Mencari-cari idea bekal makan tengah hari untuk anak-anak ataupun diri sendiri? Jom pilih Ayam Brand sebagai bahan asas untuk makanan seimbang dan berkhasiat gaya Bento box, iaitu penyediaan makanan cara Jepun yang sedap dan menarik.
Resipi yang dibawakan oleh AyamBrand berikut disediakan mengikut konsep #sukusukuseparuh oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, bertujuan mempromosi pemakanan berkhasiat supaya kanak-kanak dan orang dewasa mendapat nutrien dan tenaga yang mereka perlukan untuk kekal cergas sepanjang hari.
Dicuba dan diuji oleh pasukan Ayam Brand sendiri dan ibu bapa yang bekerja dari rumah dan di pejabat, resipi ini pasti popular sebagai sebahagian daripada bekal Bento box atau boleh juga dimakan begitu sahaja.
Ikan tuna dan saba yang digunakan dalam resipi ini adalah ikan berminyak yang kaya dengan protein, kalsium, Omega-3 dan DHA bagi memberikan kanak-kanak khasiat yang mereka perlukan. Anda juga boleh mencuba bahan-bahan lain dengan resipi ini untuk menghasilkan resipi anda sendiri.
Berikut adalah beberapa petua jika anda baru belajar menyediakan Bento box:
• Kanak-kanak gemarkan makanan yang nampak menarik. Gunakan pelbagai warna.
• Tambahkan bahan kesukaan mereka seperti jagung, tomato, kacang pea dan lobak merah ke dalam makanan utama untuk lebih serat.
• Tambahkan buah-buahan atau salad kecil kepada bekal makanan.
• Potong makanan menjadi kecil supaya mudah untuk dimakan. Untuk sandwic, potong menjadi bentuk segi tiga atau segi empat atau gulungkan dan potong melintang. Untuk nasi, buatkan bentuk bebola atau gunakan pemotong untuk membuat bentuk yang comel.
• Hidangan Bento box akan dimakan pada suhu bilik 3 hingga 4 jam selepas disediakan. Sentiasa pastikan makanan dimasak kecuali buah-buahan dan salad
• Basuh dan keringkan buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum dimasukkan ke dalam bekal makanan
• Masukkan sudu dan garpu serta tisu basah ke dalam Bento box kerana kanak-kanak mungkin terlupa membasuh tangan sebelum makan
Selamat Mencuba Resepi Daripada Ayam Brand:-
1. BURGER TUNA BERGEDIL
Untuk: 3 Hidangan
Masa Menyediakan: 5 minit
Masa Memasak: 10 minit
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:-
- 1 tin Ayam Brand Flakes in Sunflower Oil, disaring dan dilenyekkan
- 1 cawan ketumbar segar, cincang
- 1 cili merah, cincang (mengikut citarasa)
- 1 biji bawang merah, cincang
- 1 biji telur
- 3 kentang, rebus dan dilenyekkan
- 1 cawan daun selada
- Sos tomato atau Mayo (mengikut citarasa)
- Garam dan lada secukup rasa
- Roti Burger
- Keju (mengikut citarasa)
CARA MEMBUATNYA:
- Dalam mangkuk, masukkan kentang, telur, tuna, ketumbar, cili dan bawang. Gaul hingga sebati.
- Bentuk menjadi patty kecil dan goreng sehingga kedua-dua belah dimasak.
- Di dalam roti, letakkan beberapa daun dan patty tuna. Tambah keju dan sos tomato atau mayo jika perlu. Hidang.
2. TUNA AND CORN PASTA
Untuk: 2 Hidangan
Masa Menyediakan: 5 minit
Masa Memasak: 10 minit
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
- 1 tin Ayam Brand Tuna Omega 3, saring minyak dan ketepikan
- 100g pasta, yang telah masak
- 1 sudu kecil jus lemon
- 1 cawan tomato ceri, dihiris dua
- 1/2 tin Ayam Brand Sweetcup Corn, disaring
- Garam dan lada secukup rasa
CARA MEMBUATNYA:
- Dalam mangkuk, masukkan pasta, jus limau, tomato, tuna dan jagung. Tambahkan sedikit minyak zaitun dari tin tuna. Gaulkan sehingga sebati.
- Tambah lada dan garam jika perlu. Hidang.
3. SUSHI ROLL SABA MAYO
Untuk: 1 Hidangan
Masa Menyediakan: 5 minit
Masa Memasak: 5 minit
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
- 1 helai roti
- 2 tbsp Ayam Brand Saba Mayonnaise
- 1 cawan lobak merah, dihiris nipis
CARA MEMBUATNYA:
- Potong kerak luar roti
- Menggunakan “rolling pin”, nipiskan roti
- Letakkan saba di atas roti
- Tambah lobak
- Gulungkan roti dengan ketat dan potong empat. Kemudian, hidang.
4. TUNA FRIED RICE
Untuk: 1 Hidangan
Masa menyediakan: 5 minutes
Masa memasak 10 minutes
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
1 cawan nasi yang telah dimasak
½ cawan lobak, didadu kecil
2 ulas bawang putih, dihiris (mengikut citarasa)
1 sudu kecil sos soya
½ tin Ayam Brand Tuna Chunks in Water, buang air dan lenyek tuna
½ tin Ayam Brand Sweetcup Corn
CARA MEMBUATNYA:
- Di atas kuali, masak lobak dan bawang putih.
- Masukkan nasi dan sos soya.
- Tambah tuna dan jagung. Gaul sehingga masak.
- Matikan api dan hidang.
5. PATTY TELUR TUNA
Untuk: 2 Servings
Masa Menyediakan; 5 minutes
Masa Memasak: 10 minutes
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
- ½ tin Ayam Brand Tuna Omega 3
- 2 telur, dipukul perlahan
- ½ packet tofu lembut, dilenyek sedikit
- 2 sudu besar daun ketumbar, dihiris
- 1 cili merah, dihirs (mengikut citarasa) red chilli, chopped (optional)
- 1 bawang merah, dihiris
- Garam
- Minyak masak
CARA MEMBUATNYA:
- Dalam mangkuk, campurkan tuna, telur, tofu, daun ketumbar, cili dan bawang.
- Di atas pan yang leper, panaskan minyak. Tuang 2 sudu besar campuran telur dan masak kedua dua bahagian.
- Hidang dengan nasi goreng.
6. TUNA PITA TANPA MAYO
Untuk: 2 Servings
Masa Menyediakan: 5 minutes
Masa Memasak: 5 minutes
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
- 2 Pita
- 1 tin Ayam Brand Tuna Flakes Sunflower Oil, dengan minyak
- 1 tin Ayam Brand Sweetcup Corn (jagung)
- 1 cawan daun lettuce atau mixed leaves
- 1 cawan hirisan timun
- 1 tsp jus lemon
- 1 cawan ceri tomato, dihiris
- Salt and pepper
CARA MEMBUATNYA:
- Dalam mangkuk, masukkan tuna Bersama minyak dari tin. Tambah jagung dan tomato ceri. Campurkan.
- Masukkan jus lemon, garam dan lada.
- Ambil pita, masukkan sayuran lettuce, timun dan campuran tuna.