Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
kesihatan wanita

Masalah Kesihatan Wanita Menopaus!

Posted on 12/06/201609/17/2023 by 123mamanet

Kesihatan wanita | Ramai wanita yang takut menjadi tua. Apatah lagi, setelah menopaus selain hilangnya kesuburan terlalu banyak pula gangguan kesihatan wanita yang muncul.Menjaga kesegaran badan merupakan salah satu solusi terbaik supaya kita tetap sihat di hari tua. Menopaus adalah waktu di mana kita sudah putus haid atau mengalami menstruasi lagi. Ia adalah suatu perkara yang semulajadi dan dialami oleh semua wanita di dunia ini.

Isi Kandungan hide
1 Masalah Kesihatan Wanita Bakal Menopaus
1.1 Osteoporosis
1.2 Diabetis
1.3 Mudah ‘Terkucil’
1.4 Penyakit Kardiovaskular
1.5 Kanser
1.6 Penyakit Menular Seksual

 

kesihatan wanita

Masalah Kesihatan Wanita Bakal Menopaus

Biasanya tanda-tanda menopaus sudah dirasakan oleh wanita yang memasuki usia 40-an. Proses menstruasi benar-benar terhenti terjadi pada wanita yang memasuki usia antara 48 tahun hingga ke 52 tahun.Berikut beberapa masalah kesihatan wanita yang bakal dihadapi oleh wanita menopaus:

 

  1. Osteoporosis

Kadar estrogen yang rendah di dalam badan wanita yang memasuki pra menopaus akan menyebabkan jaringan tulang berkurangan.

Keadaan iniah yang akan menyebabkan tulang menjadi  tidak kuat sehingga mudah rapuh. Perkara inilah juga yang membuatkan wanita yang memasuki alam menopaus cenderung mengalami patah tulang ketika terseliuh atau terjatuh.

 

  1. Diabetis

Hormon estrogen dan juga progesterone berfungsi untuk mengawal gula darah.

Jika keduanya mengalami penurunan, ia akan menyebabkan diabetis kerana kadar gula darah akan meningkat.Masalah kesihatan wanita ini biasanya terjadi keadanya apabila memasuki menopaus.

  1. Mudah ‘Terkucil’

‘Terkucil’ atau hilang keupayaan mengawal pundi kencing adalah di mana suatu keadaan di mana seorang wanita tidak mampu mengawal pengeluaran air kencing.

Masalah pundi kencing terlalu aktif atau overactive bladder (OAB) biasanya terjadi pada bebrapa wanita yang memasuki waktu menopaus. Selalunya urine akan keluar secara tiba-tiba ketika sedang melakukan aktiviti seperti ketawa, batuk ataupun berjogging.

Baca Juga:

Krim Muka Untuk Jeragat

Apa nak buat bila Suami Curang 

 

kesihatan wanita

 

  1. Penyakit Kardiovaskular

Antara fungsi hormone estrogen adalah untuk menghindari tubuh dari pelbagai masalah kesihatan wanita atau penyakit kardiovaskular.

Ketika wanita memasuki waktu menopaus,mereka akan mengalami penumpukan lemak pada bahagian pembuluh darah.

Perkara inilah yang menyebabkan berbagai perubahan berlaku seperti kenaikan tekanan darah ataupun peingkatan kolesterol dalam darah sehingga mengundang berbagai penyakit seperti strok dan jantung.

 

  1. Kanser

Penurunan kadar hormone progesterone dan meningkatnya testosterone akan mengundang terjadinya kanser rahim, ovarium dan juga kanser payudara.

 

  1. Penyakit Menular Seksual

Kebanyakan wanita yang memasuki menopaus melupakan ubat pelincir untuk melakukan hubungan seks, sehingga menyebabkan penyakit seksual.

Puncanya  iaitu dari kesan sampingan dinding vagina yang kering dan luka ketika melakukan hubungan intim. Setelah menopaus, vagina akan mengalami perubahan kerana hilangnya estrogen. Untuk menikmati kehidupan seks yang sihat dan selesa menopaus, alat pelincir adalah kuncinya.

Itulah antara masalah kesihatan wanita menopause yang perlu diketahui supaya dapat dicegah dengan tabiat atau gaya hidup sihat.

 

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif

Recent Posts

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme