Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
kanser pangkal rahim

6 TANDA AWAL KANSER PANGKAL RAHIM YANG PERLU KITA AMBIL KISAH!

Posted on 03/11/201703/11/2017 by 123mamanet

Kanser pangkal rahim atau kanser serviks merupakan salah satu kanser yang menggerunkan dan boleh menyerang mana-mana wanita selain daripada kanser payudara!

Isi Kandungan hide
1 BERIKUT 6 TANDA AWAL KANSER PANGKAL RAHIM YANG PERLU DIBERIKAN PERHATIAN:

Kebanyakan punca dari kanser pangkal rahim ini disebabkan oleh virus yang bernama Human Papillomavirus (HPV).Mana-mana wanita, tak kira berapapun usianya asalkan pernah melakukan hubungan seksual berpontesi untuk mendapat kanser ini.

Jadi, sebagai wanita kita perlulah sentiasa berwaspada dan tahu apa sahaja tanda-tanda awal kanser ini. Ia merupakan salah satu penyakit kanser yang paling banyak ditakuti oleh kaum wanita.

Kanser pangkal rahim terjadi kerana adanya perubahan struktur sel pada rahim yang menjadi ganas dan menyebabkan kematian penghidapnya.kanser pangkal rahim

Kanser ini menyerang pada bahagian organ peranakan kaum wanita iaitu di pintu rahim atau pintu masuk ke kawasan rahim. Bahagian yang sempit di bahagian bawah antara kemaluan wanita dan rahim.

Kanser serviks memerlukan proses yang panjang iaitu antara 1- hingga 20 tahun untuk menjadi satu penyakit kanser yang pada mulanya disebabkan oleh jangkitan.

Jadi, sebab itulah pada tahap awal perkembangannya ia sukar untuk dikesan. Namun, setiap wanita disarankan untuk melakukan ujian pap smear, paling kurang dua tahun sekali. Meskipun sukar untuk dikesan, tetapi ada beberapa petanda yang boleh menjadi petunjuknya.

kanser pangkal rahim

BACA: 6 TANDA KANSER YANG PERLU ANDA TAHU

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

BERIKUT 6 TANDA AWAL KANSER PANGKAL RAHIM YANG PERLU DIBERIKAN PERHATIAN:

  1. PENDARAHAN YANG TIDAK NORMAL

Kebanyakan wanita yang mengalami tanda kanser pangkal rahim akan mengalaman pendarahan yang tidak normal atau tidak menentu.

Pendarahan ini boleh terjadi pada waktu antara masa menstruasi, setelah melakukan hubungan seksual dan juga setelah menopaus.

Menstruasi lebih panjang dari biasa dan juga darah menstruasi yang berlebihan dari biasa juga menandakan adanya perubahan pada lapisan rahim.

Begitu juga ketika seorang wanita sudah memasuki fasa menopaus, bermakna tidak ada lagi darah haid. Jadi, jika terjadi pendarahan setelah itu, perlu dicurigai bahawa darah itu berasal dari kanser tersebut.

Ada baiknya membuat pemeriksaan doktor untuk mencari penyebab dan juga kepastian.kanser pangkal rahim

  1. SAKIT KETIKA MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS

Jangan buat tak kisah jika anda mula berasa sakit ketika melakukan hubungan seks dengan pasangan.

Ia boleh jadi peringatan dari kemunculan kanser tersebut dan keadaan seperti ini biasanya menunjukkan serangan kanser itu sudah berada di tahap tinggi. Kanser telah menyebar ke seluruh jaringan dan organ  peranakan.kanser pangkal rahim

  1. KEPUTIHAN BERLEBIHAN DAN BERBAU SEMACAM

Selalunya mereka yang mempunyai tanda-tanda penyakit kanser pangkal rahim ini akan mengalami masalah keputihan yang berlebihan,sedikit kental, berwarna pucat, bercampur nanah, bahkan darah kotor.kanser pangkal rahim

  1. SAKIT PINGGANG

Sakit pinggang memang kerap terjadi di kalangan wanita, terutama ketika datang bulan. Namun, jika kesakitan ini terjadi dalam tempoh waktu yang cukup panjang dan berlarutan, ia boleh jadi merupakan salah satu petanda awal kanser ini.

Kesakitan ini akan muncul pada waktu yang tidak bisa, selain ketika datang bulan. Kesakitan pada bahagian pinggang ini perlu diwaspadai kerana takut jika kanser sudah berada di tahap yang membimbangkan.kanser pangkal rahim

  1. KERAP DAN SAKIT KETIKA MEMBUANG AIR KECIL 

Keadaan ini kerap terjadi pada wanita yang sedang mengandung. Namun, jika anda tidak mengandung dan ia terjadi maka berhati-hatilah!

Rasa tidak selesa, sakit, perit seperti panas terbakar atau terasa tersekat-sekat ketika membuang air kecil menunjukkan kanser tersebut telah menyebar ke jaringan di sekitarnya.

Ketika mengalami kanser pangkal rahim, biasanya seseorang akan kehilangan kawalan saluran air kencing dan membuatkan anda menjadi lebih kerap untuk membuangnya.

Pada tahap ini, biasanya kanser telah menyebar ke luar kawasan dan memberikan efek pada saluran air kencing. Biasanya, pada tahap ini akan terjadi pengeluaran darah dalam air kencing. Jadi, adalah lebih baik segera membuat pemeriksaan doktor jika petanda ini sudah terjadi.

kanser pangkal rahim

  1. CEPAT LETIH

 

Letih di mana badan kita terasa penat dan boleh kembali berenergi setelah berehat seketika. Tetapi bagi pengidap kanser ini, mereka akan mengalami keletihan melampau dan sering kekurangan energi.

Ketika menderita penyakit ini, sel darah merah akan digantikan oleh sel darah putih untuk melawan penyakit. Akibatnya anda akan mengalami anemia yang membuatkan badan menjadi letih, lemah, tidak bernergi dan hilang nafsu makan.

Hampir semua sejenis kanser akan membuatkan pengidapnya hilang nafsu makan. Ini adalah kerana zat-zat toksin yang dihasilkan oleh sel-sel kanser, atau efek sampingan dari kimoterapi.kanser pangkal rahim

Semoga artikel bermanfaat untuk semua. Dengan mengetahui tanda-tanda awal kanser pangkal rahim ini akan memberikan harapan untuk sembuh dengan lebih baik.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme