindakan ini akan membuatkan kening anda rapi sepanjang hari.

 

  1. Gel RambutCara Melukis Kening

Gel rambut boleh dijadikan sebagai salah satu cara melukis kening. Ambil sedikit gel di jari, kemudian sapukan pada kening dengan perlahan, nipis-nipis dan berhati-hati supaya tidak terkena mata.

 

  1. Madu Asli

Campurkan sahaja madu dengan minyak jarak atau castor oil, dan gaul sehingga sebati. Setelah itu, sapukan pada kening. Selain mudah dibentuk, ia juga akan membuatkan kening anda menjadi lebih cantik dan hitam. Tambahkan celak hitam jika kening anda nipis dan halus.

 

  1. Petrolum JellyCara Melukis Kening

Jika kulit anda jenis sensitif, cara melukis kening dengan menggunakan petroleum jelly adalah yang terbaik. Formula daripada bahan ini sangat lembut dan sesuai buat kulit anda yang sensitif. Kening anda akan nampak lebih kering dan tidak berminyak.

 

Anda hanya perlu menyapukan sedikit petroleum jelly, kemudian sapukan sedikit bedak tabur sehingga rata dan tidak meninggalkan kesan yang mencacatkan keaslian kening anda.

Semoga penampilan anda lebih segar setelah mencuba cara melukis kening yang Mamanet sarankan.

 

Ikuti kami fi facebook dengan klik di sini dan like page Mamanet@harianwanita

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Ceria Raya MOP KLIA – Harmoni Bersama & Aktiviti Raya 2026
  • Pelembap Bibir Lip Pure Tinted Mentholatum
  • Iklan Raya D’Herbs Dilancar Semasa Majlis Raikan Kakitangan
  • Brandfilm Raya D’Herbs 2026 “Ya, Abah Saya Security”
  • Hadiah Kesihatan Raya guardian Malaysia
  • Bufet Ramadan SACC Kembali Meriahkan Ramadan di Shah Alam
  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu

Recent Posts

  • Ceria Raya MOP KLIA – Harmoni Bersama & Aktiviti Raya 2026
  • Pelembap Bibir Lip Pure Tinted Mentholatum
  • Iklan Raya D’Herbs Dilancar Semasa Majlis Raikan Kakitangan
  • Brandfilm Raya D’Herbs 2026 “Ya, Abah Saya Security”
  • Hadiah Kesihatan Raya guardian Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme