Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
cara hilangkan lemak bawah dagu

7 Cara Hilangkan Lemak Bawah Dagu

Posted on 06/05/202406/05/2024 by 123mamanet

Kewujudan lemak bawah dagu atau double chin boleh terjadi pada sesiapapun terutama orang gemuk. Jika anda berhadapan dengan masalah ini adalah lebih baik jika anda mengetahui cara hilangkan lemak bawah dagu ini dengan cara yang paling mudah dan berkesan!

Isi Kandungan hide
1 Faktor Utama Penyebab Lemak Bawah Dagu
2 Cara Hilangkan Lemak Bawah Dagu:
2.1 Senaman Dagu
2.2 Menguap
2.3 Mengunyah Gula-Gula Getah
2.4 Putih Telur
2.5 Vitamin E
2.6 Kunyah Makanan Sampai Hancur!
2.7 Teh Hijau

cara hilangkan lemak bawah dagu

Faktor Utama Penyebab Lemak Bawah Dagu

Selain obesiti yang menjadi faktor utama penyebab lemak di bawah dagu, faktor genetik atau keturunan juga memainkan peranan penting kemunculannya. Lagi satu, lemak di bawah dagu juga boleh disebabkan oleh masalah penuaan. Sekiranya sewaktu muda anda sudah memiliki lemak di bawah dagu, keadaan akan jadi bertambah buruk apabila anda meningkat usia tua nanti.

Sungguhpun begitu, jangan risau ya. Anda tidak tidak perlu melakukan pembedahan untuk menghilangnya kerana ada beberapa cara hilangkan lemak bawah dagu secara semulajadi yang boleh anda cuba.

Cara  Hilangkan Lemak Bawah Dagu:

  1. Senaman Dagu

Caranya senang sahaja, buka mulut anda luas-luas. Kemudian, cuba tarik dan kuatkan lemak dengan tangan. Lakukannya selama 60 saat pada setiap hari.

 

  1. Menguap

Menguap juga boleh menghapuskan lemak pada dagu. Ini adalah kerana anda telah melakukan penekanan pada mulut lebih daripada sesaat dan ia merupakan salah satu cara terbaik untuk pembakaran lemak di kawasan dagu.

 

  1. Mengunyah Gula-Gula Getah

Mengunyah gula-gula getahsecara rutin juga bermanfaat untuk menjaga otot-otot wajah dan leher supaya tetap anjal dan menghilangkan  dagu berlapis.

Selain itu, pengambilan gula-gula getah selama seminggu dapat membuangkan lemak di dagu terhakis dengan cepat.

 

  1. Putih Telur

Cara hilangkan lemak bawah dagu ini merupakan salah satu yang boleh dicuba. Buatlah masker wajah menggunakan sebiji telur, jus lemon dan satu sudu besar minyak peppermint. Campurkan ketiga bahan tersebut untuk dijadikan masker, kemudian sapukan pada dagu dan leher.

Selain mampu menghilangkan lemak, masker ini dapat menegangkan kulit di bawah dagu.

 

  1. Vitamin E

Selain membuatkan kulit wajah menjadi lebih sihat, vitamin E berfungsi untuk mencegah kulit kelihatan kendur atau melendut. Vitamin E juga membuatkan kulit anda menjadi lebih anjal serta boleh dijadikan salah satu cara hilangkan lemak bawah dagu (urut dagu anda dengan minyak vitamin E)

 

  1. Kunyah Makanan Sampai Hancur!

Anda disarankan mengunyah makanan sebanyak 32 kali agar rahang bergerak lebih lama. Keadaan ini akan membuatkan ukuran lemak di bawah dagu anda boleh berkurangan dengan cepat.

 

  1. Teh Hijau

Pengambilan teh hijau secara rutin boleh meningkatkan metabolisme. Secara tak langsung, lemak dalam tubuh anda juga akan terbakar, termasuk di bahagian dagu dan leher. Selain itu, teh hijau juga bermanfaat untuk membuang racun yang tertinggal dalam tubuh kerana ianya kaya dengan antioksida.

Itulah beberapa cara hilagkan lemak bawah dagu dengan mudah dan berkesan jika dilakukan secara rutin.

 

 

2 thoughts on “7 Cara Hilangkan Lemak Bawah Dagu”

  1. Pingback: Anugerah guardian Beauty & Wellness 2024 - 123mamanet
  2. Pingback: Michael Owen di AEON Mall! - 123mamanet

Comments are closed.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL

Recent Posts

  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme