Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Kebaikan Bersenam

6 Kebaikan Bersenam Bila Umur Semakin Meningkat

Posted on 07/13/201607/12/2016 by 123mamanet

Kebaikan BersenamKEBAIKAN Bersenam terlalu banyak. Apatah lagi, apabila usia semakin meningkat. Bersenam sepatutnya menjadi rutin dalam kehidupan kita.

Isi Kandungan hide
1 Berikut beberapa kebaikan bersenam untuk kesihatan:

 

Bentuk dan  durasi senaman boleh diatur sesuai dengan keperluan ataupun kemampuan kita.Kebaikan bersenam akan menjadi lebih sempurna apabila diimbangi dengan diet makanan sihat.

 

 

Kebaikan Bersenam

Bagi anda yang berusia 30-an, anda perlu lebih selektif dalam memilih senaman. Ini adalah kerana fungsi organ badan kita banyak yang mengalami perubahan. Tulang-tulang kita juga mula menunjukkan gejala penipisan.

 

Antara senaman yang disarankan ialah yoga, tai-chi, pilates, berbasikal, berjalan, berlari dan berenang.

 

Berikut beberapa kebaikan bersenam untuk kesihatan:

 

1.Mengurangkan Risiko Osteoporosis

Beberapa gerakan senaman khas dapat membantu menurunkan risiko terjadinya osteoporosis(kerapuhan tulang). Senaman aerobik low impact adalah jenis senaman yang mampu membantu menjaga ketahanan tulang dan persendian.

 

 

  1. Melancarkan Perjalanan Darah

Gerakan-gerakan senaman perlahan mampu meningkatkan suhu tubuh. Ini adalah kerana tindakbalas terhadap keadaan pembuluh darah. Yang mana  timbunan lemak yang mungkin memenuhi peredaran darah dapat terbakar secara berperingkat sehingga kebaikan bersenam membuatkan sistem perjalanan darah anda menjadi lebih lancar.

 

 

  1. Menjaga Berat Badan Ideal

Kebaikan bersenam yang tidak boleh disangkal iaitu mampu membakar kalori. Lemak yang tersimpan di beberapa bahagian tubuh terbakar secara berperingkat sehingga tidak memberikan ruang pada lemak menjadi penyebab obesiti.

 

Bersenam akan memperbaiki bentuk badan menjadi lebih sempurna. Otot tubuh yang terlatih disebabkan gerakan senaman akan membuatkan badan menjadi lebih mantap, padat dan tidak menggeleber.

 

 

  1. Memperkuatkan Otot Tangan Dan Kaki

Gerakan senaman sebahagian besarnya tertumpu pada gerakan otot tangan dan kaki. Secara tak langsung, kebaikan bersenam  cara ini memperkuatkan otot tangan dan  kaki. Semakin banyak kita berlatih, otot anggota gerak badan akan jadi semakin kuat.

Kebaikan Bersenam

  1. Melancarkan Sistem Pernafasan

Bersenam bukan hanya melatih otot luar, tetapi juga organ tubuh bahagian dalam, dengan gerakan-gerakan senaman. Antara kebaikan bersenam, menjadikan paru-paru bekerja dengan baik dan aliran oksigen berjalan lebih lancar sehingga sistem metabolisme tubuh berjalan dengan lebih sempurna.

 

  1. Kulit Dan Rambut Menjadi Lebih Sihat

Bersenam akan membuatkan perjalanan darah menjadi lebih lancar. Ditambah pula dengan diet sihat yang anda amalkan membuatkan kulit dan rambut anda menjadi lebih sihat dan bersih. Jika anda berjerawat, pastikan peluh tidak mengotori muka anda.

 

Anda ingin berhubung dengan kami di facebook? Klik sini 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic
  • Midea Raih Rekod Malaysia dengan 18 Kedai & SMART MASTER
  • Ramadan 2026 Hilton Kuala Lumpur
  • Christmas & New Year 2025 Dining at Concorde Hotel Shah Alam
  • Kejohanan Golf Amal Piala Putera Mahkota 2025
  • Farel Prayoga Lancar Lemak Manis 2025

Recent Posts

  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme