Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu

6 TEKNIK KURUS MAKAN BUAH-BUAHAN. ANDA PASTI TAK MENYESAL MENCUBANYA!

Posted on 04/01/201704/01/2017 by 123mamanet

Tentu ramai yang suka makan buah-buahan. Lagipun terdapat banyak buah yang sangat bagus untuk kesihatan badan kita. Lebih-lebih lagi pada yang hendak kurus cepat!

Isi Kandungan hide
1 BERIKUT INILAH JAWAPAN UNTUK CARA MAKAN BUAH- BUAHAN YANG BETUL!

Kandungan gula semulajadi dalam buah juga lebih baik jika dibandingkan pengambilan makanan berpengawet yang mengandungi kadar gula tambahan.

Ramai yang mengatakan lebih baik kita makan buah-buahan selepas makan. Ada juga yang beranggapan bahawa pengambilan buah-buahan lebih bagus diambil sebelum makan. Sebenarnya mana satu yang betul ya?makan buah-buahan

BERIKUT INILAH JAWAPAN UNTUK CARA MAKAN BUAH- BUAHAN YANG BETUL!

  1. PAGI HARI

Waktu pagi adalah waktu terbaik untuk makan buah-buahan kesukaan kita. Kemudian, jangan lupa minum segelas air masak sebelum menikmati buah-buahan tersebut.

Makan buah pada pagi hari akan membantu kita mendetoksifikasikan sistem badan dengan baik.makan buah-buahan

  1. MAKAN SEBELUM SARAPAN PAGI

Disebabkan badan kita tidak menjamah makanan selama kita tidur, antara 8 atau 7 jam, jadi kita disarankan untuk makan buah-buahan sebelum bersarapan pagi pada setiap hari.

Perkara ini akan membantu meningkatkan kadar gula darah dalam badan. Makan buah adalah cara yang paling mudah untuk kita memulakan hari kita dengan penuh rasa gembira.

Membiasakan tabiat ini akan menguntungkan kesihatan kita dalam jangka panjang. Tambahan pula pengambilannya pada setiap pagi ketika perut kosong  atau sebelum bersarapan akan membantu badan kita untuk menyerap semua nutrisi penting yang diperlukan itu.makan buah-buahan

  1. MAKAN 3 JAM SEBELUM TIDUR

Jika kita tidak sempat menikmatinya pada pagi hari, cubalah untuk makan buah-buahan di sebelah malam.

Pastikan kita makan paling kurang tiga jam sebelum waktu tidur supaya baan kita dapat beristirahat dengan sempurna.makan buah-buahan

  1. 30 MINIT SEBELUM MAKAN ‘MEWAH’

Pastikan 30 minit sebelum kita makan ‘mewah’ atau besar, kita telah menikmati buah-buahan kegemaran kita. Ia akan membantu tubuh menyerap nutrisi dengan lebih baik.

Kita juga boleh memakannya sejam sebelum makan tengahari agar tubuh menjadi lebih berenergi dan kulit pun boleh mendapatkan nutrisi yang baik dari buah-buahan.

Di samping itu elakkan memakan buah-buahan sebagai lauk atau bersama dengan makanan lain. Menggunakan buah-buahan sebagai makanan pencuci mulut sebenarnya tidak memberikan hasil terbaik untuk badan, seperti salad buah yang telah dicampur dengan gula ataupun aiskrim.

makan buah-buahan

  1. SEJAM SEBELUM BERSENAM

Di samping itu pastikan sejam sebelum bersenam, kita telah menikmati buah-buahan kegemaran kita. Waktu ini adaah saat yang paling tepat untuk makan buah-buahan kerana ia dapat memberikan energi dan hidrat pada badan sebelum energi terbuang dengan lebih banyak.makan buah-buahan

  1. PILIH BUAH-BUAHAN SEGAR

Sebaiknya kita hindari makan buah-buahan dari tin, buah beku ataupun buah yang telah diproses.

Buah yang sebegini biasanya mengandungi kadar gula yang tinggi, bahan pengawet atau kimia tambahan lain yang boleh membahayakan badan, dan tidak dianggap sebagai buah yang sihat.

makan buah-buahan

Jadi, didiklah anak-anak agar gemar makan buah-buahan setiap masa. Semoga artikel ini bermanfaat buat anda.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!
  • Cloud 9 CrispyKrunch Baharu – Snek Coklat Rangup & Lazat
  • Leonhart – Kopi Berkafein Tinggi dengan Ashwagandha
  • Pelancaran Garis Panduan Optometris Malaysia

Recent Posts

  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme