Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
seluar jeans putih

EKSPLORASI 6 GAYA SELUAR JEANS PUTIH BUAT ANDA LEBIH YAKIN

Posted on 03/15/201703/14/2017 by 123mamanet

Ada tak yang suka pakai seluar jeans putih? Pemakaian jeans berwarna putih memang cukup tricky. Jika padanannya tidak kena, sudah pasti kita akan menjadi tidak yakin apabila memakai jeans berwarna putih.

Isi Kandungan hide
1 BERIKUT BEBERAPA TIPS YANG BOLEH MEMBANTU KITA UNTUK MEMILIH BAJU YANG SESUAI UNTUK DIGANDINGKAN DENGAN SELUAR JEANS PUTIH:

Di samping itu, seluar jeans putih juga kurang diminati kerana warna ini cepat kotor dan kalau dah kotor susah pula untuk dibersihkan.

Namun, pemakian seluar jeans putih ini sebenarnya mampu membuatkan personaliti kita menjadi elegan, playful dan kelihatan sangat stylish.seluar jeans putih

BERIKUT BEBERAPA TIPS YANG BOLEH MEMBANTU KITA UNTUK MEMILIH BAJU YANG SESUAI UNTUK DIGANDINGKAN DENGAN SELUAR JEANS PUTIH:

  1. KEMEJA

Jika kita ingin menampilkan gaya elegan, moden dan sedikit anggun, padankan kemeja dengan seluar jeans putih.

Pilihan dari kemeja pun cukup banyak. Bukan setakat rekaan atau potongan, warna dan corak ataupun motifnya juga ada bermacam-macam. Pilih sahaja yang sesuai dengan karakter dan warna kegemaran kita.

Untuk melengkapkan lagi gaya fesyen yang cuba kita ketengahkan, pakailah rantai, gelang ataupun topi. Sudah pasti kita akan kelihatan santai, namun tetap kasual.

Bagi kita yang mahu yampil kasual dengan gaya boyish, padanan jeans putih dengan elemen kemeja denim berwarna biru muda atau tua  ataupun kemeja kotak-kotak memang cukup ‘ngam’. Gayakan bersama sling bag atau bucket bag serta sneakers bewarna putih.seluar jeans putih

  1. SWEATER

Jeans putih boleh juga dipadu padankan dengan sweater. Pemilihan sweater berwarna hitam atau merah jambu mampu membuatkan penampilan kita nampak lebih fashionable, ditambah pula dengan kasut putih yang selari dengan warna jeans.seluar jeans putih

  1. BLAZER

Gandingan blazer atau jaket dengan seluar jeans putih mampu memberikan kesan yang sederhana, namun tetap moden dan kreatif.

Blazer yang dipadu padankan dengan jeans putih akan memberikan kesan tersendiri. Apatah lagi apabila digayakan dengan kasut bertumit tinggi.seluar jeans putih

  1. BLOUSE

Jika ingin tampil lebih santai dan simple, tak ada salahnya jika kita padankan jeans putih dengan blouse.

Blouse berenda mampu membuatkan penampilan kita lebih feminin dan chic walaupun dengan hanya memakai denim putih!seluar jeans putih

  1. JAKET KULIT

Warna putih adalah warna yang neutral dan sesuai sangat digayakan bersama dengan jaket kulit berwarna hitam.

Lagipun jaket kulit merupakan item fesyen yang tidak lekang dek waktu, dari zaman ke zaman trend ini tak ada matinya!seluar jeans putih

  1. SERBA PUTIH!

Pilihan warna serba putih juga boleh menjadi pilihan yang yang mampu menyerlahkan lagi penampilan kita.

Baju yang mempunyai potongan atau rekaan yang unik akan membuatkan kita nampak lebih moden ketika menggayakannya bersama seluar jeans putih.seluar jeans putih

 

Apapun jangan takut untuk bereksperimen. Semoga artikel ini memberikan anda sedikit idea untuk mengekplorasi gaya seluar jeans putih!

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme