Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
mencegah penyakit stroke

6 SOLUSI PALING PENTING UNTUK MENCEGAH PENYAKIT STROKE

Posted on 05/15/201705/15/2017 by 123mamanet

STROKE TIDAK MENGENAL USIA DAN JANTINA. JADI ADALAH LEBIH BAIK KITA DAPAT MENCEGAH PENYAKIT STROKE INI DARIPADA TERPAKSA MERAWATNYA.

Isi Kandungan hide
1 STROKE TIDAK MENGENAL USIA DAN JANTINA. JADI ADALAH LEBIH BAIK KITA DAPAT MENCEGAH PENYAKIT STROKE INI DARIPADA TERPAKSA MERAWATNYA.
1.1 Penyakit ini tidak boleh dipandang enteng kerana stroke boleh menyebabkan kualiti hidup kita yang menderitanya jadi menurun. Stroke bukan sahaja boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kecacatan kekal, bahkan mengundang maut.
2 BERIKUT IALAH 6 SOLUSI PALING PENTING U UNTUK MENCEGAH PENYAKIT STROKE
2.1 KAWAL STRESS
2.2 Stress merupakan salah satu faktor utama dari stroke, hipertensi, penyakit jantung, diabetis dan penyakit-penyakit lain. Jadi, adalah sangat penting bagi kita untuk mengawal stress dan perasaan rungsing yang membawa kepada tekanan dalam diri.
2.3 Ramai orang yang terkena penyakit ini disebabkan stress. Jadi, untuk mencegahnya belajarlah untuk meneruskan perjalanan hidup dengan sihat dan bahagia.
2.4 Kehidupan bahagia perlu dicipta dan tidak akan datang dengan sendirinya. Menikmati kehidupan bahagia merupakan cara terbaik untuk menghindari kita daripada pelbagai macam dan ragam penyakit.
2.5 MENJAGA PEMAKANAN
2.6 Untuk mencegah penyakit stroke, kita perlu mengubah tabiat kita yang sering mengamalkan budaya hidup yang tidak sihat.
2.7 Jika kita kerap mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti mengambil makanan yang tidak sihat, gemar minum minuman beralkohol dan jarang bersenam ia akan membuatkan sistem organ dalaman badan kita akan terganggu.
2.8 Jika terus dibiarkan ia akan mengakibatkan saluran darah terjejas sekaligus akan melumpuhkan fungsi otak kita.
2.9 RAJIN BERSENAM
2.10 Melakukan senaman seperti aerobik dipercayai dapat menghindarkan kita daripada stroke. Dengan bersenam kita dapat membakar segala lemak jahat yang ada dalam badan sehingga boleh mendapatkan berat badan yang ideal.
2.11 Selain itu, bersenam juga berupaya melancarkan perjalanan darah ke otak. Penyebab stroke turut disebabkan kerana kurangnya pengaliran darah dan oksigen menuju ke otak.
2.12 TEKANAN DARAH TINGGI
2.13 Tekanan darah tinggi juga merupakan antara punca stroke. Ia boleh menyebabkan saluran darah kecil dalam otak menjadi bengkak dan mudah pecah.
2.14 Pecahnya pembuluh darah merupakan salah satu perkara yang menyebabkan seseorang terkena stroke.
2.15 Untuk mencegah penyakit stroke yang berpunca daripada tekanan darah tinggi atau hipertasi, lakukan pemeriksaan tekanan darah secara teratur, jaga pengambilan garam agar tidak berlebihan, jaga berat badan, bersenam serta elakkan stress.
2.16 KOLESTEROL TINGGI
2.17 Pemakanan yang tidak sihat wajar kita hindari untuk mencegah penyakit stroke. Kolesterol yang tinggi mmbuatkan darah menjadi tidak sihat sehingga menjadikan pengaliran darah menuju ke otak menjadi tidak lancar.
2.18 Elakkan mengambil makanan yang berminyak serta mengandungi lemak yang tinggi.
2.19 BERHENTI MEROKOK
2.20 Aktiviti merokok juga merupakan salah satu penyebab terjadinya stroke. Merokok dipercayai sebagai penyebab stroke kerana rokok boleh menyebabkan berlakunya gangguan di bahagian pembuluh darah.
2.21 Bahkan asap rokok yang masuk ke dalam tubuh menjadi sumber penyakit kerana sap tersebut boleh membuatkan saluran pembuluh darah tersumbat sehingga oksigen tidak boleh sampai ke otak.
2.22 Di samping itu, rokok juga boleh menyebabkan pengerasan dinding pembuluh darah sehingga berisiko ia pecah. Langkah tepat untuk mencegah penyakit stroke adalah menghindari rokok dan juga asapnya.
2.23 Semoga artikel mengenai mencegah penyakit stroke ini bermanfaat buat anda.
Penyakit ini tidak boleh dipandang enteng kerana stroke boleh menyebabkan kualiti hidup kita yang menderitanya jadi menurun. Stroke bukan sahaja boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kecacatan kekal, bahkan mengundang maut.
mencegah penyakit stroke

BERIKUT IALAH 6 SOLUSI PALING PENTING U UNTUK MENCEGAH PENYAKIT STROKE

  1. KAWAL STRESS
Stress merupakan salah satu faktor utama dari stroke, hipertensi, penyakit jantung, diabetis dan penyakit-penyakit lain.  Jadi, adalah sangat penting bagi kita untuk mengawal stress dan perasaan rungsing yang membawa kepada tekanan dalam diri.
Ramai orang yang  terkena penyakit ini disebabkan stress. Jadi, untuk mencegahnya  belajarlah untuk meneruskan perjalanan hidup dengan sihat dan bahagia.
Kehidupan bahagia perlu dicipta dan tidak akan datang dengan sendirinya. Menikmati kehidupan bahagia merupakan cara terbaik untuk menghindari kita daripada pelbagai macam dan ragam penyakit.
mencegah penyakit stroke
  1. MENJAGA PEMAKANAN
Untuk mencegah penyakit stroke, kita perlu mengubah tabiat kita yang sering mengamalkan budaya hidup yang tidak sihat.
Jika kita kerap mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti mengambil makanan yang tidak sihat, gemar minum minuman beralkohol dan jarang bersenam ia akan membuatkan sistem organ dalaman badan kita akan terganggu.
Jika terus dibiarkan ia akan mengakibatkan saluran darah terjejas sekaligus akan melumpuhkan fungsi otak kita.
mencegah penyakit stroke
  1. RAJIN BERSENAM
Melakukan senaman seperti aerobik dipercayai dapat menghindarkan kita daripada stroke. Dengan bersenam kita dapat membakar segala lemak jahat yang ada dalam badan sehingga boleh mendapatkan berat badan yang ideal.
Selain itu, bersenam juga berupaya melancarkan perjalanan darah ke otak. Penyebab stroke turut disebabkan kerana kurangnya pengaliran darah dan oksigen menuju ke otak.
mencegah penyakit stroke
  1. TEKANAN DARAH TINGGI
Tekanan darah tinggi juga merupakan antara punca stroke. Ia boleh menyebabkan saluran darah kecil dalam otak menjadi bengkak dan mudah pecah.
Pecahnya pembuluh darah merupakan salah satu perkara yang menyebabkan seseorang terkena stroke.
Untuk mencegah penyakit stroke yang berpunca daripada tekanan darah tinggi atau hipertasi, lakukan pemeriksaan tekanan darah secara teratur, jaga pengambilan garam agar tidak berlebihan, jaga berat badan, bersenam serta elakkan stress.mencegah penyakit stroke
  1. KOLESTEROL TINGGI
Pemakanan yang tidak sihat wajar kita hindari untuk mencegah penyakit stroke. Kolesterol yang tinggi mmbuatkan darah menjadi tidak sihat sehingga menjadikan pengaliran darah menuju ke otak menjadi tidak lancar.
Elakkan mengambil makanan yang berminyak serta mengandungi lemak yang tinggi.
mencegah penyakit stroke
  1. BERHENTI MEROKOK
Aktiviti merokok juga merupakan salah satu penyebab terjadinya stroke. Merokok dipercayai sebagai penyebab stroke kerana rokok boleh menyebabkan berlakunya gangguan di bahagian pembuluh darah.
Bahkan asap rokok yang masuk ke dalam tubuh menjadi sumber penyakit kerana sap tersebut boleh membuatkan saluran pembuluh darah tersumbat sehingga oksigen tidak boleh sampai ke otak.
Di samping itu, rokok juga boleh menyebabkan pengerasan dinding pembuluh darah sehingga berisiko ia pecah. Langkah tepat untuk mencegah penyakit stroke adalah menghindari rokok dan juga asapnya.
mencegah penyakit stroke

 

Semoga artikel mengenai mencegah penyakit stroke ini bermanfaat buat anda. 
  • Anda Suka Artikel Ini? Kongsi Artikel Ini Dengan Rakan Di Facebook
  • Anda Mungkin Inginkan Petua Hilangkan Sakit Gigi Dengan Berkesan
  • [btn text=”LIKE & SHARE HARIAN WANITA (MAMANET)” tcolor=#FFF bcolor=#0000FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita/” target=”_blank”]

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic

Recent Posts

  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme