SIAPA yang berpipi tembam, lepas ni tak perlu rasa rendah diri lagi ok. Mamanet nak kongsikan cara kecilkan pipi tembam atau chubby supaya nampak runcing.
Bagi sesetengah orang, masalah pipi tembam dengan dagu yang berlipat sangat menganggu penampilan. Jadi, sebab itulah ada yang sanggup berhabis wang ringgit untuk membuat pembedahan plastik semata-mata ingin mendapatkan pipi dan dagu yang lebih sempurna.
Sebenarnya kita boleh membuat pipi tembam menjadi runcing atau tirus hanya dengan menggunakan trik mekap yang tepat. Biarpun bersifat sementara, namun teknik ini sangat membantu untuk kita kelihatan lebih yakin di khalayak ramai.
Berikut beberapa cara membuatkan pipi tembam anda nampak runcing dalam masa yang singkat.
- Menaikkan Garisan Wajah
Teknik penggunaan mekap sangat penting, apatah lagi jika anda mahukan pipi kelihatan lebih runcing atau tajam.
Jadi, menaikkan garisan wajah pada bahagian rahang, tulang hidung dan dahi. Gunakan warna yang sedikit berbeza (lebih gelap) daripada warna bedak padat/tabur yang anda gunakan.
- Pemerah Pipi
Pilih warna pemerah pipi yang tepat bagi menghilangkan kesan pipi tembam tersebut. Sebaiknya hindari pemakaian pemerah pipi yang berwarna terang seperti warna merah kerana ia akan membuatkan pipi anda nampak lebih besar atau lebar.
Cuba pilih warna pemerah pipi yang mampu memberikan ilusi tulang pipi yang tinggi seperti bronze atau oren kecoklatan.
- Solekan Mata
Gaya cat eyes mampu membuatkan pipi anda kelihatan lebih runcing. Pandangan mata orang yang melihat anda akan teralih pandangan ke solekan sudut mata anda yang memukau itu.
- Lipstik Berwarna Natural
Pilihlah warna-warna lembut untuk bibir anda. Jika anda suka membuat ilusi bibir yang nampak penuh, kali ini cubalah sesekali membiarkan bibir anda kelihatan natural.
- Warna Rambut
Penggunaan warna rambut gaya ombre akan membuatkan pipi nampak runcing. Gunakan warna yang lebih gelap untuk membuatnya kelihatan runcing.
- Gaya Hijab
Jika anda memakai hijab, anda mungkin akan binggung untuk memilih gaya hijab yang sesuai dengan pipi tembam anda itu.
Salah pakai, makin jelas efek chubby. Tapi, jangan bimbang kerana sekarang ini banyak inner hijab atau tudung yang boleh membuatkan pipi anda nampak lebih runcing.
Itulah beberapa trik untuk membuat pipi tembam anda menjadi runcing. Cara ini sangat mudah untuk anda cuba dalam segala situasi. Selamat mempraktik!
[btn text=”LIKE KAMI DI FACEBOOK” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF bhovercolor=#0000FF link=”https://www.facebook.com/harianwanita/” target=”_blank”]