Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
makanan rendah karbohidrat

6 Makanan Rendah Karbohidrat Terbaik Kuruskan Badan

Posted on 01/13/201701/17/2017 by 123mamanet

Adakah menurunkan berat badan termasuk dalam azam anda untuk tahun 2017 ini? Apakata, kali ini anda cuba diet dengan makanan rendah karbohidrat.

Isi Kandungan hide
1 Berikut beberapa jenis makanan rendah karbohidrat:

 

Jika anda berhajat untuk menguruskan badan dengan cepat dan dalam waktu yang singkat, cara diet dengan makanan rendah karbohidrat ini boleh diamalkan. Namun, teknik ini tidak disarankan diamalkan dalam tempoh yang lama.

 

Ini adalah kerana karbohidrat merupakan sumber energi yang tidak wajar untuk kita singkirkan. Karbohidrat mempunyai fungsi tersendiri buat tubuh. Jika fungsi ini tidak ada, metabolisme tubuh akan terganggu.

 

Jadi, setelah berat badan yang anda impikan tercapai, segeralah tukar dengan makanan berzat seimbang yang rendah kalorinya bagi menjaga berat badan anda.

 

[btn text=”NAK KURUS TANPA BERSENAM? KLIK SINI” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://123mamanet.com/7-cara-kuruskan-badan-tanpa-bersenam/” target=”_blank”]

 

makanan rendah karbohidrat

Berikut beberapa jenis makanan rendah karbohidrat:

 

  1. makanan rendah karbohidratAyam Rebus/Panggang/Bakar

Ini adalah jenis makanan rendah karbohidrat yang sangat lazat untuk dinikmati. Tetapi pastikan anda memasaknya dengan cara yang paling tepat.

 

Jika anda menggoreng ayam, secara tidak langsung kadar karbohidrat dan lemaknya akan meningkat. Jadi, cara terbaik untuk memasaknya adalah dengan merebus/mengukus, memanggang atau dibakar.

 

 

  1. makanan rendah karbohidratMinyak Zaitun

Minyak zaitun merupakan sumber lemak yang paling sihat dan banyak khasiat, salah satunya menjaga kesihatan jantung. Dengan kandungan antioksidan yang tinggi, minyak zaitun dapat menjaga kesihatan jantung supaya dapat berfungsi dengan normal.

 

Minyak zaitun boleh dijadikan pilihan terbaik ketika anda memasak, sebagai pengganti minyak goreng(minyak kelapa), mentega ataupun marjerin.

 

Lagipun buah zaitun juga mempunyai kandungan zat besi dan vitamin E yang tinggi dengan kadar karbohidrat sebanyak enam peratus.

 

 

  1. makanan rendah karbohidratSayur-Sayuran

Semakin banyak serat yang terkandung dalam sayuran, maka semakin rendah karbohidratnya.

 

Menikmati sayur-sayuran tidak akan membuatkan anda menjadi gemuk. Jadi sebab itulah ianya sering dijadikan menu diet untuk menurunkan berat badan.

 

Bawang, salad, taugeh, asparagus, brokoli, kobis bunga, kangkung, tomato, labu, terung, bayam, timun dan capsicum merupakan sayuran rendah karbohidratnya.

 

 

  1. makanan rendah karbohidratBuah-Buahan

Jika mahukan gaya pemakanan yang sihat anda disarankan untuk tidak mengabaikan kepentingan makan buah-buahan pada setiap hari.

 

Kandungan vitamin dan mineral yang terdapat dalam buah dapat membantu menjaga kesihatan badan. Biasanya buah mengandungi sedikit karbohidrat.

 

Antara buah-buahan yang termasuk dalam kategori makan rendah karbohidrat adalah avokado, zaitun, aprikot, melon, nanas, betik, limau, epal, anggur, kiwi dan blueberry.

 

 

  1. makanan rendah karbohidratKekacang

Kacang dapat membantu mengurangi kadar kolesterol jika dimasukkan sebagai sebahagian daripada senarai pemakanan untuk diet anda sehari-hari.  Kekacang juga memiliki fungsi yang baik untuk tubuh. Ia mampu menurunkan kadar kolesterol jahat dalam tubuh, antaranya kacang tanah, kacang hijau, hazelnut, almond dan gajus.

 

 

  1. makanan rendah karbohidratIkan Tuna, Ikan Salmon & Ikan Sardin

Ketiga jenis ikan ini termasuk dalam senarai makanan rendah karbohidrat dan sesuai untuk diet kategori  lemak sihat.

 

Sangat sesuai dijadikan menu pilihan lauk bagi anda yang sedang dalam proses menurunkan berat badan. Cara memasak yang disarankan ialah dipanggang atau dibakar.

 

Ikan tuna, salmon dan sardin ini yang memiliki kandungan asid lemak Omega 3, mampu mengawal tekanan darah, mengurangi pembekuan darah serta menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
Asid lemak Omega 3 bukanlah jenis lemak tepu yang berbahaya kerana ia tidak akan berkumpul di dalam tubuh dan menyebabkan berat badan anda bertambah.

 

Salah satu alasan penting untuk memasukkan ikan ke dalam menu diet anda adalah kerana ikan kaya dengan nutrisi berupa vitamin dan mineral.

 

Itulah  beberapa jenis makanan rendah karbohidrat yang boleh anda jadikan rujukan supaya anda boleh memilih mana-mana makanan yang sesuai dan terbaik untuk kesihatan anda. Mulakan hidup sihat dari sekarang!!!

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic
  • Midea Raih Rekod Malaysia dengan 18 Kedai & SMART MASTER

Recent Posts

  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme