Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
krim muka

6 JENIS KRIM MUKA, KETAHUI FUNGSINYA SEBELUM BELI!

Posted on 01/27/201701/27/2017 by 123mamanet

Bagi anda yang memang ‘kaki mekap’ mungkin sudah tahu dengan beberapa jenis krim muka yang cukup meledak di pasaran sekarang ini.

Namun, setakat mengetahui jenisnya  sahaja sebenarnya masih belum mencukupi. Kita harus tahu fungsi sebenarnya serta perbezaan di antara krim-krim tersebut.

krim muka

BERIKUT BEBERAPA JENIS KRIM MUKA PALING POPULAR YANG TERDAPAT DI PASARAN:

  1. ANTI AGING (AA Cream)

Anti Aging atau AA Cream merupakan krim kecantikan yang mengandungi anti oksidan yang berfungsi untuk melawan kesan-kesan penuaan semuladi.
Sesuai dengan kandungannya, fungsi dari krim anti aging ini adalah untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan, garis-garis halus, bintik-bintik hitam yang muncul di muka. Krim muka jenis AA Cream ini sesuai buat wanita yang berusia 25 tahun ke atas.

krim muka

 

  1. BLEMISH BALMS /BEAUTY BALMS / BLEMISH BASE (BB Cream)

Ada bermacam-macam jenis BB Cream ini. Antaranya seperti blemish balms,beauty balms dan blemeish base. Fungsi utama BB Cream adalah untuk menutup segala cela atau kekurangan pada muka. Ada di antara BB Cream yang membuatkan kita tidak perlu memakai foundation kerana ia sudah dilengkapi dengan bedak asas mekap.

Kebanyakan BB Cream mengandungi bahan yang dapat melembabkan kulit muka serta dilengkapi dengan SPF. Penggunaan BB Cream ini lebih disukai kerana lebih praktikal daripada krim muka yang lain.

krim muka

  1. COLOR CORRECTING/COLOUR CONTROL/COMPLEXION CARE (CC Cream)

Antara jenis CC Cream itu sendiri adalah Color Correcting, Colour Control atau  Complexion Care. Fungsi CC Cream adalah untuk meratakan warna kulit muka.

Jadi, bagi kita yang mempunyai bahagian kulit yang agak gelap atau merah daripada bahagian yang lain dan ingin meratakan warnanya agar sekata dengan warna kulit, gunakan sahaja CC Cream ini.

krim muka

 

4. DYNAMIC DO-ALL ATAU DAILY DEFENSE  (DD Cream)

Dynamic Do-all atau Daily Defense termasuk dalam  kategori DD Cream yang juga mengandungi anti aging dan SPF yang mampu melindungi kulit muka.

DD Cream merupakan gabungan  dari AA, BB dan CC Cream.Kandungannya lebih kompleks sehingga mampu melindungi kulit kita seharian. DD Cream ini bukan sahaja boleh dipakai di muka, bahkan boleh digunakan untuk seluruh badan.

krim muka

  1. EXTRA EXFOLIATING (EE Cream)

Extra Exfoliating adalah salah salah satu jenis EE Cream yang berfungsi untuk menanggalkan sel-sel kulit mati. Ada yang beranggapan EE Cream atau Even Effect ini juga merupakan krim muka yang sangat bagus sehingga mampu menyamarkan bintik-bintik hitam dengan  lebih berkesan.

krim muka

 

  1. PINK PERFECT (PP Cream)

Pink perfect merupakan salah satu PP Cream yang kian mendapat tempat di kalangan wanita yang mementingkan kecantikan wajah. Pemakaian PP Cream  akan membuatkan kulit muka kita akan kelihatan lebih berseri-seri dan gebu. Ini adalah kerana PP Cream mengandungi silikon dan fungsinya adalah sebagai alas bedak.

krim muka

Setelah memakai PP Cream, kita perlu menambah krim muka lain seperti BB Cream, CC Cream ataupun DD Cream bagi mendapatkan hasil yang lebih menawan.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme