Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Khasiat Bawang Putih

6 Khasiat Bawang Putih

Posted on 07/23/201607/23/2016 by 123mamanet

Khasiat Bawang PutihMAMANET percaya, tentu ramai yang tidak menyukai bawang putih. Tambahan pula dengan baunya yang menyengat. Tetapi, khasiat bawang putih cukup hebat untuk kesihatan dan juga kecantikan kita.

Isi Kandungan hide
1 Berikut antara khasiat bawang putih:

 

 

Ramai yang bergantung pada ubat-ubatan kimia selepas diserang sesuatu penyakit. Tahukah anda bahawa bahan semula jadi mampu menjadi penawar terbaik jika diamalkan sejak awal sebagai langkah pencegahan sebelum terkena penyakit kronik. Contohnya bawang putih yang merupakan penawar 1001 penyakit.

 

 

Berikut antara khasiat bawang putih:

 

  1. Ubat GatalKhasiat Bawang Putih

Bawang putih boleh menghilangkan kaki yang gatal kerana ia bersifat anti kulat. Caranya mudah saja, rendam kaki anda dengan air panas suam bersama potongan bawang putih (diketuk-ketuk).

 

Selain itu, bawang putih juga berguna untuk mengurangkan kegatalan badan serta  ruam-ruam merah (pengidap psoriasis). Anda hanya perlu menggosokkan minyak bawang putih

 

  1. Mengurangkan Kesakitan

Bawang putih juga bersifat anti inflamasi semulajadi yang mampu membantu mengurangkan rasa sakit dan mengecutkan pembengkakan. Anda hanya perlu hancurkan bawang putih, kemudian tempelkan pada bahagian yang sakit atau bengkak.

 

  1. Menghilangkan Parut Jerawat

Biarpun bawang putih menjadi bahan utama untuk mengubati jerawat, namun khasiat bawang putih boleh digunakan sebagai ubat semulajadi yang berkesan untuk menghilangkan parut jerawat.

 

Bawang putih mengandungi antioksidan yang mampu membunuh bakteria pada jerawat. Hiris bawang putih dan tambahkan bunga cengkih, kemudian sapukan pada jerawat.

 

  1. Mencegah Kanser

Khasiat bawang putih tidak terkecuali untuk melawan kanser semulajadi dengan membantu sistem kekebalan tubuh serta menghancurkan pertumbuhan sel kanser. Bawang putih mampu mencegah pelbagai jenis kanser seperti kanser prostat, kanser payudara dan kanser usus.

 

 

  1. Baik Untuk Jantung

Bawang putih dapat mengurangkan kolesterol dan menurunkan tekanan darah, sehingga dapat mencegah penyakit jantung dan strok. Ini jelas membuktikan khasiat bawang putih dapat membantu meningkatkan kesihatan jantug ini. Ini adalah kerana bawang putih mengandungi allicin yang dapat mengurangkan kadar kolesterol.

 

 

  1. Ubat Sakit Gigi

Khasiat bawang putih dikatakan cukup efektif untuk meredakan kesakitan gigi. Bawang putih mengandungi analgesic dan anti bakteria yang mampu menyembuhkan sakit gigi.

 

Ikuti kami di facebook dengan klik di sini dan like page mamanet@harianwanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif

Recent Posts

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme