Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
datang period

6 TIP SEGARKAN BADAN SELEPAS DATANG PERIOD YANG ANDA KENA TAHU

Posted on 03/28/201703/28/2017 by 123mamanet

Selepas datang period atau haid, tentu badan rasa tak selesa dan agak berbau. Namun, biasanya kita hanya akan mandi dan jarang melakukan penjagaan rapi untuk tubuh kita.

Isi Kandungan hide
1 BERIKUT BEBERAPA PERKARA YANG SEBAIKNYA KITA LAKUKAN SELEPAS DATANG PERIOD:

Apa kata kali ini, kita buat sesuatu yang extra ordinary yang akan memberi manfaat kepada tubuh kita. Lagi pun hanya sebulan sekali. Tentu tak jadi hal kan?

Kalau tak dapat buat kesemuanya, buatlah sebahagian dan bergilir-gilir untuk bulan yang akan datang. Kecuali mandi wajib memang kena buat setiap bulan.

  • KETAHUI 6 CARA MENGATASI BAD MOOD WAKTU DATANG PERIOD
  • [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

datang period

BERIKUT BEBERAPA PERKARA YANG SEBAIKNYA KITA LAKUKAN SELEPAS DATANG PERIOD:

  1. MANDI WAJIB

Selepas datang #period dan betul-betul sudah kering darahnya, kita perlu melakukan mandi wajib. Untuk tahu cara mandi wajib, sila rujuk gambar di bawah.

datang period
Kredit: Majalah Cahaya, JAKIM
  1. CREAMBATH

Selepas mandi wajib, sebaiknya cucilah rambut atau lakukan creambath. Ia sangat bermanfaat agar rambut menjadi lebih lembut, bersih, hitam, berkilat, tidak bercabang dan akar lebih kuat.

Biasanya ketika datang period, pengeluaran sebum lebih banyak. Jadi, adalah lebih baik jika kita melakukan penjagaan rambut ekstra, supaya rambut menjadi cantik dan sihat kembali.

Creambath ini dapat memberikan pelbagai manfaat berdasarkan bahan semulajadi yang di dalamnya seperti avakado, lidah buaya, ginseng, coklat dan sebagainya.

Sewaktu rawatan creambath, kepala, leher dan bahu juga akan diurut untuk melancarkan pembuluh darah. Badan kitapun akan terasa lebih relaks.

datang period

  1. RAWAT KULIT MUKA

Datang period juga boleh menyebabkan kelebihan minyak di muka. Jadi, sebab itulah jerawat sering tumbuh di muka kita pada  ketika itu.

Selepas datang period sebaiknya lakukan penjagaan muka secara sederhana di rumah. Caranya senang sahaja, bersihkan muka secara menyeluruh dengan pembersih muka dengan air.

Selepas itu, wapkan muka dan hapuskan minyak dari kulit dengan menggunakan kapas yang telah dibasahi pelembab muka. Sapu dengan lembut ke seluruh muka. Kemudian, pakailah masker muka bagi melembutkan kulit dan meminimumkan garis-garis halus.

datang period

  1. BERURUT

Tentu ramai di antara kita yang suka badannya diurut-urut. Badan terasa lebih relaks. Paling best kalau urut di bahagian pinggang.

Sakit pinggang yang ketika alami ketika period cukup melegakan. Otot-otot yang tegang semua hilang. Mood kita pun menjadi lebih baik lagi setelah berurut. datang period

  1. BERTANGGAS

Kita boleh melakukan aktiviti bertanggas ini sendiri di rumah. Ia merupakan salah satu penjagaan untuk menjaga dan merawat bahagian intim kita.

Caranya cukup mudah, jika ada kerusi atau bangku berlubang di bahagian tengah lagi bagus. Letakkan mangkuk tanah yang berisi air rebusan akar-akar kayu seperti serai wangi, kunyit, kulit kayu manis, daun pudina dan sebagainya di bawah kerusi atau bangku. Kemudian kita duduk di atasnya.

Pakai pakaian longgar atau kain batik. Tutup kerusi dengan kain supaya wap bertanggas itu tadi tidak ke mana-mana dan betul-betul  tepat ke bahagian organ intim kita.

Kaedah bertanggas ini akan membuatkan Miss V kita berbau wangi dan jadi lebih sihat, bebas kegatalan, keputihan, ifeksi serta mantap!datang period

  1. MANDI AIR GARAM

Sejam selepas berurut serta bertanggas, sangat bagus jika kita mandi pula dengan air panas suam yang ditabur dengan segenggam garam pink atau garam bukit.

Air garam mempunyai kandungan yang dapat membuat kulit menjadi sihat kerana mempunyai nutrisi di dalamnya.

Mandi dengan air garam dapat membantu membersihkan kulit dan menghilangkan bau badan secara semulajadi dengan mengeluarkan racun dari dalam kulit, sehingga kulit menjadi lebih bersih dan sihat.

Di samping itu, ia juga dapat melancarkan perjalanan darah. Jika perjalanan darah lancar, otot mengedur dan menjadikan badan terasa lebih relaks dan segar.

Mandi air garam dengan menambah beberapa aromaterapi seperti lemon, lavender dan beberapa wangian lain akan membuatkan fikiran kita juga menjadi lebih segar. Apatah lagi setelah mengharungi PMS sepanjang kita datang period.

datang period

Semoga artikel datang period ini dapat memberi manfaat pada anda.

#mandiwajib

#period

#haid

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme